Labels

Sunday, 7 April 2013

MANIFESTO : BN Tidak Turunkan Petrol, Hapus Tol Dan PTPTN


PAS percaya rakyat negara ini bijak dan tidak akan mudah terkeliru dengan manifesto BN yang ketara menciplak manifesto Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, manifesto Pakatan Rakyat lebih awal dibentangkan dan dari situ rakyat sudah faham dan mengerti apa yang akan dilaksanakan oleh Pakatan selepas diberi mandat nanti.

"Apa yang dibentangkan oleh BN banyak persamaan bukan kebetulan tetapi diceduk dari Pakatan Rakyat. Rakyat sudah tahu dan bijak menilai.

"Selain itu, saya berharap media memainkan peranan dan menjelaskan apa yang sebenarnya kepada rakyat," katanya dalam sidang media di Pusat Media PAS hari ini.

Bagaimanapun, katanya manifesto BN masih tidak mencakupi harapan besar rakyat seperti menurunkan harga petrol, menghapuskan tol dan pemansuhan pinjaman PTPTN.

Katanya, menurunkan harga petrol adalah perkara utama yang ditunggu-tunggu oleh rakyat negara ini kerana ia memberi kredit meluas kepada rakyat malangnya BN tidak berani untuk menjanjikan perkara ini.

Selain itu, BN masih tidak berani untuk menawarkan prinsip asas sebagaimana yang djanjikan oleh Pakatan Rakyat iaitu pentadbiran yang telus, amanah dan berintegriti.

"BN tidak berani pula untuk ciplak janji pentadbiran telus, amanah dan berintegriti. Saya percaya inilah akan jadi kayu pengukur rakyat untuk memilih kerajaan nanti.


#Semua senarai dalam manifesto BN adalah bersifat sementara...bagi br1m rm1200, lam mana bertahan? sedangkan kroni2 umno dan kaum kerabat tiap2 hari masyuk, tngok senarai manifesti PR, semuanya bertahan selagi PR memerintah. 



Blog Pakatan Rakyat