Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin, 48, akan bertanding atas
tiket PAS mewakili parlimen Jempol.
Penyanyi
berkenaan bakal menjadi artis pertama negara yg akan bergelar Yang Berhormat
(YB) berikutan dia akan diletakkan bertanding dalam PRU13. Syabas Aishah!!!
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Aishah akan menjadi calon mewakili parti itu di Parlimen Jempol.
Dipetik dari portal berita Antarapos pada Khamis, beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Mat Sabu’ mengumumkan perkara tersebut pada ceramah anjuran PAS Bukit Bintang di Gombak.
Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin yang dipetik sebagai berkata, beliau masih belum bersedia untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.
“Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan PAS Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding),
#Pilihan Terbaik...tahniah!..ini baru dinamakan demokrasi...semua boleh jadi ahli parlimen, bukan macam umno, naikkan kroni dan kaum kerabat jer..