Labels

Showing posts with label dakwat kekal. Show all posts
Showing posts with label dakwat kekal. Show all posts

Tuesday 30 April 2013

PRU13 : Akhirnya SPR Akui Dakwat Kekal Sebenarnya Tak Kekal!


Kenyataan rasmi SPR mengenai dakwat kekal tidak kekal


KUALA LUMPUR: 1.  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima maklumat berlaku penyebaran gambar melalui laman sosial mengenai pendedahan  oleh seorang pengundi awal bahawa  dakwat kekal yang dicalit pada jarinya mudah hilang  dengan membasuh jarinya. Gambar jari yang dakwat kekal itu telah hilang dimuat naik dan disebarkan melalui laman sosial.  SPR juga telah menerima maklumat bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pemimpin parti politik berkaitan perkara itu.


2. SPR ingin memaklumkan bahawa SPR telah membuat beberapa kali ujian terhadap dakwat kekal itu sebelum ia dibekalkan untuk digunakan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Terbukti daripada ujian-ujian itu, dakwat itu kekal  bagi tempoh 5 hingga 7 hari.

3. Berikutan dengan laporan polis itu, SPR telah berbincang dan mendapat maklum balas kemungkinan perkara itu berlaku disebabkan oleh kegagalan sebahagian daripada petugas SPR untuk mematuhi cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal. Sebaik selepas SPR menerima laporan polis dan maklum balas itu, suatu arahan telah dikeluarkan kepada semua petugas SPR untuk mematuhi cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal.

4. SPR  juga  telah membuat beberapa ujian menggunakan dakwat kekal   pada 30 April 2013 terhadap pegawai-pegawai SPR yang telah mengundi secara pos.  Sebahagian daripada mereka ini telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang  dan sebahagian yang lain pula  telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya telah digoncang. Hasilnya,  SPR mendapati jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya telah digoncang lebih kekal dakwat itu di jari  mereka dibandingkan dengan jari mereka yang dicalit menggunakan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang. Ujian ini dibuat berdasarkan kepada cara penggunaan  dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal.

5. Sebagai tambahan kepada perkara yang disebut terdahulu, SPR akan mengadakan suatu demonstrasi kepada wakil media pada 2 Mei 2013  untuk menunjukkan bahawa dakwat kekal ini jika dicalitkan pada jari pengundi  mengikut cara penggunaan  dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal, dakwat tersebut akan lebih kekal di jari pengundi.

6. Walau apa pun kesan dakwat kekal itu, SPR ingin menegaskan bahawa setiap pengundi awal yang telah selesai mengundi  pada 30 April 2013  tidak boleh mengundi sekali lagi pada hari pengundian biasa kerana nama  mereka  tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan raya  bagi pengundi biasa  yang akan mengundi pada 5 Mei 2013.

7. Oleh itu SPR akan  meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013 ini  selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Sekian dan terima kasih.

#SPR bagi jawapan bodoh kata petugasnya tak goncang dakyat tersebut sebelum dicalit, pala hotak hang! Lain kalu goyang punggung hang dulu....!!!

Baca Berita Penuh ..

PENDEDHAN SEORANG PENGUNDI POS : Rakaman Dakwat Kekal Mudah Dipadamkan!


Azrin Ren : Pencacai kini dok sibuk nak menegak benang yang telah basah...maklum la..kantoi..depabukan tau apa...kerja depa memfitnah ja...bahlol...jom tonton....

#SPR Dah tak boleh lari akan kebenaran sekarang....!!!

Baca Berita Penuh ..

KANTOI!!! : Seorang Anggota Tentera Buat Aduan Yang Dakyat Kekal Boleh Dipadam Dengan Menggunakan Sabun!!!


Azrin Ren : Nak tipu ya SPR, ingat kami ni bahlol sangat ka? nak kencing pun cerdik la sikit, bak lu suruh guna inai, tahan lama jugak, bahlol...pandai muka kantoi!!! pura-pura terkejut beruk pulak, suruh kita pi buat report polis ya, pala hotak lu!!! tan seri abdul aziz pala hotak lu!! sekarang zaman IT!! tipu hela cara tun madey sudah ketinggalan, sesuau pi buang dalam tong jamban umah lu!!!


