Labels

Showing posts with label hassan ali pengkhianat. Show all posts
Showing posts with label hassan ali pengkhianat. Show all posts

Wednesday 8 February 2012

Husam Dedah Kisah Sebenar Rancangan Hassan Ali Selepas PRU12 2008

Hasan diminta telus sebab jumpa Umno pada 2008
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali untuk membersihkan dirinya daripada dakwaan bercita-cita untuk menjadi menteri besar Selangor.

Lu tengok apa??? tengok kak jat ka?? dalam senyap-senyap lu gilak uasa nak jadi MB, senyap-senyap lu nak bawa PAS bergabunga dengan UMNO. lu nak taruk racun kepada PAS!!! kalau hari tu lu gabungkan PAS dan UMNO. gua dengan tegas akan buang PAS dari pikiran gua. gua memang tak suka PAS yang perjuangkan Islam sejati bergabung dengan UMNO yang kuat lupa diri dan alpa tu. lu paham!!!!!!!!!!!

Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas exco kerajaan negeri itu, dipecat daripada parti itu baru-baru ini kerana menimbulkan masalah kepada parti.

Husam berkata Hasan harus telus mengenai peranannya dan sebab-sebab beliau bertemu dengan pemimpin Umno sejurus selepas pilihan raya umum 2008, dan bukan sebaliknya mencaci PAS dalam program jelajahnya.

Nasib baik lu kalah ditangan mat sabu, kalau lu menang. kemungkian besar PAS rosak sebab rancangan lu untuk bergabung dengan UMO. lu lupa dan alpa ka!! dulu PAS ditendang UMNO dario perikatan gara-gara PAS mahukan undang-undang ISLAM dilaksanakan, sehingga sanggup madey kutty menghantar pihak polisnya membunuh orang awam dimemali dulu. lu mahu ka PAS ditendang lagi oleh UMNO yang kuat lupa diri dan alpa tu. masa UMNO kuat dia ada tak ingatkan ISLAM. lu jangan jadi melayu mudah lupa!!!!

Beliau mendedahkan bahawa Hasan telah menemui pemimpin Umno di Selangor pada 10 Mac - dua hari selepas Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum tersebut, dalam percubaan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

"Tetapi pemimpin PAS telah menolak terus idea tersebut, maka beliau tidak berjaya dalam percubaannya untuk menjalin hubungan antara parti kita dan Umno," kata Husam ketika ditemui di Pulau Pinang.

Husam, yang juga ADUN Salor berkata, beliau berada di Kedah pada 9 Mac 2008 untuk membantu Kedah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan kerajaan negeri yang baru.


Nasha dan Hassan akidah, lu tak ingat kah selepas PAS ditendang, madey kutty atau mahahir mengarah polis membunuh rakyat dimemali dan membunuh pejuang islam iaitu ibrahim libya, ada sekoq polis cakap ''PERGI JAHANAM LAH DENGAN ISLAM'' itu dia madey kutty ajat polis-polisnya menjadi jahil seperti itu. sebab itu mereka tak kisah membunuh sesama umatnya sendiri.

Pada 10 Mac beliau berada di Perak, untuk membantu menubuhkan "kerajaan rakyat" sebelum negeri itu dirampas oleh BN pada bulan April, selepas tiga ADUN meninggalkan Pakatan.

"Saya telah dimaklumkan mengenai rancangan Hasan kerana pada hari yang sama, beliau telah mengatur mesyuarat dengan (pemimpin) Umno dan topik perbincangan ialah untuk menggabungkan PAS dan Umno.

"Jika rancangan itu berjaya, Hasan sepatutnya menjadi menteri besar Selangor.

"Tetapi kerana prinsip dan komitmen kami kepada Pakatan Rakyat, maka pemimpin PAS menolak cadangan tersebut," tegas Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan.

Hasan, ADUN Gombak Setia, telah menafikan pernah mahu menyertai Umno, dan menegaskan beliau disingkir daripada PAS kerana pendirian tegasnya mempertahankan Islam dan kempen menentang kes murtad yang "berleluasa" di kalangan umat Islam.

Klik ''Baca Berita Penuh'' Untuk Info Penuh Dan Sambungan''

Baca Berita Penuh ..

Tuesday 7 February 2012

Hassan Ali Gila Kuasa Nak Jadi MB, Patut Jadi Pengkhianat.

Setelah puas Hasan Ali buat 'roadshow' untuk pertahankan dirinya akibat dipecat daripada Pas kini nampak semakin lengang isu berkaitan Hasan Ali.Cuma sekali sekala media pro Umno keluarkan kenyatan Hasan yang menguntungkan Umno iaitu serangan beliau terhadap Pas.Kalau Hasan tak serang Pas dalam ceramah akidahnya maka muka Hasan tak akan keluar dalam media arus perdana kerana ini merugikan Umno.Tak percaya?Kalau takat buat ceramah isu murtad dan akidah Umno tak akan layan Hasan Ali.


Setelah Hasan tuduh ahli parlimen Shah Alam sebagai parasit dalam Pas dan dakwa kata 72 peratus pemimpin Pas dikuasai golongan sekular Khalid Samad bangkit jawab tuduhan Hasan Ali terhadap beliau.Kata Khalid Samad dalam blog beliau khalidsamad.com ;

Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, “siapa patut menjadi MB Selangor?” Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, “Tan Sri Abdul Khalid”. Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan ‘haknya’ untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.

Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai.

Bermula dari saat itu saya merasakan hubungan kami sudah mula berubah dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.

Kata Khalid lagi;

Melalui tulisan ringkas ini saya ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya.

Hadis Rasulullah (SAW);
Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),
<“Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta” (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas).

Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.Baca semua di sini.

psst....Hassan ali harus ingat PAS pernah ditendang UMNO dari perikatan dulu.



Mission Acomplete


Baca Berita Penuh ..

Wednesday 1 February 2012

TAHUKAH ANDA SIAPA 'SPONSOR' HASSAN ALI?

TAHUKAH ANDA SIAPA 'SPONSOR' HASSAN ALI?

Hassan Ali ke sana ke mari menghentam PAS. Beliau diberikan seluas-luasnya liputan oleh media pencacai Umno. Beliau kini menjadi senjata dan peluru menghentam PAS. Surat khabar, TV dan sebagainya yang dahulu menjadi musuh Hassan Ali tiba-tiba jadi teman sebantal Ali.

Orang yang mengutuk dan menghentam PAS sudah tentu akan dijadikan kawan baik oleh Umno/BN selagi suaranya laku. Biasanya tidak lama tak sampai setahun pun, selepas itu senyaplah. Itulah yang berlaku kepada Noor Deris, Mustafa Taib, Nakhaie Ahmad, Ghazali Ahmad, Wan Ismail dan lain-lain.

''Nasib baik lu semua pecat gua, kalau tidak lebih teruk gua sabotaj lu semua.''

Selepas diarak ke sana ke mari mereka dihumban dan dketepikan macam tikar buruk oleh Umno. Hassan Ali akan mengalami nasib yang sama., tidak lama lagi Umno akan menyisihkan beliau apabila suara dan ceramahnya tidak lagi mahu didengar orang. Sekarang inipun yang datang ceramah beliau adalah penyokong Umno sahaja. Itulah yang menyebabkan Hassan Ali seronok. Perasan orang ramai sokong dia....

Orang yang lawan PAS sudah tentu Umno suka, orang yang kutuk PAS sudah tentu Umno akan bantu sebab Umno tahu sedikit sebanyak Umno dapat untung.......keluar TV seluruh rakyat dengar, kutukan dan fitnah itu Umno rasa akan menyebabkan sokongan kepada PAS kurang dan sokongan pada Umno bertambah. Hakikatnya tidak semudah itu. Rakyat terutama orang PAS sudah matang. Mereka kenal siapa Hassan Ali, mereka kenal Hassan Ali masuk PAS bila dan adakah Hassan Ali merasa susah ketika masuk PAS dahulu.......masuk PAS terus jadi AJK PAS dan jadi Wakil Rakyat dua sekali Adun dan Ahli Parlimen (PRU 1999)...Semua orang PAS tahu....

Bila serang PAS Umno suka.......jadi agaknya siapa yang sponsor Hassan Ali.....liputan media sudah tentu Umno/BN sponsor sebab media mereka pegang.....duit dan belanja ke sana ke mari, kumpul orang, sistem siaraya, khemah, poster, iklan kerusi dan sebagainya siapa sponsor....Tuan Jawab Sendiri la?????

TAHUKAH ANDA SIAPA 'SPONSOR' HASSAN ALI? Hassan Ali ke sana ke mari menghentam PAS. Beliau diberikan seluas-luasnya liputan oleh media pencacai Umno. Beliau kini menjadi senjata dan peluru menghentam PAS. Surat khabar, TV dan sebagainya yang dahulu menjadi musuh Hassan Ali tiba-tiba jadi teman sebantal Ali. Orang yang mengutuk dan menghentam PAS sudah tentu akan dijadikan kawan baik oleh Umno/BN selagi suaranya laku.

Biasanya tidak lama tak sampai setahun pun, selepas itu senyaplah. Itulah yang berlaku kepada Noor Deris, Mustafa Taib, Nakhaie Ahmad, Ghazali Ahmad, Wan Ismail dan lain-lain. Selepas diarak ke sana ke mari mereka dihumban dan diketepikan macam tikar buruk oleh Umno. Hassan Ali akan mengalami nasib yang sama., tidak lama lagi Umno akan menyisihkan beliau apabila suara dan ceramahnya tidak lagi mahu didengar orang. Sekarang inipun yang datang ceramah beliau adalah penyokong Umno sahaja.

Itulah yang menyebabkan Hassan Ali seronok. Perasan orang ramai sokong dia.... Orang yang lawan PAS sudah tentu Umno suka, orang yang kutuk PAS sudah tentu Umno akan bantu sebab Umno tahu sedikit sebanyak Umno dapat untung.......keluar TV seluruh rakyat dengar, kutukan dan fitnah itu Umno rasa akan menyebabkan sokongan kepada PAS kurang dan sokongan pada Umno bertambah. 

Hakikatnya tidak semudah itu. Rakyat terutama orang PAS sudah matang. Mereka kenal siapa Hassan Ali, mereka kenal Hassan Ali masuk PAS bila dan adakah Hassan Ali merasa susah ketika masuk PAS dahulu.......masuk PAS terus jadi AJK PAS dan jadi Wakil Rakyat dua sekali Adun dan Ahli Parlimen (PRU 1999)...Semua orang PAS tahu.... Bila serang PAS Umno suka.......jadi agaknya siapa yang sponsor Hassan Ali.....liputan media sudah tentu Umno/BN sponsor sebab media mereka pegang.....duit dan belanja ke sana ke mari, kumpul orang, sistem siaraya, khemah, poster, iklan kerusi dan sebagainya siapa sponsor....Tuan Jawab Sendiri la????? Mutaligat

psst...Hoi pak hassan, lu tak ingat kah dulu UMNO sepak terajang PAS dari perikatan?? ada lu ingat? kalau lu dah tak ingat. lu dah hilang ingatan disantau dek kakmah..lu jaga beras cap JATI lu elok-elok.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat