Labels

Thursday, 25 April 2013

PANAS!!! : Taktik Licik SPR Untuk Menangkan UmnoBN Terbongkar!!

Azrin Ren :  Kalian, beginilah cara UmnoBN untuk menang bergaya, kepada penyokong mesti melompat-lompat macam kera kena belayan selepas mengumumkan UmnoBN menang, tetapi mereka yang buta maklumat tak tahu cara bagaimana UmnoBN menang. Kan lebih baik tak payah adakan PRU kalau beginilah caranya, perintah ja lah sampai kiamat!!!


RAKAMAN GAMBAR ANGGOTA POLIS GERAK AM (PGA) SEDANG MEBUANG UNDI DI KEM PGA, GALING KUANTAN, PAHANG TERSEBAR LUAS DI INTERNET?!!!

Pengerusi SPR kerap kali apabila diajukan soalan mengenai tatacara undi pos beliau menjawab.. tiada lagi istilah undi pos tetapi ditukar kepada UNDI AWAL.

Cara undi awal ini serupa dengan undi biasa....Diadakan dalam dewan secara telus, adil dan bersih.

Paling utama semua wakil calon parti akan dibenarkan memantau dan melihat proses undi awal ini...Itulah lebih kurang bunyi ayat yang terpacul dimulutnya.

Tapi jika rakaman gambar ini benar dimanakah wakil calon bertanding?...mengapa diadakan secara tertutup?

Mohon sangat-sangat pihak berwajib SPR memberikan jawapan bagi pencerahan minda rakyat.

Tidak mau wujud persespsi buruk mengenai tata kelola SPR dalam mengendalikan PRU kali ini.  

SUMBER SINI


Admin menerima mesej di bawah petang tadi. Jika benar, ia amat merunsingkan......mohon yang ada maklumat lanjut sila hubungi..........

Pengundi Hantu Dari Sabah

Di beritakan 3 pesawat B747 dan 2 pesawat Airbus 330 MAS akan di gunakan untuk mengangkut pengundi2 HANTU dari Sabah mulai hari ini 25 April hingga 4 Mei 2013. Jumlah penumpang yang bakal di bawa seramai 36,300 orang bertujuan untuk menawan Selangor. Penerbangan sebanyak 5 kali sehari akan mendarat di Airport Subang.

Untuk menawan Johor pula, Air Asia akan di gunakan dengan kapasiti yang sama. Laporan lanjut boleh di dapati daripada Tranungkite.net

Pohon semua dirikan solat hajat dan baca qunut nazilah, mohon bantuan Allah hancurkan strategi dan kucar-kacirkan usaha jahat ini. SUMBER SAH

SPR Mengamuk, Buat Laporan Polis.

Gara2 gambar kertas undi yang tersebar. Berikut di bawah ialah statement SPR sendiri. 

Perbuatan memuat naik gambar kertas undi merupakan satu kesalahan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria.

Beliau menggulas perbuatan beberapa pengguna laman sosial yang memuat naik gambar kertas undi yang akan digunakan oleh pengundi pos bagi Pilihan Raya Umum
ke-13.

Berikutan itu, SPR sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putarajaya hari ini, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

"Selain untuk menjaga nama baik dan intergriti SPR, laporan dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan, selaras Akta 574 Kanun Keseksaan (Pindaan) 1997," katanya.
Ini bermaksud SPR ;

1. Mengesahkan kertas2 undi yang tersebar itu TULEN/WUJUD/BENAR/SAHIH. Tapi tahu kah anda ada penyokong2 BN mengatakan itu ialah satu bentuk fitnah? Mereka kata sejak bila kertas undi ada letak nama pangkat dan blablabla.. mana aku nak tahu. Itu kena tanya SPR sendiri la. Dan bukan kah dengan kenyataan terkini dari SPR ini mengesahkan bahawa gambar2 yang tersebar itu adalah TULEN dan kata2 korang adalah merupakan satu FITNAH? Ada niat nak betulkan ataupun terus sebarkan benda FITNAH? 

2. Cubaan SPR menakut2kan pengundi. Sekarang neh sejauh mana pengundi2 POS/pengundi AWAL tahu bahawa ia adalah SATU KESALAHAN UNTUK TANGKAP GAMBAR KERTAS UNDI DAN SHARE DI FACEBOOK? Tahu kah mereka itu merupakan satu kesalahan? Mereka telah diberitahu? Di ajar? Dikursuskan atau apa? Kalau mereka tidak tahu bagaimana pula mereka patut dipertanggungjawabkan atas tindakan2 mereka bila mereka sendiri TIDAK DIBERITAHU? Sejauh mana SPR ada letakkan KEWAJIPAN untuk membaca syarat2 sebelum sesiapa patut MENANDA KERTAS UNDI? 

Kepada individu2 yang SHARE kan gambar kertas undi dorang tue, dorang tidak tahu ia adalah merupakan satu KESALAHAN. 

Dan SPR juga menyebut ;

Selain itu, SPR turut menafikan maklumat yang disebarkan dalam laman sosial yang menyebut proses pengundian awal bagi kategori pengundi yang layak, telah dilaksanakan semalam (23 April), sebaliknya, menegaskan pengundian awal hanya dijalankan pada 30 April.

"Perbuatan itu sekadar untuk mengelirukan orang ramai dan berharap orang ramai jangan mempercayai berita tersebut, jika ada sebarang pertanyaan dan kekeliruan, hubungi SPR untuk penjelasan," katanya.


Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/spr-memuat-naik-gambar-kertas-undi-satu-kesalahan-1.153797

Baiklah SPR. Aku juga keliru. Sebab satu lagi gambar mengenai pengundi tersebar.

Lihat bawah ;


Ini undi POS ke atau pengundi AWAL? Kalau undi POS bukan kah seperti yang tersebar sebelum neh? Kalau pengundi AWAL, err tidak kah ia terlalu awal? Ada ke pemantau dan etc2 tue? SPR mungkin boleh memberikan penjelasan, tanpa naik marah.

Yang sebenarnya, SPR juga kena bertanggungjawab atas semua kenyataan2 yang dikeluarkan di media. Aku tatau SPR sedar atau tidak sedar bahawa antara punca kekeliruan ini WUJUD ialah bilamana media2 pro kerajaan sendiri update benda2 yang SPR sendiri sebut dalam akhbar masing2. 

Contohnya seperti berikut ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/04/kertas-undi-untuk-petugas-media-mula-di.html

Jangan hanya tahu salahkan rakyat marhaen. Ini kerana rakyat marhaen sendiri tidak didedahkan dengan info yang betul dan tepat. Kat sini jentera penerangan SPR sendiri yang perlu diperbetulkan, bukan nya salahkan persepsi orang ramai. Sekian. 





PENDEDAHAN TEPERINCI

#Licik betul taktik hangpa ni, mesti madey tok gurunya...iyelah kalau Pakatan Rakyat menjadi kerajaan pusat, habislah kekayaan kam kerabat madey dan kroni-kroninya....itu sebablah madey beria-ia akan mempertahan kuasa UmnoBN. Jika tidak..habislah periuk nasi UmnoBN....kalau nak bela, bela semua sekali..bukan kaum kerabat ja....mesti adil...!!!

Blog Pakatan Rakyat