Labels

Showing posts with label undi pati. Show all posts
Showing posts with label undi pati. Show all posts

Sunday 28 April 2013

UNDI PATI : Warga Myanmar Telah Diberi Amaran!!


Kemunculan pendatang asing yang memiliki kad pengenalan biru di Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke -12 lalu berada di tahap membimbangkan.


Menurut Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri, sekiranya isu ini tidak ditangani segera, Selangor akan menghadapi masalah yang sama seperti dihadapi rakyat dan pasukan keselamatan di Sabah.

“Di Sabah masa isu pencerobohan Lahad Datu, pihak keselamatan tak dapat bezakan mana pendatang asing, mana warganegara sebab pendatang asing ini juga ada kad pengenalan biru.

“Sekarang di Selangor sudah mula menular sebab nak rampas Selangor.

“Saya menyeru supaya kita selamatkan Selangor jangan jadi seperti Sabah gara-gara Umno-BN nak mengekalkan kuasa mereka,” kata Azmizam dalam satu program ceramah di Taman Telok Gadong.

Azmizam berkata, beliau sendiri bertemu dengan empat warga Myanmar yang mendapat kad pengenalan biru secara mudah dan sempat membuat salinan dua daripadanya.

“Saya beri amaran kepada mereka, jangan sampai saya jumpa mereka di tempat mengundi, kalau jumpa siaplah,” kata beliau lagi.

Sebelum ini, bekas Ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah ketika tampil sebagai saksi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung projek IC mendakwa beliau dan beberapa kakitangan lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin bagi melicinkan operasi projek IC.

Abdul Aziz adalah Setiausaha Politik kepada Dr Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Manakala seorang saksi lain turut mengaitkan dua bekas orang kanan Mahathir  berhubung dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.

Bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin turut mendakwa menerima arahan daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

#Mat bangla penentu masa depan MALAYSIA...

Baca Berita Penuh ..

Saturday 27 April 2013

EKSKLUSIF : Ribuan Juta Ringgit ‘Diperah’ Daripada Pekerja Asing Untuk Mengisi Dana Perjuangan BN!


Azrin Ren : Rakyat palsu yang akan menolak PR 5 mei nanti, keh keh keh...itulah umno selalu kata ''rakyat kini TOLAK PEMBANGKANG'', rakyat iturrr adalah pendatang asing...keh keh keh....

Ramai di kalangan orang awam khuatir bahawa penubuhan suatu program yang dinamakan Malaysia 6P merupakan amalan pendaftaran pengundi baru, sejajar dengan Projek IC di negeri Sabah.


Ianya dianggap sebagai penubuhan suatu dana oleh kerajaan BN menggunakan pekerja-pekerja asing tanpa izin, di mana para PATI ini dibenarkan untuk mengisytiharkan status mereka dengan menjelaskan sejumlah fi sebagai membolehkan mereka diberikan sebuah permit rasmi untuk duduk di Malaysia selama dua tahun.

Namun Sarawak Report telah mendapati menerusi agen-agen yang diupah untuk memproses permit-permit itu sebagai suatu amalan untuk mengisi dana pilihanraya BN.

Di bawah program itu seramai lebih 372,000 pekerja asing dihimpunkan di kawasan-kawasan lapang, kilang-kilang dan tapak-tapak binaan dan dihantar dengan bas-bas ke pusat-pusat pendaftaran. Mereka atau majikan-majikan mereka dikehendaki membayar RM4,000 seorang untuk mendapatkan permit-permit bagi mengelakkan dari dihantar pulang ke negara-negara asal mereka dan pembayaran yang dilakukan itu seharusnya menggunakan wang tunai. Dengan amalan di mana suatu proses digunakan oleh kerajaan untuk mengarahkan sebanyak 340 agensi-agensi swasta dalam masa pemberitahuan yang singkat, keseluruhan program itu telah menwujudkan kekeliruan dan berkontroversi.

Ramai di kalangan pekerja asing itu ditipu, dan ada juga diugut atau diancam untuk dihantar pulang ke negara-negara asal mereka.

Terdapat juga kerisauan timbul bahawa butir-butir peribadi para pendatang itu berkemungkinan besar digunakan pada apa yang didakwa sebagai wujudnya nama-nama bermisteri dan alamat-alamat baru yang mengisi daftar-daftar pemilih di kawasan-kawasan yang disasarkan oleh BN.

Namun, Sarawak Report turut diberitahu bahawa tujuan utama program itu adalah untuk mendapatkan ribuan juta ringgit dalam bentuk wang tunai yang akan digunakan oleh UMNO pada pilihanraya umum yang akan diadakan nanti.

Satu setengah juta ringgit ‘dilonggokkan’ sehingga mencecah siling bilik setor!

Dengan seramai 370 ribu orang membayar RM4,000 seorang, kita mengandaikan sejumlah RM1,500,000,000 atau 1.5 ribu juta ringgit dalam bentuk wang tunai terpakai!

Suatu sumber yang memberitahu Sarawak Report bahawa seorang agen melonggokkan wang itu di dalam sebuah bilik kecil di sebuah rumah dan dikhaskan untuk dikutip oleh bos-bos politik mereka. Dengan dakwaan yang dilemparkan, maka jelaslah bahawa Jabatan Imigresen bertanggungjawab melaksanakan program Malaysia 6P dengan telus mengenai amaun dan kos program dan juga berapa jumlah wang yang telah dikutip oleh Negara.

Irene Fernandez dari Tenaganita, sebuah NGO yang mempertahankan hak asasi pekerja-pekerja yang terjejas, berkata terdapat tiada perincian dalam kos dan perbelanjaan yang terlibat setakat ini.

“Kami faham bahawa sistem biometric itu bernilai RM335, dan RM300 dikaut oleh para agen yang terlibat,” katanya, “dan kami juga tahu bahawa RM180 untuk yuran menjalani ujian perubatan, itu sahaja”.

Irene Fernandez telah juga mengesahkan bahawa kesemua pekerja yang diwakilinya itu dikehendaki menjelaskan wang tunai kepada agen-agen mereka bagi mendapatkan permit-permit yang diperlukan. Irene memberitahu Sarawak Report bahawa dia tidak terkejut bahawa terdapat dakwaan yang mengatakan sejumlah besar dari wang itu dikhaskan untuk BN.

Dengan 10,000 orang pekerja asing yang berdaftar itu berhadapan dengan kemungkinan dihantar pulang ke negara-negara asal mereka, menghadapi penipuan dan amalan-amalan kurang adil oleh pihak agensi yang diupah oleh BN, kini terdapat banyak makumat telah didedahkan mengenai hubungan antara agensi-agensi yang dipilih oleh Jabatan Imigresen dan BN/UMNO.

Suatu contoh yang ketara mengenai hubungan kroni adalah SNT Universal Corporation, di mana para pegawai mereka menganiaya pekerja-pekerja asing yang sepatutnya diberika pas-pas kerja.

Seorang Pengarah syarikat, yang merupakan seorang bekas Menteri Dalam Negeri, Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang telah mendapat kedudukannya sebelum pengisytiharan pengampunan pada bulan Mei 2011 itu.
 Menurut kajian yang dilakukan oleh Free Malaysia Today, SNT juga dikaitkan dengan badan-badan korporat yang lain yang didakwa menyamar sebagai pekerja palsu bertujuan untuk menahan pendatang-pendatang tanpa izin dan mendaftarkan mereka di bawah program Malaysia 6P itu.

Maka, adakah kesemua wang itu akan diagih-agihkan kepada UMNO dan kroni-kroni mereka? Jika betul, maka ianya dilihat sebagai memperjudikan nasib orang-orang miskin di Malaysia. Adakah orang-orang miskin itu akan disogokkan dengan sedikit dari wang kutipan itu pada musim pilihanraya nanti?

#Itu jolah yang UmnoBN mampu....

Baca Berita Penuh ..

Tuesday 23 April 2013

PANASS!!! : Pesawat Khas Bawa Pengundi Hantu Setan Untuk Tujuan Rampas Selangor Akan Bermula!!!

Azrin Ren : Patutlaaa UmnoBN dengan angkuhnya bercakap besar mampu menawan kembali selangor sebuah negeri yang benar-benar UmnoBN idamkan...al-maklum laa negeri lubuk duit...dapat kat UmnoBN habislaaaaaaa...shopping...Mabukkkkkk!!!


Bermula pada 25 haribulan 4 sehinga 4 haribulan . sebanyak 5buah pesawat akan mengankut pengundi hantu hasil projek IC Sabah untuk mengundi di Selangor bagi tujuan merampas Selangor. 

Percayalah. jika anda bertanya pihak berkenaan.. mereka akan jawab bahasa standart " itu orang semenanjung kerja di Sabah yang akan balik mengundi nanti" .. 

Cuba fikir.. mereka muka pendatang asing.. bercakap melayu tungang langang tiba2 di sponsor terbang FREE untuk mengundi dan jika ditanya.. kamu tinggal di mana.. sure tak der yang boleh jawab!! 

Mereka semua ni akan mendarat di Subang airport... dan bas bas akan menanti mereka ni kemudia diletakkan ke hotel2 atau chalet2 sebelum dikerah turun mengundi ke parlimen2..dan dun2 yang ditarget untuk menang. 

Namun begitu,perkhabaran yang lain menunjukkan Johor Bharu juga bakal tumbang atas sebabkan penolakan rakyat terhadap BN.. Maka kerjasama Air Asia dipanggil bagi mengankut pengundi dari Sabah ke Johor pula.. inilah skrip yang sedang dirancang oleh parti Umno yang dominan dalam BN dan sangat takut jika kalah dalam PRU 13 nanti. 

Pening jugak umno nak pikir.. dahlah Sabah pon PANAS.. dok angkut2 pengundi,silap2 Sabah hilang.. begitulah dilema mereka siap bertekak pasal agihan nih.. Mana nak kaver Sabah.. mana nak rampas selangor.. mana nak pertahankan Johor ya dak? 

Antara fakta yang gua dapat pintas melalui satelit puaka .. pesawat khas ini telah disewa khas oleh Mr XXXXX dan semua pembayaran ditaja oleh beliau. Antara sebab beliau merelakan buat tajaan ini kerana.. jika BN kalah.. maka bisnesnya pasti terkubur.. Semua skandal pasti dibongkar.. Jadi untuk menyelamatkan diri dan pemimpin umno dari kalah.. maka mereka kini salaing bantu membantu. 

Berikut adalah sedikit jadual penerbangan yang BOCOR untuk tatapan korang.. gua tak boleh bocorkan semua.. kang nanti anti klimax plak .. heheh yang lain2 tu biar gua dedah sikit sikitlah ya.. 

Mana gua dapat jangan tanya gua.. ni part 1.. mana leh dedah semua ya dak? kalu depa kata gua ni tipu.. nanti part 2 gua lepas sikit lagi bukti... he he he.. 

Zul Nordin 110% yakin penuh BN akan rampas Selangor. Apa hujah beliau kata tu untuk kata dia boleh menang jika bukan dia tahu pengundi hantu dari luar akan dibawa masuk? 

Ini semua kerja JAHAT umno BN.. Sama sama kita jaga negara dari diperintah penyamun BN... Biar RAKYAT Malaysia yang memilih pemerintah.. bukan mereka yang diupah dan mengundi BN bagi memenangkan BN dengan cara TIPU!!! 


#Gua sanggup terjun dalam lubang tong jamban kalau UmnoBN menang tanpa bantuan SPR/ROS/PENGUNDI HANTI/ UNDI POS/UNTUK MAT BANGLAT, PINOY, NEPAL, VIETNAM, MAT INDON DLL ETC DENGANNYA....

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat