Labels

Tuesday, 2 April 2013

PANAS!!! : Najib Mengakui Akan Berlaku Peralihan Kuasa (ScreenShot Twitter)


BEKAS Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang baru sahaja membubarkan parlimen sebentar tadi membayangkan akan berlaku peralihan kuasa selepas Pilihanraya Umum ke 13.

Beliau melalui akaun twitter peribadinya menulis: 

"Jika berlaku peralihan kuasa ia perlu berlangsung secara aman & tertib. Inilah iltizam kita menjunjung prinsip demokrasi"

Muahahahahah!!!

Kali pertama dalam sejarah Malaysia seorang bekas Perdana Menteri timbulkan soal peralihan kuasa selepas membubarkan parlimen.

Ini mesej jelas bahawa Najib Razak sedar bahawa hari ini adalah hari terakhir beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana bakal berlaku peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat selepas PRU13 nanti.

Najib Razak sedar jika BN menang sekalipun, ia hanya mampu menang tipis, sekaligus pucuk pimpinan iaitu presiden parti terpaksa dilepaskan atas sebab gagal mengembalikan dua pertiga kerusi parlimen BN. Seperti mana Abdullah Badawi dipaksa melepaskan jawatan sebelum ini.

Pagi tadi adalah saat terakhir Najib memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6. Selamat tinggal Najib!

#Ahli2 UMNO dan BN yang bawah2/grassroot dah mula curiga bahawa Najib tak confident menang dalam PRU13.....oleh itu mereka berpakat mau istihar sokong PR. Kalu menang nanti tak malu sangat pasai dah istihar sebagai bukan UMNO dan BN. Sape mau support oghan dok orok. 
Ade jugok puak2 UMNO reka alasan. Kata mereka Najib berpura wat dok orok dan tak bermaya dengan bertujuan nok membiarkan bakal calon PR rakus berebut kerana PR confident...Najib gelabah silap sebut tahun...muahaha...




Blog Pakatan Rakyat