Labels

Showing posts with label pru13. Show all posts
Showing posts with label pru13. Show all posts

Friday 12 April 2013

PRU13 : Ustaz Haron Din Pulak Jadi Mangsa Fitnah UmnoBN!


Azrin Ren : Begitu terdesak puak-puak parti lucah ya, apabila sudah tergoyang tergoncang...mereka sanggup membuat fitnah dan tohmahan tak ketahuan punca, cobaan mereka-mereka ini untuk melemahkan kekuatan Pakatan Rakyat, ada juga cobaan nak melaga-lagakan antara PAS dan PKR, aaakan tetapi plan golongan tak cerdik tersebut gagal segagalnya...kasian......

Seperti nyawa nyawa ikan, kini pemimpin Barisan Nasional begitu terdesak meminta
pertolongan dari bloger bloger fitnah mereka supaya fitnah menfitnah akan pemimpin 
Pakatan Rakyat, ini terjadi kerana bancian dari akbar sinar harian yang mana hanya 
19% saja majoriti  rakyat malaysia akan mengundi BN pada PRU 13 kali ini.

dan TerNow dari sebuah blog BN, yang mana kemungkinan telah di bayar RM sejuta
untuk menfitnah tuan guru harun din iaitu timbalan mursyidul am PAS,

di dalam blog lucah Barisan Nasional itu, penulis blog upahan itu telah dengan terang
terangan mengatakan bahawa harun din telah keluar dari pas, dan menyeru agar mengundi 
BN  pada pru 13 kali ini, ayat ini mungkin di cedok dari ayat Bekas Bakal Menteri Besar 
Selangor iaitu Hasan Ali yang mana menFARDUkan bahawa Fardu mengundi Barisan Nasional.

semakin hampirnya detik kemusnahan Barisan Nasional pada 5 may ini, semakin galak
bloger bloger lucah Barisan Nasional memainkan isu isu fitnah,

mereka mungkin belajar di universiti amerika dan dari UNIT MEDIA BARU UMNO
mengenai perang psikologi, tetapi mereka tidak belajar di universiti tel aviv yang mana
secara teori dan teknikalnya adalah seperti berikut

kali pertama satu isu - orang tak percaya.
kali kedua di ulang semula - tidak percaya.
kali ketiga - tidak percaya juga.
kali ke empat - adanya rasa sangsi..

kali kelima - merasa agak yakin.
kali ke enam - mula percaya.
kali ke tujuh - sangat percaya.
kali ke lapan - sangat sangat percaya.

kali ke sembilan - sudah bosan.
kali ke sepuluh - menjadi sangsi semula.
kali ke sebelas - sudah ragu ragu.
kali ke dua belas - tidak percaya lagi

kali ke tiga belas - tidak lagi percaya kerana ianya sudah over kill
kali ke empat belas - sudah mula tidak lagi mempercayai.
kali ke lima belas - sudah mula rasakan ianya adalah fitnah semata mata.
kali ke enam belas - keyakinan 100% telah padam kepada pemuja fitnah (Barisan Nasional)

maka bloger pencacai Barisan Nasional mengulang ulang fitnah video seks, dan
pelbagai fitnah lagi sebagai sumber untuk terus berkuasa sambil mendidik masyarakat 
kearah budaya lucah yang membuatkan Rakyat Malaysia sudah hilang keyakinan pada
penulisan dan fitnah mereka serta pemimpin mereka iaitu Barisan Nasional.

perkara ini akan menyebabkan undi kepada Barisan Nasional akan sangat sangat 
berkurangan pada 5 may nanti, tetapi hanya ini sajalah MODAL Barisan Nasional yang ada
sebagai LANUN RAKYAT selama 55 tahun.

berikut pula adalah jalan jalan fitnah yang di buat Barisan Nasional agar fitnah video 
lucah dari penerbit Barisan Nasional di lihat benar

1) AMK kena tangkap sebab sebar ( kantoi polis nafikan tangkapan)
2) Mustafa Ali letak jawatan ( kantoi lagi, mustafa nafi dah sedia saman bloger BN)
3) Mustafa kononnya mengaku wanita pelacur tu dari timur tengah (fitnah besar pencacai BN)
4) Harun din letak jawatan sebab malu ( kantoi lagi harun din tak cakap pun)
5) Hadi awang pula di fitnah kerana menyokong lucah (kantoi lagi pencacai BN fitnah)



#Haji Baharuddin Ahmad P.OO2 Kangar


Baca Berita Penuh ..

PRU13 : Erdogan Harap Anwar Menang


Azrin Ren : InsyaAllah, mari kita bersama-sama memohon doa, agar kegemilangan ISLAM kembali terpancar, mari kita tabus kekecewaan sultan abdul hamid II yang di tumbang oleh mustapa kamal artartuk. Kalau kalian semua nak tahu, Madey juga adalah agen asing seperti mustapa kamal artartuk untuk menghapus saki-baki syariat islam.


Rajab Tayyip Erdogan berkata jika Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU 13 ini maka beliau bercadang akan mula membentuk kembali jaringan negara-negara Umat Islam di bawah Empayar Othmaniah seperti ketika di zaman keagungan empayar tersebut suatu ketika dahulu..


Malaysia dipilih kerana sejarahnya telah bermula semenjak 500 tahun dahulu di mana Empayar Kesultanan Melayu Melaka pernah menjadi sayap kanan kepada Empayar Othmaniah Turkey di sebelah rantau Asia tenggara selepas Negara Aceh Darussalam..

Jaringan islam ini agak sukar dilaksanakan kerana para pemimpin negara umat islam kebanyakkan agak gentar utk menghadapi tekanan dari EU kerana kebanyakan menolak islam dalam kehidupan bernegara.. Tetapi Insyallah usaha ke arah itu akan belaku..