PROSES pengundian awal hari ini menjadi haru biru apabila dakwat kekal yang dicalit di tangan pengundi rupanya boleh dipadam dengan mudah menggunakan air sabun.

Pengakuan salah seorang anak anggota tentera


 Lihat gambar bagaimana salah seorang tentera yang baru sahaja membuang undi menunjukkan dakwat yang dicalit di jarinya dengan mudah boleh dihapus begitu sahaja.

 Laporan polis dibuat di seluruh negara diketuai pimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu dakwat kekal ini.

 Pengerusi SPR dan timbalan sila letak jawatan dan masuk rancangan Maharaja Lawak Mega!

#Tan Seri Abdul Aziz  Harus Letak Jawatan!!!...Kredbiliti lu sangat lemah!!!




Baca Berita Penuh ..

Sunday 14 April 2013

PANAS.. : !!!!! MAHATHIR AKUI UMNO/BN SUDAH KALAH...?

Azrin Ren : InsyaAllah, kita harus bekerja keras untuk menyelamat malaysia daripada terus diperintah parti pewaris british, semoga rakyat tidak lagi diperbodohka oleh Permintah UmnoBN. Reformasi!!!


Semalam seorang kawan dari Sarawak memberi tahu beberapa hari lepas Mahathir Mohamad telah bertemu dengan para setiausaha politik perdana menteri dan menteri di Putrajaya dalam rangka memberi taklimat dan 'arahan-rahan' khusus berhubung pilihan raya. Katanya hampir semua setiausaha-setiausaha politik hadir.

 Menurut kawan itu yang mengakui maklumat itu diperolehi dari salah seorang setiausaha politik yang hadir, antara apa yang dijelaskan oleh Mahathir ialah mengenai kedudukan UBN hari ini yang dalam keadaan kritikal dan kalah.

 Jelas Mahathir buat masa ini UBN kalah dengan kekurangan 20 kerusi untuk mendapat majoriti mudah 112 kerusi. Ini bererti kerusi yang dimenangi UBN kini hanya sekitar 80 atau 85 kerusi saja manakala Pakatan Rakyat meraih sekitar 130 hingga 135 kerusi.

 Angka itu meletakkan UBN kehilangan sebanyak 60 kerusi termasuk di Sabah dan Sarawak.

 Pertemuan itu katanya amat-amat sulit sekali.

 Kawan itu tidak menyebut pula dari mana Mahathir mendapat angka ini atau pun apakah perkiraannya, tetapi khabarnya ia memeranjat mereka yang hadir. Mahathir sendiri serius dengan angka itu lalu lantas membuat beberapa arahan untuk dibuat tindakan segera.

 Menariknya di sini inilah pertama kali Mahathir membuat pengakuan mengenai kedudukan sebenar UBN merosot begitu teruk sekali. Apakah pula tujuan pendedahan maklumat yang boleh melemahkan UBN itu tidak diketahui. Yang pastinya menurut kawan itu seperti mana diberi tahu kawannya, Mahathir kecewa degan perangkaan itu dan membayangkan sesuatu yang tidak mahu disaksikan berlaku dalam pilihan ke -13 itu.


Mahathir ketika dulu, memang takut bangat kat anwar, sebabnya pengaruh anwar didalam Umno memang cukup kuat dan digeruni, sebab itulah mahathir sanggup buat apa sahaja untuk menyingkir anwar ibrahim dari hidupnya demi untuk mengekal kuasa. Sebab mahathir gila kuasa. kalau boleh nak perintah malaysia sampai tahun 2020, tetapi dengan takdir Allah s.w.t. akhirnya mahathir kecundang akibat kalah teruk dalam pilihanraya umum tahun 1999.  tetapi tidaklah seteruk 2008. sebab semasa 1999 UmnoBN hanya kehilangan undi dari kalangan orang-orang melayu sahaja yang memprotes tindakan mahathir memecat datuk seri anwar ibrahim.

