Perjanjian TPPA Antara Amerika Syarikat Dan Malaysia - Mungkin tidak ramai orang awam, golongan profesional mahupun golongan akademik mengetahui agenda AS melalui perdagangan Perjanjian Persahabatan Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) dan lebih membingungkan kerana ketiadaan ketelusan kerajaan dalam mendedahkan rundingan antara Putrajaya dan Washington dalam perkara yang berkaitan dengan perdagangan yang amat menyentuh persoalan kedaulatan negara.
(Tak Lama Lagi Pangkalan Tentera Amerika Syarikat Akan Berada Dmalaysia Untuk Membentuk New World Older(NWO), NWO Rancangan Amerika Syarikat Untuk Menguasai Dunia Mengikut Sistem Yang Mendaulatkan Dajjal, Rancangan Ini Adalah Dari Kerjasama Antara Amerika Dan Russia, Depan-Depan Dunia Musuh TetapI Dibelakang Sahabat.
Apa Itu The New World Order?
Istilah New World Order (NWO) telah digunakan oleh banyak ahli politik sepanjang zaman, dan merupakan istilah generik yang digunakan untuk mengacu pada konspirasi global yang dilakukan oleh sebuah pertubuhan yang sangat kuat dan berpengaruh dimana didalamnya termasuk orang-orang kaya dunia, pemimpin politik, perusahaan elit, serta anggota daripada kelompok bernama Black Nobility of Europe (dominated by the British Crown) yang bertujuan untuk membuat dunia dengan satu pemerintahan (fasis) yang bebas daripada adanya kebangsaan dan daerah perbatasan.
Mungkin ramai yang sudah mengetahui mengenai pemerintahan Khalifah didalam Islam. Di dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah nabi yang terakhir. Selepas baginda, tiada lagi nabi yang lain melainkan hanya digantikan dengan khalifah-khalifah yang ramai. Pemerintahan khalifah ini secara ringkasnya adalah satu pemerintahan bagi seluruh dunia Islam.
Tetapi ramai yang tidak sedar, betapa dalam diam-diam kerajaan Amerika Syarikat sekarang ini pun ingin menandingi konsep pemerintahan itu, dengan mewar-warkan New World Order (NWO) yang merupakan sebuah ‘Teori Konspirasi’ (Conspiracy Theory). Dan dalang-dalang di sebalik NWO ini secara ringkasnya adalah sebuah pertubuhan rahsia Illuminati yang terdiri daripada beberapa buah pertubuhan besar seperti Freemasons, Skull and Bones, Bohemian Grove, dan beberapa lagi. Dan telah dapat kita lihat sekarang Amerika Syarikat sudah dapat menakluki Iraq, salah satu kuasa besar dunia. Dan targetnya selepas ini mungkin Syiria, dan seluruh wilayah Syam, sebelum akhirnya akan menakluki seluruh dunia dan menjadikan seluruh dunia berada dibawah telunjuknya. Itu lah dia matlamat slogan New World Order (Tata Dunia Baru) iaitu satu pemerintahan bagi seluruh dunia yang mana pemerintahnya adalah Amerika Syarikat.
http://www.youtube.com/watch?v=pBBAfzRNjyA (Tanda dan simbol NWO. Sila klik disini)
Kenyataan mengenai New World Order ini sebenarnya telah dibuat secara rasmi oleh Presiden Russia waktu itu iaitu Mikhail Gorbachev dalam ucapannya di Perhimpunan Agung PBB pada 7 Disember 1988. Beliau menekankan untuk menguatkan peranan pusat PBB dan penglibatan aktif daripada semua pihak. Itu antara konsep awal NWO yang diperkenalkan olehnya. Tetapi pada 11 September 1990, George H.W. Bush (bapa kepada bekas Presiden Amerika Syarikat iaitu George W. Bush) telah mula membicarakan mengenai NWO ini dengan ucapannya yang bertajuk ‘Toward a New World Order’ yang bermaksud ‘Ke Arah Tata Dunia Baru’.
Antara isi-isi ucapan itu termasuklah komitmen untuk menguatkan Amerika Syarikat agar ia dapat memimpin dunia dengan undang-undang dan bukannya menggunakan kekuatan fizikal, kerjasama Amerika-Russia ke arah dunia yang selamat untuk demokrasi, jurang masa depan akan menjadi secara ekonomi dan bukannya ideologi dan sebagainya. Dan banyak juga ucapan tersebut yang cakap tidak serupa bikin.
http://www.youtube.com/watch?v=7a9Syi12RJo (Kenyataan daripada George H.W Bush mengenai NWO pada 11 Sept 1991. Genap sepuluh tahun sebelum Tragedi 11 Sept 2001 berlaku. Kebetulan atau telah dirancang? Sila klik disini.)
Bertitik-tolak daripada inilah kerajaan Amerika Syarikat sudah mempunyai agenda lain lebih-lebih lagi disogok oleh gerakan Freemason, orang-orang yahudi dan sekutu-sekutunya untuk menguasai dunia. Sehinggakan mereka sanggup membuat bermacam-macam propaganda termasuklah mengaitkan Islam dengan keganasan kerana mereka tahu Islam boleh menjadi penghalang besar kepada usaha mereka untuk menguasai dunia.
Simbol Dan Lambang Illuminati Pada USD $1
http://www.youtube.com/watch?v=AOLXPohHpzs (Perincian mengenai simbol dan lambang New World Order pada matawang USD $1. Sila klik disini.)
Aaron Russo (seorang ahli perniagaan hiburan, pembuat filem dan aktivis politik bebas Amerika) pernah mengatakan dalam satu temubual bahawa istilah ‘Pengganas’ itu hanya sengaja diada-adakan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Beliau juga berkata bahawa David Rockefeller (seorang hartawan Amerika) pernah memberitahunya awal-awal lagi tentang kejadian-kejadian seperti penyerangan ke atas Iraq, Afghanistan, dan sebagainya. Bermakna pelabelan mereka bahawa Islam itu adalah pengganas adalah propaganda semata-mata agar dunia benci kepada Islam, dan mahu menarik perhatian dunia agar menyokong usaha kerajaan Amerika Syarikat membasmi pengganas.
http://www.youtube.com/watch?v=mIQ9DYM2ZSQ (Perang Atas Nama Keganasan. Satu lagi propaganda golongan berkepentingan bagi merealisasikan New World Order)
Ada pendapat mengatakan, kerajaan Amerika Syarikat akan merealisasikan NWO menjelang tahun 2012 di mana tahun itu juga banyak pihak meramalkan akan belaku kemusnahan pada dunia.