Jaringan ini bukannya utk menghancurkan dunia tetapi ingin menyatukan suara umat islam seluruh dunia di atas ketidak-adilan dunia barat menindas umat islam dan juga umat masua yg tidak sehaluan dengan mereka selama ini..

Sebelum kita membina kekuatan material kita harus membentuk kekuatan akidah, iman dan mental.. Umat islam tidak akan bangkit buat selama-lamanya selagi mana mereka menolak hukum Allah dan melakukan kezaliman di dalam pemerintahan bernegara..

Perjuangan Anwar Ibrahim yg memberikan hak kesamarataan kepada keseluruhan rakyat jelata, keadilan, kebajikan dan menekankan espek ilmu sebagai tunjang kekuatan adalah menepati kehendak agama islam.. dan itulah juga yang menjadi teras kekuatan empayar-empayar islam sehingga mampu berdiri teguh dan memerintah lebih dari 800 tahun.

#Rakyat harus kuat dan berani untuk menjatuh rejim UmnoBN...bak pepatah kata orang-orang buta politik, kalau xdak UmnoBN macam mana hangpa nak cari makan...gua jawab, xdak UmnoBN kami pun boleh cari makan...semua rezeki ditangan Allah s.w.t bukannya dari UmnoBN. kat luar negara yang xdak UmnoBN pun rakyat depa boleh cari makan...

Baca Berita Penuh ..

Thursday 11 April 2013

PRU13 : Datuk Seri Anwar Ibrahim Terima Ugutan Serius!


Azrin Ren : Dah la main kotoq, nak main ugut-ugut pula, tak cukup ka dengan fitnah video lucah, memang depa takut sungguh kat anwar ya, depa lebih takutkan anwar daripada Allah s.w.t. dah la tak hormat ulama, biadap! memang dasar golongan tak cerdik!


Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, KEADILAN menerima maklumat ‘ugutan serius’ terhadap keselamatan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“KEADILAN terima maklumat yang sangat membimbangkan, iaitu ancaman keselamatan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, semalam.

Justeru katanya, pertemuan langsung dengan Ketua Polis Negara (KPN) perlu disegera untuk mendedahkan identiti dan sumber maklumat tersebut.

“Kami menilai info ini sebagai satu perkara serius. Maklumat mengenai potensi ancaman tak boleh dipandang ringan.
“Kita akan maklum (kepada media) bila KPN sedia bertemu. Sebab itu saya memilih untuk menulis sekali lagi untuk (pertemuan) pada bila-bila masa (mengikut) kelapangan Tan Seri (Ismail Omar),” kata Saifuddin.

Ditanya pemberita mengapa laporan polis tidak dibuat, Saifuddin menjelaskan KEADILAN berpengalaman membuat puluhan laporan polis beserta bukti. Namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil terhadap penyerang dan provokator.
Tambahnya, surat permohonan pertemuan dibuat sejak 13 Mac, tetapi masih tidak dibalas.

“Kena terus jumpa langsung, hanya dengan KPN yang boleh,” kata Saifuddin sambil memberi jaminan akan mendedahkan jenis ancaman dan butirannya selepas pertemuan dengan Ismail. 

#Lepas ni apa pulak depa nak buat. memang celaka punya UmnoBn!


Baca Berita Penuh ..

PANAS! : Seorang Anggota Tentera Membongkar Ketidakadilan Undi Secara POS!! (ScreenShot)


Azrin Ren : Demokrasi malaysia adalah palsu, najib razak kata malaysia sebuah negara demokrasi..tetapi demokrasi hantu....kepada kakitangan kerajaan dan penjawat awam, jangan takut untuk mengundi calon PAKATAN RAKYAT 5 mei ini, siapa-siapa yang menjadi kerajaan, dialah kerajaan yang diamanahkan membayar gaji dan elaun kepada kalian, bukan BN sahaja sebuah kerajaan di dunia ini yang mampu membayar gaji kepada kalian. Talian akhir hayat BN adalah untuk mengugut kalian demi memperoleh kemenangan secara haram, itulah taktik lapok yang telah di guna pakai oleh UmnoBn sejak sekian lama sepanjang PRU diadakan...ia di asas oleh tun Madey sendiri. tengok lah...pemberian IC yang terbesar di sabah dan sarawak, dialah yang bartanggungjawab, najib razak pulak buat perjanjian dengan orang-orang sulu nak beri tanah..tetapi najib razak mungkir janji, sehinggalah orang-orang sulu mogok dan melancar perang terhadap kerajaan, yang jadi korban, anggota keselamatan kita, kesian kat keluarga mereka, begitu kurang ajar UmnoBN Tersebut.



Gambar di petik dari inbox PRs, di mana pengantar bersetuju untuk membceritakan perkara yang benar-benar berlaku di sektor awam tempat beliau sendiri mencari nafkah, iaitu sebagai angkatan tentera Malaysia (ATM)

Tentera ini bersetuju bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara pengamal demokrasi terpimpin seperti yang di war-warkan media termasuk media lucah UMNO, tapi Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi songsang yang menyebelahi sebelah pihak iaitu parti pemerintah. Secara halusnya Pemerintah memaksa rakyat mengundi mereka. 

Hak rakyat untuk memilih pemimpin yang di sukai di ketepikan. Untuk itu kenapa perlunya membuat PRU? Jika UMNO mahu terus berkuasa buatlah negara ini sebuah negara Republik dan Autokratik.

Berikut adalah perbualannya.


Nama pengantar terpaksa di padam demi menjaga privacy pengantar. Gambar DP pun tak nampak rupa. AFEP beranggapan Undi POS perlu di reformasikan agar tidak dapat di manipulasi oleh mana-mana parti.

#Jadilah pengajaran, penacai UmnoBn Bila kalah hujah..mulalah nak spin-spin tajuk lain...bodo punya penacai!




Baca Berita Penuh ..