 Pendedahan Mahathir ini seakan menyamai dengan apa yang disebut oleh bekas Penglima Tentera Darat, Abdul Gafir Abdul Hamid pada majlis perlancaran manifesto Pakatan Rakyat di Shah Alam semalam. Ghafir memjelaskan sambil meminta rakyat tidak perlu bimbang dengan peralihan kuasa yang berlaku selepas pilihan raya nanti.

 Katanya peralihan kuasa akan berjalan dengan selamat dan aman kerana beliau percaya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sangat profesional dan taat kepada raja dan perlembagaan. Penjelasan dan pengakuan Ghafir sebagai bekas anggota tertinggi tentera itu seolah-olah beliau sudah dapat merasai apa yang berlaku nanti.

 Mungkin perasaan samalah yang dialami Mahathir sehinggakan beliau berkongsi kesedihan dan bimbang dengan para setiausaha menteri. Namun dalam pada itu boleh jadi tujuan Mahathir berbuat begitu bagi mencabar setiusaha politik itu berkerja lebih kuat lagi bagi memastikan kemenangan UBN lebih besar. 

#PRU13 kali ini, bagaikan pertembungan semula mahathir dan anwar...1998 the return!!!

Lagu nyanyian M.Nasir....

Baca Berita Penuh ..

Friday 12 April 2013

PRU13 : Ustaz Haron Din Pulak Jadi Mangsa Fitnah UmnoBN!


Azrin Ren : Begitu terdesak puak-puak parti lucah ya, apabila sudah tergoyang tergoncang...mereka sanggup membuat fitnah dan tohmahan tak ketahuan punca, cobaan mereka-mereka ini untuk melemahkan kekuatan Pakatan Rakyat, ada juga cobaan nak melaga-lagakan antara PAS dan PKR, aaakan tetapi plan golongan tak cerdik tersebut gagal segagalnya...kasian......

Seperti nyawa nyawa ikan, kini pemimpin Barisan Nasional begitu terdesak meminta
pertolongan dari bloger bloger fitnah mereka supaya fitnah menfitnah akan pemimpin 
Pakatan Rakyat, ini terjadi kerana bancian dari akbar sinar harian yang mana hanya 
19% saja majoriti  rakyat malaysia akan mengundi BN pada PRU 13 kali ini.

dan TerNow dari sebuah blog BN, yang mana kemungkinan telah di bayar RM sejuta
untuk menfitnah tuan guru harun din iaitu timbalan mursyidul am PAS,

di dalam blog lucah Barisan Nasional itu, penulis blog upahan itu telah dengan terang
terangan mengatakan bahawa harun din telah keluar dari pas, dan menyeru agar mengundi 
BN  pada pru 13 kali ini, ayat ini mungkin di cedok dari ayat Bekas Bakal Menteri Besar 
Selangor iaitu Hasan Ali yang mana menFARDUkan bahawa Fardu mengundi Barisan Nasional.

semakin hampirnya detik kemusnahan Barisan Nasional pada 5 may ini, semakin galak
bloger bloger lucah Barisan Nasional memainkan isu isu fitnah,

mereka mungkin belajar di universiti amerika dan dari UNIT MEDIA BARU UMNO
mengenai perang psikologi, tetapi mereka tidak belajar di universiti tel aviv yang mana
secara teori dan teknikalnya adalah seperti berikut

kali pertama satu isu - orang tak percaya.
kali kedua di ulang semula - tidak percaya.
kali ketiga - tidak percaya juga.
kali ke empat - adanya rasa sangsi..

kali kelima - merasa agak yakin.
kali ke enam - mula percaya.
kali ke tujuh - sangat percaya.
kali ke lapan - sangat sangat percaya.

kali ke sembilan - sudah bosan.
kali ke sepuluh - menjadi sangsi semula.
kali ke sebelas - sudah ragu ragu.
kali ke dua belas - tidak percaya lagi

kali ke tiga belas - tidak lagi percaya kerana ianya sudah over kill
kali ke empat belas - sudah mula tidak lagi mempercayai.
kali ke lima belas - sudah mula rasakan ianya adalah fitnah semata mata.
kali ke enam belas - keyakinan 100% telah padam kepada pemuja fitnah (Barisan Nasional)

maka bloger pencacai Barisan Nasional mengulang ulang fitnah video seks, dan
pelbagai fitnah lagi sebagai sumber untuk terus berkuasa sambil mendidik masyarakat 
kearah budaya lucah yang membuatkan Rakyat Malaysia sudah hilang keyakinan pada
penulisan dan fitnah mereka serta pemimpin mereka iaitu Barisan Nasional.

perkara ini akan menyebabkan undi kepada Barisan Nasional akan sangat sangat 
berkurangan pada 5 may nanti, tetapi hanya ini sajalah MODAL Barisan Nasional yang ada
sebagai LANUN RAKYAT selama 55 tahun.

berikut pula adalah jalan jalan fitnah yang di buat Barisan Nasional agar fitnah video 
lucah dari penerbit Barisan Nasional di lihat benar

1) AMK kena tangkap sebab sebar ( kantoi polis nafikan tangkapan)
2) Mustafa Ali letak jawatan ( kantoi lagi, mustafa nafi dah sedia saman bloger BN)
3) Mustafa kononnya mengaku wanita pelacur tu dari timur tengah (fitnah besar pencacai BN)
4) Harun din letak jawatan sebab malu ( kantoi lagi harun din tak cakap pun)
5) Hadi awang pula di fitnah kerana menyokong lucah (kantoi lagi pencacai BN fitnah)



#Haji Baharuddin Ahmad P.OO2 Kangar


Baca Berita Penuh ..

Thursday 4 April 2013

PRU13 : Khairy Cenderung Tidak Mahu Tanding PRU13


Ketua Pemuda Umno,  Khairy Jamaluddin menyatakan keputusan sama ada bertanding atau tidak diserahkan kepada kepimpinan parti walaupun "lebih cenderung" untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


 Menurutnya, komitmen beliau adalah memastikan kemenangan BN lebih diutamakan jika pun tidak berpeluang untuk disenaraikan sebagai calon pada pilihan raya umum kali ini.

 Bagaimanapun, beliau berkata, setiap keputusan dibuat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu pencalonan akan diterima dengan terbuka.

 Tambahnya, pemimpin-pemimpin muda tidak boleh berkecil hati dan menentang jika tidak dipilih menjadi calon, sebaliknya pilihan raya umum menjadi bukti kesetiaan kepada BN.

“Ramai yang tanya saya melalui Twitter sama ada saya bertanding atau tidak. Saya sudah maklum kepada Najib, keutamaan saya yakni saya lebih cenderung untuk tidak bertanding pada PRU13.

“Tetapi saya seorang yang agak ‘old-fashioned’, saya akur dengan apa sahaja yang bakal diputuskan oleh Pengerusi BN. Kalau diarah bertanding, saya akur.

 "Kalau diminta undur, saya akur juga. Yang penting, komitmen saya untuk memastikan kemenangan BN tidak berbelah bagi tak kira jadi calon atau tidak.

“Saya harap yang lain, terutamanya pemimpin Pemuda, juga pegang kepada prinsip yang sama. Janganlah merajuk atau menentang jika tidak dipilih menjadi calon, kita kena bergerak dalam satu pasukan,” kata beliau dalam laman sosial Facebook hari ini.

 Semalam, Najib telah mengumumkan pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU13.

 Mengulas lanjut Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, dengan pengalaman dimiliki walaupun tidak menjadi salah seorang Ahli Kabinet dan menjadi ejekan musuh politik, namun ia mampu melaksanakan tugas dengan baik.

 Katanya, perkara yang penting adalah untuk berkhidmat kepada rakyat  tanpa mengutamakan jawatan di dalam parti.

“Mungkin pengalaman saya boleh jadi teladan, walaupun telah empat tahun saya berkhidmat di dalam Umno dan BN namun saya tak pegang sebarang jawatan dalam Kabinet, ramai musuh ejek, tapi saya dapat laksanakan tugas dengan baik.

“Jadi apa yang penting bagi kita adalah amanah dan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat,”

#Hek ele...ko takut ckp laa..

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat