Labels

Wednesday, 3 April 2013

MB HARAM : Zambry 'eee' Kadir Mengakui Tidak Yakin Pertahan Perak!


Masuk hari ni dah 14 kali hari Rabu dah untuk tahun ni maknanya dah 14 kali mesyuarat Exco. Nampak sangat Zambry sangat-sangat tak yakin Umno BN boleh pertahankan kerajaan negeri Perak yang depa rampas pada tahun 2009 dengan kerjasama 1+3 ekor katak CELAKA.


Malaysiakini melaporkan:

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan pemberian insentif tambahan sebanyak RM500 kepada setiap penjawat awam kerajaan negeri.

 Beliau berkata pemberian yang akan dimasukkan dalam pembayaran gaji bulan ini melibatkan lebih 8,000 penjawat dengan peruntukan RM7.5 juta.

 Ia sebagai menghargai usaha penjawat awam ekoran peningkatan hasil kerajaan negeri tahun lepas, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri. - Mkini. 


ePaper Harakah. Harakah cetak versi digital untuk langganan.
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar

Yang lawaknya Malaysiakini juga melaporkan:

Zambry turut menyangkal pemberian itu sebagai 'gula-gula' pilihan raya. 

 Beliau berkata tahun sebelum ini, kerajaan negeri juga memberi insentif tambahan.

 Sementara itu beliau berkata mesyuarat exco hari ini merupakan yang terakhir sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. - Ibid. 
Ada ka sapa yang terlalu bangang nak peraya kononnya 'insentif' tu bukan sebab dah dekat sangat nak pilihanraya.

 Kalau betul bukan 'gula-gula' pasai apa kelulusan tu dibuat dalam mesyuarat exco terakhir. Masuk hari ni dah 14 kali hari Rabu dah untuk tahun ni maknanya dah 14 kali mesyuarat Exco.

 Nampak sangat Zambry sangat-sangat tak yakin Umno BN boleh pertahankan kerajaan negeri Perak yang depa rampas pada tahun 2009 dengan kerjasama 1+3 ekor katak CELAKA.

 Persoalannya sekarang ni, si Zambry ni nak bertanding di kerusi mna sebenarnya. Dengar kata kerusi Dun Pangkor pun dah tak berapa nak selamat dah untuk dia walaupun majoriti pengundinya adalah anggota tentera laut dan pasangan.

 Ada juga yang kata dia akan bertanding kerusi Parlimen, Takkan Parlimen Lumut kut, kalau jadi Anwar Ibrahim bertanding di Lumut memang kompom kut Zambry tunggin...

 Apa pun, Dun Perak pun dah bubar hari ni.

 mStar melaporkan:

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubar pada Rabu serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

 Pengumuman itu dibuat di kediaman rasmi Menteri Besar di sini pada kira-kira pukul 5.20 petang ini.

 Zambry berkata, beliau telah mengadap Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pada pukul 3 petang bagi mendapat perkenan pembubaran itu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

#Zambry kadir MB haram, MB syok sendiri....

Blog Pakatan Rakyat