PRU13 : BN Rampas Semula Selangor, Kedah Ramal Pakar Feng Shui

Azrin Ren : Hey feng Shui, aku nak hang ramal. bila hang nak mampos? bagi tau tarikh ramal ok....


#Yang dok percaya ramalan melaun sekoq ni, secara automatik jatuh kafir....

Baca Berita Penuh ..

Wednesday 10 April 2013

PRU13 : Turkey Dan PRU 13 Malaysia



Mengikuti perkembangan politik di Republik Turkey dan Malaysia adalah suatu yang cukup menarik.Turkey dan Malaysia adalah di antara negara contoh bagi negara Muslim terutamanya selepas Arab Spring yang berlaku di tanah Arab. 

Kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan telah membuktikan kejayaan mereka di dalam dan luar negara. Kurangnya gejala rasuah, sistem pengurusan yang semakin baik, kurangnya konflik dalaman dan ekonomi yang semakin kukuh. 

Dari tahun 2002,ekonomi Turkey telah meningkat dari tangga 26 kepada tangga 16 dunia sekarang. Malah di dalam misi 2023,Turkey telah meletakkan target untuk menjadi diantara 10 kuasa ekonomi terkuat dunia.

Polisi Luar Turkey

(Kanan, Menteri Luar Turkey, Ahmet Davutoglu bersama Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan)

Setelah beberapa kali percubaan Turkey untuk menyertai  Kesatuan Eropah (EU), kerajaan Turkey telah menukar pandangannya kepada negara-negara selatan (Afrika dan Amerika Latin), dan negara-negara Timur (Asia Tengah, Timur Tengah, Cina dan India). 

Jika sebelum ini, Turkey yang hanya melihat kepada Barat telah mengubah polisinya dengan membuat hubungan yang baik dengan negara-negara Arab,sebagai contoh dengan menambah penerbangan setiap hari ke negara-negara seperti Yaman dan juga Lubnan, menghapuskan visa dengan Republik Syria dan juga telah menandatangani projek keretapi laju Istanbul-Madinah yang akan merentasi Republik Syria dan Jordan.

Antara misi 2023 Turkey adalah misi menghapuskan visa bagi passport Turkey ke seluruh dunia. Sejak tahun 2002, terdapat 46 negara yang tidak diperlukan visa bagi warga Turkey(visa percuma) dan telah meningkat kepada 64 negara pada tahun 2012. Malah angka itu akan ditingkatkan kepada 196 negara yang wujud di dunia sekarang sehinggalah menjelang tahun 2023.

Polisi 'tiada konflik' dengan negara-negara jiran yang diperkenalkan oleh Menteri Luar Turkey, Ahmet Davutoglu juga memberikan kesan yang begitu baik. Setelah berlakunya kebangkitan Arab pada 2010, Turkey adalah di antara negara yang terawal menyokong kebangkitan rakyat samada di Tunisia, Libya, Mesir dan turut tidak ketinggalan Republik Syria.

Pada September 2011, Perdana Menteri Erdogan di dalam siri lawatannya ke negara Tunisia, Mesir dan juga Libya,setelah berlakunya revolusi arab,telah berjaya membawa 200 orang usahawan Turkey untuk mengukuhkan ekonomi di negara-negara ini di dalam pelbagai bidang seperti petrolium, telekomunisasi, pengangkutan, perkhidmatan dan juga pendidikan

Di dalam persaingan dengan dunia luar seperti AS, Perancis dan IMF, Republik Turkey telah menjalinkan hubungan yang cukup baik di dalam jangka masa yang panjang.

Perjuangan Palestin

Tambahan pula, Turkey turut membuktikan usaha mereka dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin. Bermula dengan kisah 'one minute' di Davos pada Januari 2009, semasa perdebatan diantara Perdana Menteri Erdogan dengan Presiden Israel Shimon Peres yang berakhir dengan Perdana Menteri Erdogan  bangun dan meninggalkan ruang perdebatan itu. 

PM Erdogan juga dengan lantang sekali mengutuk kekejaman dan pembunuhan yang telah berlaku di Gaza.

Setiap kali berlangsungnya persidangan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Erdogan dan Ahmet Davutoglu berulang kali mendesak untuk diberikan satu kerusi kepada Palestin di dalam PBB.Dan hasilnya,pada Februari 2013,usaha mereka telah berjaya, Palestin telah diberikan pengiktirafan dengan diberikan satu kerusi di dalam PBB.

(Erdogan memalukan PM Israel di Davos)

 Selain itu, Turkey turut mendesak Israel untuk menarik embargo (sekatan) terhadap Gaza yang dikepung, sehinggalah Israel akhirnya terpaksa akur dengan menarik balik sekatan ekonomi itu. Dan yang terbaru, pada awal April, Israel juga telah memohon maaf kepada Turkey dalam isu serangan kapal Flotilla Mavi Marmara yang telah mengakibatkan kematian 9 warga Turkey.

Biasiswa kepada pelajar luar

Turkey merupakan diantara negara yang memberikan pendidikan secara percuma kepada seluruh warganegaranya. Malah, setiap tahun, kerajaan Turkey akan menyediakan biasiswa penuh kepada orang luar untuk belajar di Turkey bermula di peringkat sarjana muda sehinggalah PhD. 

Projek biasiswaTurki ini akan menaja lebih 3000 hingga 4000 orang pelajar luar Turkey setiap tahun. Misi utama mereka dalam projek ‘pelaburan’ ini adalah untuk mengembangkan bahasa Turkey ke seluruh dunia.

Malah yang terbaru, Perdana Menteri Erdogan telah mengumumkan untuk memberikan perkhidmatan percuma kepada warga asing yang berada di Turkey tidak kira samada pelajar, pekerja ataupun pelancong dengan menganggap mereka ini adalah musafir.

