Labels

Showing posts with label 10 janji pakatan. Show all posts
Showing posts with label 10 janji pakatan. Show all posts

Monday 30 January 2012

VIDEO TERBARU VIDEO PRO-ISRAEL ANWAR. PENJELASAN LISAN

Klik Untuk Tonton Video Penjelasan Anwar ---> Video

saya rasa elok lock semua topic mengenai Pemfitnahan ke atas Anwar Ibrahim berkenaan jawapan keselamtan negara Israel dalam Wall Street Journal.

Ambil thread yang ini sahaja kerana thread yang lainnya mengandungi unsur2 fitnah dan salah faham (walaupun ada yang bukan fitnah).

Sesungguhnya, Saya telah menduga memang jawapan beliau tally dengan jawapan saya dalam thread yang berkenaan (4 hari lepas). bahawa Malaysia telah pun mengikut peraturan perlembagaan dalam Resolusi Perlembagaan PBB utk Majlis Keselamtan mengiktiraf Keselamtan Negara2 yang diiktiraf.

Bahawasanya Anwar Ibrahim hanya mengulangi apa yang terdapat dalam resolusi yang telah sekian lama dipegang oleh Malaysia.

sumber

http://anwaribrahimblog.com/2012/01/28/jangan-putar-belit-kenyataan-demi-menghambur-fitnah/

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:
“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.“
Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution. Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL
DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut:

“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”
Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin. Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

ANWAR IBRAHIM
 

Baca Berita Penuh ..

Monday 23 January 2012

HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI NASIB BN-UMNO PADA PRU 13


NAJIB JANJI LAGI KAT FELDA DI KERDAU
Aleh-aleh berlaku lagi kematian wakil rakyat kini di Melaka dan Pahang yang mana menyaksikan lagi PAS terpaksa mengalas tanggungjawab untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK di kedua-dua tempat tersebut.
Seperti biasa Santa Klaus UMNO mulai mengagihkan apa yang diminta oleh ketua-ketua gerombolan UMNO atau BN guna mengambil peluang dan kesempatan mereka untuk memeras ketua Santa Kalus mereka itu,
Ewahhhhh..
Seperti kata Dato Tuan Ibrahim , kinilah masanya orang Kerdau nak minta apapun samada sungai ke jambatan ke atau apa-apa yang mereka fikir untuk diadakan di kerdau.
Cuma patut jugaklah rakyat tengok-tengok apa yang dah banyak terjadi semasa PRK adakah BnUmno yg sedang memerintah negara ini dan negeri pahang ini melaksanakan apa-apa yang mereka taburkan semasa PRK seperti di Ijok dulu-dulu hampeh terbengkalai projek jalan raya yang sedang dalam tolak menolak tarnya ditinggalkan gitu saja, di Felda Hulu Selangor janji nak tanggung dan bayar sepenuhnya hutang syarikat yang tutup semasa buat projek di felda Sungai Buaya dan macam-macam lagi realiti UMNO yang suka berbohong dan berbohong.
 SYABAS KEPADA PAS KERANA PANDAI BERSTRATEGI
Kononnya PAS akan meletakkan calon wanita juga di Merlimau seperti Tenang namun meleset ramalan media-media kroni UMNO. Begitu juga di Kerdau PAS akan meletakan giant leadernya di Pahang iaitu Dato TITM namun PAS mengekalkan calon semasa PRU 12 juga. Maka UMNO terkial-kial terpusing 360 darjah kerana salah sangka dan silap perhitungan. Jelas PAS meletakkan pemuda pada masa yang sesuai dengan mecalonkan orang-orang muda sebagai calon samada di Merlimau dan Kerdau.
Hasanuddin masih kuat dan muda lagi untuk memimpin rakyat di Kerdau dan negeri Pahang oleh itu para pengundi di sana akan berfikir berkali-kali untuk samada meneruskan pilihan kepada UMNO ataupun menukar kali ini supaya suara PAS makin kuat di DUN Pahang bagi membawa suara rakyat di sana.
Keberkesanan 2 wakil rakyat PAS yang mewakili Pakatan Rakyat Pahang dalam DUN Pahang adalah isyarat jelas untuk rakyat Kerdau menambahkan lagi jumlah suara Pakatan Rakyat dalam pentadbiran kerajaan Pahang yang sedang diketuai Adnan Yaakob itu.
 KESAN KEABNGKITAN RAKYAT DI DUNIA SEKARANG KINI
Mesir, Tunisia, Libya , Yaman, Bahrain dan akan menyusul lagi dibanyak negara menyaksikan kebangkitan terutama generasi muda dan pertengahan untuk menzahirkan rasa tidak puashati mereka terhadap dasar-dasar pemimpin yang sedang memerintah negara-negara berkenaan dengan melakukan pelagai penyelewengan dan sudah sampai masanya untuk diturunkan secara kekerasan.
kerana selama ini mereka mengekalkan kuasa dengan cara zalim dan kukubesi. Maka rakyat akan membalas semula apa yang mereka lakukan terhadap rakyat. Ramai yang terkorban semasa mahu menurukan para diktator ini. Semua penduduk dunia yakin perubahan semua ini akan menjalar ke seluruh dunia samada dunia Arab, eropah, Asia dan di semua pelusuk dunia.
Malaysia pun tidak akan terlepas dari fenomena ini dan tidak hairan rakyat di sini juga akan mengajar para pemimpin yang zalim samada melalui pilihanraya ataupun jalanraya.
 AL FATEHAH - NEKMATIN ERBAKAN bekas PM TURKI  kepulangan ke rahmatullah pemimpin dunia Islam dari TURKI
Kehebatan bekas PM Turki selepas era Kamal Ataturk yang dijatuhkan oleh rejim tentera saki baki Kamal Ataturk Nekmatin Erbakan sangat terserlah terutama dengan kelahiran kumpulan D8 yang mengumpulkan negara-negara maju dan pra maju untuk membawa perubahan di dunia ini.
Walau apapun seluruh gerakan Islam redha dengan perginya seorang pemimpin seperti itu.
psst...Shopping sakan kakmah kat dunia ni...

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat