Labels

Friday, 1 March 2013

Isu Lahad Datu Harus Dinobat Drama Al-Ma'unah Kedua!


Lahad Datu : Harus dinobat drama al-maunah bahagian kedua.....pelik...seolah-olah nak perbaiki imej polis berikutan isu pukul rakyat semasa perhimpunan bersih. nak naikkan nama polis. gua tak percaya...ini semua adalah drama semata-mata, org bongok ja percaya dengan isu ini. dram nak tunjuk yg UMNO/BN dalah hero rakyat...!!!

kisah drama al-ma'unah, masihkah anda ingat? selamat membaca....
Berita ini sudah memaklumkan kepada kita akan niat jahat Kerajaan BN. Dari awal lagi episod Sauk, memang ianya sudah gagal sama sekali meyakinkan kepada majoriti rakyat bahawa insiden kecurian senjata ini benar-benar berlaku. Usahkan rakyat, anggota yang menjaga senjata berkenaan juga demikian. Ini maklumat yang kita sahkan. Apatah lagi jika kita melawat Sauk atau terus ke Kampong Jenalik, pasti penduduk kampong akan menggelengkan kepala tanda tidak percaya kepada drama Sauk ini.

Namun kita lihat usaha kerajaan berterusan mahu meyakinkan rakyat bahawa ada segolongan rakyat mahu menentang kerajaan BN secara militan. Usaha mencari punca dan maklumat mengenai gerakan militan hampa bila kumpulan 5 KCK (Cawangan Khas) negeri Perak memberitahu tidak boleh dikaitkan isu ini dengan pembangkang kerana nyata bukan sahaja mereka tidak mempunyai bom molotov atau apa sahaja senjata, hatta mahu disabitkan dengan 'lastik' pun tidak ada.

Kerajaan BN tidak hampa nampaknya. Bila ada pihak mendesak hukuman mati dikenakan ke atas semua pelakon drama Sauk yang dinyatakan oleh kerajaan sebagai realiti. Dari situ digambarkan bahawa ketua pasukan pemberontak Al-Ma'unah bercakap seorang diri dalam mahkamah. Kemudian dia dikatakan membaling selipar semasa perbicaraan yang lain pula. Akhirnya nanti beliau akan dirawat di Tanjung Rambutan. Semuanya ini mahu mengelakkan hukuman mati dijatuhkan ke atas anggota kumpulan Al-Ma'unah. Ini menguatkan lagi dakwaan kita bahawa episod Sauk hanyalah satu drama bersiri kerajaan BN.

Dari awal perbicaraan saya kurang berminat mengulas isu perbicaraan kumpulan pemberontak ini kerana kita faham isunya adalah sebuah drama bertulis. Nampaknya minat saya berubah apabila membaca perkembangan selanjutnya kerana dikatakan pemberontakan itu adalah sebagai membalas dendam kepada insiden yang sudah 'basi' dan sejuk. Peristiwa Memali 1985 sudah dilupakan oleh majoriti rakyat, walau pun tidak kepada anggota keluarga dan rakyat yang berjihad dalam negara ini bagi menegakkan Islam di muka bumi Malaysia. Ini menggambarkan kepada kita bahawa kerajaan BN sudah mula memasang niat halus bagi mengaitkan PAS dengan kumpulan pemberontak ini. Kita harap pimpinan PAS akan berbuat sesuatu yang profesional atas dakwaan ini, tetapi jangan melatah bila dicucuk demikian.

Majoriti rakyat cukup faham akan tingkah dan taktik kerajaan BN mahu memerapkan perjuangan Islam di negara ini. Ini bukan kerja baru kerajaan BN semenjak Dr. Mahathir menjadi Pengerusi BN. Beliau memang seorang yang mengamalkan ajaran Freemason dan anti Islam. Nampaknya kita tidak boleh berdiam diri lagi kerana BN akan menggunakan apa sahaja bagi memusnahkan perjuangan Islam. Tingkatkan usaha kita di semua peringkat dengan memastikan bilangan rakyat yang menjadi pengundi akan memastikan BN tersingkir dalam tahun 2004. Itu pun jika PAS tidak diharamkan kerana mahu dikaitkan dengan Al-Ma'unah. Bacalah propaganda palsu di bawah ini untuk makluman anda.

Drama sandiwara tentera kesultanan sulu(panai cari pelakon)

Drama sandiwara al-ma'unah

Selanjutnya :: http://mindarakyat0.tripod.com/2001jun/2001-1879.htm

#Taktik Madey masih diguna pakai....kalau mission impossible 3, ada juga mission impossible : ghost protocol....!!!

Blog Pakatan Rakyat