Misi dan projek yang dirancang secara rapi oleh Turkey ini adalah satu misi yang cukup besar untuk satu jangka masa yang panjang. Negara luar sedang melihat apa yang dilakukan oleh Turkey. Turkey merupakan negara contoh bagi negara Arab yang baru mahu membangun dalam acuan demokrasi. Apakah misi ini akan berjaya untuk membentuk satu empayar Othmaniah baru (the new Ottoman) ?

Malaysia pada 5 tahun lepas dan PRU 13

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang dipandang tinggi oleh warga dunia terutamanya dari dunia Islam. Malaysia adalah di antara negara yang pesat membangun dan kaya dengan sumber-sumber asli. 

Pada tahun 1992, Malaysia adalah negara yang terlibat secara langsung di dalam usaha menangani isu Kosovo. Malaysia juga lantang dalam membincangkan isu Palestin.Dalam bidang ekonomi pula, Malaysia juga ke hadapan di dalam memperkenalkan ekonomi Islam.

Namun itu dulu

Menjelang Pilihanraya Umum 13 ini, saya sebagai rakyat marhaen yang memerhati dari jauh perkembangan politik tanah air juga ingin memberikan komentar selama pemerintahan kerajaan 5 tahun yang lepas di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak. Di manakah Malaysia di mata dunia?

(Erdogan dalam pertemuannya dengan Najib)

 Bermula dengan isu pembelian kapal selam “scorpene” dan isu pembunuhan Altantuya Sharibuu yang merupakan warga Mongolia sehinggalah melibatkan mahkamah Perancis. Isu fitnah liwat Datuk Sri Anwar Ibrahim yang berakhir di mahkamah menunjukkan ia adalah fitnah. 

Malahan yang terbaru, isu kekayaan negeri Sarawak yang telah diboloti oleh satu keluarga yang dibongkarkan oleh satu badan berkecuali dari luar negara, Global Witness. Isu-isu seperti ini telah memberikan pandangan buruk kepada warga dunia yang mengenali Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang pesat membangun.

Malaysia turut mempunyai hubungan yang kurang baik dengan negara-negara jiran seperti Filipina dengan isu yang terbaru,iaitu pencerobohan pengganas di Lahad Datu yang tidak ditangani dengan bijak selain daripada isu-isu dengan kerajaan Singapura dan Indonesia. 

Kalau kita melihat  dengan lebih jauh, Malaysia kelihatan lemah dan lembap di dalam beberapa isu kemanusiaan seperti isu pembunuhan umat Islam Rohingya di Arakan, malahan Malaysia juga masih belum memberikan apa-apa respon terhadap isu Syria.

Selain daripada rakyat Malaysia, warga dunia juga sedang memerhati secara dekat PRU 13 ini dengan mengharapkan satu perubahan yang akan berlaku. Oleh itu, menjelang PRU 13 ini, kami rakyat Malaysia mahu mendengar apakah polisi-polisi luar yang akan di bawa oleh parti-parti yang akan bertanding dan seterusnya akan menerajui Malaysia. 

Dengan polisi-polisi inilah, rakyat Malaysia akan memilih untuk mengundi siapa. Kami tidak mahu taburan wang, politik fitnah menfitnah, dan manifesto murahan. Kami rakyat Malaysia sudah matang dan bijak.

#Turkey satu-satunya negara yang berjaya menghapuskan freemason...

Baca Berita Penuh ..

Tuesday 9 April 2013

Khalid Sedia Dikekal Sebagai MB Selangor


Lima tahun mentadbir Selangor, Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap diberikan satu lagi peluang untuk meneruskan kecemerlangan pemerintahannya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bercakap dalam wawancara khas bersama Sinar Harian, Khalid mahu rakyat memberikan tempoh sekurang-kurangnya satu penggal lagi supaya beliau boleh melaksanakan pemberian saham air kepada rakyat di negeri ini.

"Saya hendak terjemahkan konsep itu jadi pelaksanaan," ujar beliau.

Menurut Khalid, jika hasrat itu berjaya direalisasikannya, terpulanglah kepada parti dan rakyat untuk meletakkan beliau pada posisi apa selepas itu.

"Saya beri keutamaan, bila saya sudah selesaikan pemberian saham air untuk rakyat Selangor, saya di mana-mana pun boleh.

"Kalau boleh. Saya rasa (jika berjaya laksanakan) saya pun sudah cukup berbakti kepada rakyat dan bangsa (ketika itu)," ujar beliau lagi.

Selangor satu-satunya negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang memberikan subsidi air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan kepada rakyat di negeri ini selepas PRU 2008.

Sehingga Februari 2013, ia telah memanfaatkan lebih sejuta rakyat Malaysia di sekitar Lembah Klang ini. Penerima air percuma ini terdiri daripada pengguna yang memiliki meter individu termasuk yang menerima kemudahan kupon percuma.

Khalid memberitahu, pemberian saham kepada rakyat yang membayar tarif air ini juga merupakan satu usaha untuk menghapuskan amalan monopoli dalam industri berkenaan.

"Kita bercakap monopoli ini tidak boleh disalahgunakan maka boleh diterjemahkan, ia boleh dimiliki oleh rakyat.

"Maknanya apabila rakyat memilikinya, monopoli itu mengenakan harga yang tinggi kepada rakyat, rakyat akan beban,

#BN tak main kotoq, InsyaAllah kekal....

Baca Berita Penuh ..

Monday 8 April 2013

PRU 13: Polis Perlu Jamin Peralihan Kuasa Aman – Musa Hassan



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan berkata, sekiranya berlaku peralihan kuasa, polis perlu memastikan ia berlaku secara tenang dan aman.

“Kalau ada pihak nak lakukan sesuatu, mesti ambil tindakan. Ini negara demokrasi. Kena iktiraf demokrasi dan pilihan rakyat.
“Saya tengok (Perdana Menteri) PM Najib (Razak) kata, tidak akan berlaku apa-apa peralihan kuasa. Dalam negara demokrasi, mana-mana pihak selepas pilihan raya perlu menerima (keputusan) sebab itu pilihan rakyat.


“Kena ‘cool head’ untuk terima keputusan. Kita negara aman. Tak mahu rosak oleh mana-mana pihak.
“Persoalan (sama ada) Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh jadi Perdana Menteri, itu masing-masing untuk pilih. Siapa-siapa dipilih kita kena terima, sebab ini negara demokrasi, tak perlu bertengkar,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara hari ini.
Tambah Musa, polis kini tidak boleh menerima arahan langsung dari Menteri Dalam Negeri.

Saya papagomo, saya akan bertanding menentang anwar ibrahim di parlimen permatang pauh, pilihlah saya, walau saya ni seorang pelucah tegar....

“Dalam keadaan kerajaan sementara, PDRM bersifat neutral dan perlu jalankan peranan lebih berkesan. Polis perlu memantau dan tentukan tidak ada sesuatu keadaan yang boleh menggugat keamanan dalam pilihan raya,” katanya.

Musa turut menceritakan pengalamannya semasa bertugas di Alor Gajah, Melaka dalam satu pilihan raya apabila beliau menegur seorang bekas Ketua Menteri yang tidak mematuhi peraturan pilihan raya.

“Masa itu saya Inspektor, muda. Kena jaga Alor Gajah, Melaka. Seorang bekas Ketua Menteri (bawa) kereta ke pusat mengundi. (Saya kata) tak boleh masuk.

“Pihak polis tak bantu mana-mana parti politik untuk menang piihan raya. Dia (polis) memantau keselamatan supaya rakyat boleh mengundi.
“Ada peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi. Polis kena kuatkuasakan undang-undang,” kata Musa. – SDQ

#Hahahahahahah...musaaa...musaa....musang....

Baca Berita Penuh ..

Sunday 7 April 2013

LALALA : Sidek Baba KANTOI...KiKiKiKi....


Adehh... Masak lagi laa cai terbaru Umno kononnya dah jumpa 28 saksi hidup cerita siapa sebenarnya Anwar Ibrahim ye...

Madey kutty dan Sidek baba

Lepas tu kononnya buat solat istikharah mintak petunjuk sebelum dapat RM15,000 sebulan ye...
Sebenarnya dah lama kerja-kerja jahat bekas 'rakan baik' Anwar ni dihidu namun belum ada bukti sebelum ini.
Rupanya, bukan setakat hentam sorang-sorang, rupanya dah ada geng nak bikin onar haha...
Terdapat sebuah Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Alies Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya. 

Sidek adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM15,000 sebulan. 

Kumpulan ini merancang strategi bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. 

Mari sama-sama kita teliti Minit Mesyuarat kumpulan tegar ini dan siapakah yang bersama-sama Sidek Baba dan Alies Anor dan apa yang telah mereka rancangkan.

Minit Mesyuarat Kumpulan Tegar Siri 4/2012

Tarikh: 15 Disember 2012

Masa: 8.30 malam

Tempat: Bilik Operasi

Senarai Kehadiran
1.Datuk Seri Alies Anor Abdul – Pengerusi
2.Datuk Dr Sidek Baba – Timbalan Pengerusi
3.Abdul Rahman Karimun
4.Raja Arif Kamaruddin
5.Osman Abdul Majid
6.Rahiman Salleh
7.Majid Hj Daud
8.Syed Abul Hussin Syed Kismas
9.Abdul Rashid Buyung - Setiauasaha

1. Ucapan Pengerusi
•Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al Fatihah.
•Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua. Minit Siri 3/2012 diteliti dan diluluskan tanpa pindaaan.
•Pengerusi mengingatkan bahawa pilihanraya sudah hampir dan tujuan mesyuarat malam ini bagi membincangkan projek yang belum selesai dan program yang akan dilaksanakan untuk tahun 2013.

2. Perkara-perkara berbangkit.
  
Datuk Dr Sidek Baba

Datuk Dr Sidek Baba memaklumkan program menghimpunkan 100 Pimpinan dan ahli ABIM dan para cendiakawan yang ada hubungan dengan ABIM telah berlangsung di UiTM Shah Alam . Jumlah yang hadir ialah 89 orang. Yang agak mengecewakan tidak ramai pimpinan ABIM yang hadir. Program berjalan lancar dan mencapai tujuan. Arahan jelas telah diberikan. Tiga tindakan segera sebelum pilihanraya akan dilaksanakan. 

 Pertama, mereka akan menulis, mengutuk dan menghentam Anwar Ibrahim dalam blog-blog. 

 Kedua, sidang-sidang media akan diadakan dengan kekerapan setiap hari bagi mendedahkan keburukan Anwar dan familinya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. 

 Ketiga, bahan-bahan bercetak akan diedarkan menceritakan keburukan Anwar dan akan diedarkan di kawasan-kawasan Melayu sahaja. Semua penulis telah dikenalpasti. Percetakan edaran akan dibuat oleh Dewan Bahasa. Senarai yang hadir dalam perjumpaan dan senarai penulis-penulis seperti yang diedarkan.

Datuk Dr Sidek juga memaklumkan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan bekas-bekas pimpinan Keadilan yang meninggalkan Anwar bagi menyusun strategi dan gerak kerja untuk menyerang Anwar sebelum dan selepas pembubaran Parlimen. Mereka yang telah dihubungi dan bersetuju untuk sertai perbincangan ini ialah Senator Ezam Mohd Nor, Lokman Noor Adam, Zahid Mohd Arip, Bekas Adun Perak Kapt. Osman Jailu, Jamaluddin Radzi dan Bekas Adun Kedah Mohd Radzi Salleh. Ada berapa nama lagi yang sedang diusahakan.

Datuk Dr Sidek juga memaklumkan Majlis Penerangan bersiri: Siapa itu Anwar Ibrahim akan bermula dengan guru-guru MRSM Melaka dalam sedikit masa lagi. YAB Ketua Menteri telah dimaklumkan. Beliau mahu hadir bersama nanti.

Datuk Dr Sidek mencadangkan Urusetia berhubung dengan pejabat Tun Dr Mahathir agar satu pertemuan diadakan bagi menjelaskan gerakkerja yang kita lakukan. Juga bagi mendapat pandangan beliau apa lagi yang boleh dilakukan kerana Tun punyai banyak strategi menjatuhkan Anwar satu masa dulu. Mungkin pandangan Tun boleh dikongsi bersama.

En Osman Abdul Majid

En Osman memaklumkan kumpulan pelajar UUM yang diberi tugas untuk membina blog-blog telah bersedia untuk uploadkan berita Anwar. Empat dari mereka telah bertemu dengan bloger Papagomo di Pulau Pinang. Urusan pembayaran selesai.

En Osman memperingatkan mesyuarat kumpulan Pemuda UMNO yang ditugaskan untuk ganggu ceramah-ceramah Anwar tidak bagitu berkesan. Kelihatannya mereka takut kerana ada kes dimana mereka dipukul oleh penyokong Anwar dari kaum India, polis tidak bertindak mempertahankan mereka. Adalah dicadangkan khidmat Perkasa digunakan.

En Osman mohon Pengerusi ambil tindakan memaklumkan kepada Menteri Pertahanan akan terdapat kemasukkan Panglima Tentera secara ramai-ramai ke Pakatan Rakyat. Pegawai-pegawai tentera pangkat rendah sudah berani menghadiri ceramah-ceramah pembangkang. Dengan kemasukkan Panglima mereka, ini akan memberi impak yang hebat.

En Osman juga bimbang dengan moral pihak polis yang bertugas dinegeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. Mereka nampak akur dengan arahan pimpinan negeri. Sesuatu harus dilakukan. Mohon Pengerusi bawa perkara ini kepada pengetahuan Menteri Dalam Negeri.

Syed Abul Hussin Syed Kismas

Tuan Syed Hussin bangkitkan isu garis panduan media perdana. Terdapat isu-isu yang kontrovesial yang tidak diuruskan dengan baik oleh media. Sebagai contoh isu Kalimah Allah. Masyarakat Islam agak keliru dengan jawapan yang diberikan oleh Kerajaan. Minta Urusetia aturkan satu pertemuan diantara Majlis Keselamatan Negara dengan semua pimpinan media agar kegiatan diselaraskan. Semasa Pengerusi menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Pengerusi mainkan peranan ini tapi kini tidak terurus.

Tuan Syed Hussin ingatkan mesyuarat Anwar mempunyai pengaruh yang kuat dengan pemimpin Negara Islam dunia. Beliau bebas bergerak bertemu dengan mereka pada bila-bila masa. Pengerusi diminta menasihati Perdana Menteri supaya mesti ada program yang melibatkan Perdana Menteri dengan dunia Islam. Antara yang boleh diambil tindakan segera ialah: 1) Lawatan ke Palestin 2) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Filipina Selatan 3) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Selatan Thailand  4) menunaikan Umrah. Kegiatan ini boleh menaikkan sokongan Melayu kepada Perdana Menteri.

Raja Ariff Kamaruddin

YM Raja Ariff bangkitkan bagaimana media nyamuk seperti Suara Keadilan, Harakah dan beberapa media lain bagitu berani menyiarkan berita Anwar. Kritikan Anwar di media ini memberi kesan kepada orang Melayu. Sekatan mesti dikenakan keatas mereka.

YM Raja Ariff juga bangkitkan isu Anwar menang dalam perbicaraan saman Utusan Melayu dan beberapa saman yang lain. Adakah jalan yang boleh digunakan untuk mempengaruhi mahkamah untuk tidak umumkan keputusan sebelum pilihanraya. Jasa baik Menteri harus diguna untuk minta hakim-hakim tangguh pengumumkan. Kita tidak pengaruhi keputusan hakim tapi minta tangguh pengumuman sahaja.

YM Raja Ariff menyebut media perdana banyak melaporkan kes kematian kaum India yang kononnya diakibatkan oleh Kerajaan. Anwar telah gunakan isu ini untuk mendapat sokongan dari kaum Bukan Melayu. Satu arahan tegas hendaklah dikeluarkan kepada media agar kes sebagini yang melibatkan Kerajaan dipadamkan dari pengetahuan umum.

3. Lain-lain hal

Pengerusi maklumkan beberapa projek dan program besar akan diumum dan dilaksanakan pada tahun hadapan dan minta mesyuarat beri pandangan dan feedback dalam mesyauart yang akan datang.

Parlimen besar kemungkinan akan dibubarkan pada awal bulan Mac 2013.

Akan ada pergerakan Polis dan Tentera bersekala besar di Sabah pada bulan Januari dan Februari 2013.

Satu team baru yang akan diketuai oleh Papagomo telah ditubuh untuk rekacipta video clip skandal sex Anwar Ibrahim, keluarganya dan Pimpinan Kanan Keadilan. Projek ini akan beroperasi di luar Negara.

Pengerusi meminta Datuk Dr Sidek Baba ketuai sekumpulan pemikir bagaimana mahu pecahkan Pakatan Rakyat dan Anwar disisihkan oleh Pimpinan Pakatan yang lain. Dr Ramzan di Pejabat Tun akan membantu Dr Sidek.

Tuan Majid Daud diminta bina satu team bukan dari kalangan Pemuda UMNO untuk halang dan ganggu pergerakan Anwar dengan Bas Keadilan. Gunakan apa cara untuk memperlahan gerakan beliau. Elak dari berlaku pertembungan dua kumpulan kita dan mereka kerana kumpulan penyokong Anwar terlalu besar. Ini mungkin membahayakan kumpulan kita. Jika apa-apa berlaku tidak tidak akan bertanggung jawab dan kita tidak akan mengaku mereka dari kumpulan kita.

Pengerusi memaklumkan semua ahli mesyuarat boleh mengambil tiket kapal terbang dari Zaleha setiausaha beliau dan mengucapkan selamat bercuti bersama famili.

Mesyuarat akan datang ialah pada minggu pertama bulan Januari 2013 dan akan dimaklumkan tarikhnya.

Mesyuarat ditangguhkan dengan membaca Wal’As. 

#BN yakin dapat tawan kembali lembah pantai...mahunya tak yakin, sebab ramai daftar pengundi bertambah secara tiba-tiba...pelik bin ajaib..mai mana semua pengundi-pengundi tu?

Baca Berita Penuh ..

Thursday 4 April 2013

PRU13 : Khairy Cenderung Tidak Mahu Tanding PRU13


Ketua Pemuda Umno,  Khairy Jamaluddin menyatakan keputusan sama ada bertanding atau tidak diserahkan kepada kepimpinan parti walaupun "lebih cenderung" untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


 Menurutnya, komitmen beliau adalah memastikan kemenangan BN lebih diutamakan jika pun tidak berpeluang untuk disenaraikan sebagai calon pada pilihan raya umum kali ini.

 Bagaimanapun, beliau berkata, setiap keputusan dibuat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu pencalonan akan diterima dengan terbuka.

 Tambahnya, pemimpin-pemimpin muda tidak boleh berkecil hati dan menentang jika tidak dipilih menjadi calon, sebaliknya pilihan raya umum menjadi bukti kesetiaan kepada BN.

“Ramai yang tanya saya melalui Twitter sama ada saya bertanding atau tidak. Saya sudah maklum kepada Najib, keutamaan saya yakni saya lebih cenderung untuk tidak bertanding pada PRU13.

“Tetapi saya seorang yang agak ‘old-fashioned’, saya akur dengan apa sahaja yang bakal diputuskan oleh Pengerusi BN. Kalau diarah bertanding, saya akur.

 "Kalau diminta undur, saya akur juga. Yang penting, komitmen saya untuk memastikan kemenangan BN tidak berbelah bagi tak kira jadi calon atau tidak.

“Saya harap yang lain, terutamanya pemimpin Pemuda, juga pegang kepada prinsip yang sama. Janganlah merajuk atau menentang jika tidak dipilih menjadi calon, kita kena bergerak dalam satu pasukan,” kata beliau dalam laman sosial Facebook hari ini.

 Semalam, Najib telah mengumumkan pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU13.

 Mengulas lanjut Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, dengan pengalaman dimiliki walaupun tidak menjadi salah seorang Ahli Kabinet dan menjadi ejekan musuh politik, namun ia mampu melaksanakan tugas dengan baik.

 Katanya, perkara yang penting adalah untuk berkhidmat kepada rakyat  tanpa mengutamakan jawatan di dalam parti.

“Mungkin pengalaman saya boleh jadi teladan, walaupun telah empat tahun saya berkhidmat di dalam Umno dan BN namun saya tak pegang sebarang jawatan dalam Kabinet, ramai musuh ejek, tapi saya dapat laksanakan tugas dengan baik.

“Jadi apa yang penting bagi kita adalah amanah dan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat,”

#Hek ele...ko takut ckp laa..

Baca Berita Penuh ..

Tuesday 2 April 2013

PRU-13: Senarai Calon KEADILAN Yang Telah Disahkan Bertanding


Berikut adalah 24 calon KEADILAN yang setakat ini disahkan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.


Pengisytiharan dibuat Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menampilkan campuran muka lama dan baru.

Datuk Seri Anwar Ibrahim 
Datuk Seri Anwar Ibrahim 
1. Mohamed Azmin Ali - P98 Gombak
Timbalan Presiden, Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya
Pertahan kerusi

2. Datuk Saifuddin Nasution Ismail - P18 Kulim-Bandar Baharu
Setiausaha Agung
Pindah kawasan

3. Tian Chua - P115 Batu
Naib Presiden
Pertahan kerusi

4. N Surendran - P17 Padang serai
Naib Presiden
Calon baru

5. Fuziah Salleh - P83 Kuantan
Naib Presiden
Pertahan kerusi

6. Nurul Izzah Anwar - P121 Lembah Pantai
Naib Presiden
Pertahan kerusi

7. Datuk Dr Mansor Othman - P47 Nibong Tebal
Naib Presiden, Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang
Pindah kawasan

8. Rafizi Ramli - P100 Pandan
Pengarah Strategi
Calon baru

9. Dr Muhammad Nur Manuty - P58 Bagan Serai
Ketua Penerangan, Pengerusi KEADILAN Perak
Calon baru

10. William Leong - P97 Selayang
Bendahari Agung
Pertahan kerusi

11. Onn Abu Bakar - P153 Sembrong
Ketua KEADILAN Cabang Putrajaya
Calon baru

12. Dr Abdul Aziz Bari - P92 Sabak Bernam
Bekas Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
Calon baru

13. Datuk Dr Tan Kee Wong - P116 Wangsa Maju
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin
Calon baru

14. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - P124 Bandar Tun Razak
Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Menteri Besar Selangor
Pertahan kerusi

15. Shamsul Iskandar Mohd Akin - P137 Bukit Katil
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Pengerusi KEADILAN Melaka
Pindah kawasan

16. Gooi Hsiao Leung - P9 Alor Setar
Ketua Biro Perundangan KEADILAN Kedah
Bertanding semula

17. Dr Azman Ismail - P10 Kuala Kedah
Ketua Cabang KEADILAN Kuala Kedah
Calon baru

18. Datuk Fauzi Abdul Rahman - P82 Indera Mahkota
Pengerusi KEADILAN Pahang
Calon baru

19. Baru Bian - P221
Pengerusi KEADILAN Sarawak
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak menang DUN

20. Murnie Hidayah Anuar - P084 Paya Besar
Peguam Hak Asasi Manusia
Calon baru

21. Ali Biju - P205 Saratok
Timbalan Pengerusi KEADILAN Sarawak
PRN Sarawak menang DUN

22. Abang Zulkifli Abang Engkeh - P1201 Batang Lupar
Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya KEADILAN Sarawak
PRN Sarawak tanding DUN

23. Abun Sui Anyit - P216 Hulu Rajang
Setiausaha KEADILAN Hulu Rajang, pejuang hak tanah adat
Calon baru

24. Roland Engan - P220 Baram
Peguam, pejuang melawan pembinaan empangan Baram
Calon baru

Pakatan Rakyat Memperkemaskan Prasarana Politik Ke Putrajaya
Pru-13: Penipuan besar dan menyeluruh sedang dirancang dan diusahakan

#April day april day april day!

Baca Berita Penuh ..

Friday 13 January 2012

UniMAP Tidak Teragak-Agak Buang Mahasiswa Sertai Watch-13


Kangar, 14 Jan : Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) semalam mengeluarkan amaran tidak akan teragak-agak mengambil tindakan keras termasuk membuang penuntutnya yang didapati menyertai gerakan Watch 13.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, penubuhan gerakan itu diragui pihak universiti kerana objektifnya dilihat mempunyai motif politik dan seolah-olah cuba menghasut pelajar menentang kerajaan.

Menurutnya, UniMAP tidak nampak sebarang kepentingan penubuhan gerakan itu memandangkan ia sudah menyediakan platform kepada pelajar untuk membangkitkan masalah mereka tanpa dipengaruhi unsur politik.

“Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan keras termasuk membuang pelajar sekiranya terlibat dalam aktiviti kumpulan itu kerana UniMAP menyediakan saluran untuk menyalurkan masalah mereka.

“Mahasiswa seharusnya memberi tumpuan sepenuhnya menghadapi peperiksaan yang sedang berlangsung, bukannya menyertai sebarang gerakan dan aktiviti negatif yang boleh menjejaskan pelajaran mereka,” katanya.

Polis, Pemuda UMNO terpaksa campur tangan
Profesor Datuk Dr Kamarudin Hussin

Terdahulu, pekarangan bangunan KWSP semalam dikatakan riuh setelah timbul ura-ura sekumpulan pelajar yang mahu melancarkan sebuah gabungan mahasiswa dari seluruh universiti di utara Semenanjung dikenali sebagai Watch-13.

Lokasi itu dikerumuni lebih 100 orang bermula 10 pagi semalam terdiri daripada para pelajar, polis, Pemuda UMNO Kangar, orang ramai dan pengurusan Unimap termasuk Dr Kamarudin sendiri.

Bagaimanapun, penantian mereka untuk menghalang hasrat kumpulan terbabit berakhir setelah penganjur mengubah lokasinya di sebuah restoran di sini.

psst....Buang jangan tak buang...ikut suka hati hangpa apa hangpa nak buat sebab ni kan malaysia masih bapak UMNO yg punya, ini hari lu tunggu hari kami pulak!!!

Klik ''Baca Berita Penuh'' Untuk sambungan seterusnya.

Baca Berita Penuh ..

Sahabat Baik Dedah Siapa Saiful Bulkhari (Video)


Wawancara khas dari salah seorang sahabat baik kepada saiful bulkhari yg bercerita siapa dia saiful bulkhari.
Selamat menonton, 

Baca Berita Penuh ..

Friday 6 January 2012

Polis Mungkir Janji!! : 901...Ada Syarat Tambahan...

''Bercakap jujurlah ngok oiii''

POLIS MUNGKIR JANJI!! Syarat tambahan dari polis atau UMNO..Tak sampai 24 jam selepas pertemuan antara pemimpin PKR dengan pihak polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen yang mempersetujui dan membenarkan himpunan Bebaskan Anwar 901 diadakan di perkarangan tempat letak kereta Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta, rupanya polis sudah mungkir janji!

Naib Presiden PKR, N Surendran yaang turut menghadiri pertemuan pagi tadi dalam mesejnya di Twitter sebentar tadi menyatakan bahawa:

@nsurendrann Police broke their word by imposing 10 conditions tonite on 901 rally- not agreed by us

@nsurendrann Polis mungkir janji dengan mengenakan 10 syarat malam ini berhubung himpunan 901- tidak dipersetujui dengan kita (PKR)

Antara 10 syarat yang ditetapkan polis dalam kenyataan mereka sebentar tadi melalui laman Facebook PDRM pada jam 6:58 petang tadi adalah:

Bahawasanya Ketua Polis Daerah Sentul setelah menimbangkan faktor-faktor keselamatan dan ketenteraman awam mengenakan syarat-syarat berikut kepada pihak penganjur serta peserta Perhimpunan 901 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2012 di parkir awam Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, sebagaimana berikut :
1) Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.

2) Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3) Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

4) Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.

5) Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6) Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir Mahkamah.

7) Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8) Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.

9) Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.

10) Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

Kesemua 10 syarat yang ditetapkan TIDAK SAMA SEKALI DIRUNDING dengan Pakatan Rakyat dan PKR selaku penganjur perhimpunan!

Nampaknya polis cuba bermain kasar dengan mengenakan syarat yang keterlaluan dan tak masuk akal.

Apa pandangan anda?

Wajarkah kita katakan polis lidah bercabang kuat menipu macam tuannya UmnoBn??

psst....Jangan Gentar!!! Abaikan apa yg depa suruh....depa Polis Umno Bukan Polis Rakyat!!!




Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat