Labels

Showing posts with label najib obama. Show all posts
Showing posts with label najib obama. Show all posts

Monday 28 April 2014

Perjanjian TPPA : Warganegara Asing Di Negara Ini Bebas Memiliki Hartanah Termasuk Hartanah Kediaman Di Negara Ini.

Warganegara asing di negara ini bebas memiliki hartanah termasuk hartanah kediaman di negara ini apabila Kerajaan Malaysia bersetuju menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA),


SHAH ALAM 24 APRIL: Warganegara asing di negara ini bebas memiliki hartanah termasuk hartanah kediaman di negara ini apabila Kerajaan Malaysia bersetuju menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) nanti.Mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob berkata, ini berlaku apabila perjanjian itu tidak membenarkan sebarang sekatan kepada warga dan pelabur asing di negara ini untuk memiliki hartanah dengan menikmati keistimewaan yang sama dinikmati warga tempatan.“Kedatangan Barrack Obama adalah untuk memastikan Malaysia tandatangani TPPA ini.

Munafiq

Di bawah TPPA rakyat Amerika, Jepun dan negara lain bebas membuat perniagaan dan membeli apa-apa sahaja di dalam negara itu.“Tentunya salah satu yang jadi tumpuan mereka adalah melabur dalam pemilikan hartanah termasuk perumahan.“Ini akan menolak harga ke atas.

Harga hartanah jadi lebih tinggi, rakyat sendiri kena bersaing dengan pelabur asing yang mempunyai kewangan yang lebih baik untuk memiliki hartanan di negara sendiri,” kata Dr Rosli ketika dihubungi Selangor Kini di sini hari ini.

Beritahu beliau lagi, kouta dan keistimewaan potongan tujuh peratus yang dinikmati kaum Bumiputra dalam pembelian hartanah pada masa ini juga bakal terhakis sekiranya TPPA dilaksanakan selaras dengan dasar Layanan Adil dan Sama Rata (FET).Mengulas kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, Dr Rosli berkata lawatannya itu bagi memastikan Kerajaan Malaysia bersetuju menandatangani perjanjian TPPA.

“Rakyat kena sampaikan mesej kepada kerajaan, kita tolak kerana TPPA boleh gadaikan kedaulatan negara.“Jangan biarkan negara dijadikan alat politik dalam agenda Amerika untuk mengekang kemaraan ekonomi negara China di persada dunia,” kata Dr Rosli lagi.
Katanya lagi, langkah kerajaan menandatangani TPPA hanya menunjukkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan sebuah pentadbiran yang lemah dan boleh digertak sehingga terpaksa tunduk dengan kehendak negara kuasa ekonomi dunia itu.

#Psssst....

Ini dia spesis yang menyanjung kedatangan obama, bangsa melayu..pakai dok tangkap kapal terbang yg dinaiki obama..bangsa jakun....gua tak hairan dulu orang-orang melayu kena penampaq jepun sebab menyanjung british menentang islam dan mengkhianati bangsa...lebih kurang spesis ni lah yang dok menyanjung amerika..sebuah negara yang banyak membunuh umat islam di iraq dan afghanistan..sebuah negara yang membantu zionis israel membunuh orang islam di palestin. Bangsa bangang....biar gua terasa pun sebab gua sebangsa dengan mereka..bukan apa..jaji gua ada maruah sebab tidak menyanjung pemimpin kufar itoh....biasa laa..obama kan khalifah depa...hari-hari belagak cakap omputih..hari-hari update status facebook perkataan omputih...lebih agungkan bahasa kafir dari bahasa al-qur'an...

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat