Labels

Showing posts with label anwar cabar najib debat. Show all posts
Showing posts with label anwar cabar najib debat. Show all posts

Sunday 5 February 2012

Thaipusam: Hindraf anjur kempen 'sambut' Najib


Kumpulan pendesak India, Hindraf merancang untuk mendapatkan 100,000 tandatangan bagi kempen mereka ketika perayaan Thaipusam di Batu Caves, Kuala Lumpur Selasa ini, sebagai membantah kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan tuntutan badan itu.

Kempen itu dijadualkan bermula pada pukul 9 pagi pada hari pertama masyarakat Hindu menyembah Dewa Murugan yang kebetulan bersamaan dengan hari Najib dijadual melawat kawasan kompleks kuil di Baru Caves itu.

Tujuan kempen berkenaan, kata ketua pergerakan itu, P Uthayakumar, adalah untuk mengingatkan Najib mengenai tuntutan 18 perkara yang dibuat Hindraf pada 2007 kepada kerajaan BN.

"Tuntutan 18 perkara Hindraf yang bertarikh 12 Ogos 2007 antaranya menuntut bagi kesaksamaan, peluang sama rata dan gesaan supaya semua dasar perkauman baik dari kerajaan mahupun sektor swasta dihentikan.

“Ini termasuk mengasingkan khususnya golongan miskin masyarkat India daripada arus perdana pembangunan negara... semua ini belum lagi dilaksanakan oleh Umno yang kini diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sejak lima tahun lalu sehingga hari ini," kata Uthayakumar dalam satu kenyataan.

Kempen mengumpul tandatangan oleh Hindraf yang akan diadakan di pintu masuk kuil berkenaan. Ia juga bertujuan untuk menekankan semula keperluan untuk “menamatkan perkauman” dan menyeru kepada perdana menteri menunaikan permintaan Hindraf.

psst....Bangkit...bangkit...bangkit menentang UMNO rasis!!!

Baca Berita Penuh ..

Saturday 28 January 2012

Syarat Anwar Kepada Najib

Anwar bukan letak syarat... 
tetapi Anwar meletakkan tawaran yang akan memudahkan najib untuk berhujah ketika berdebat dengan beliau...

Hari ini Anwar menawarkan Najib satu kelebihan di dalam debat tersebut jika ianya diadakan...
Anwar menawarkan Najib berhujah lebih masa 10 minit dari beliau...

Anwar berkata..
"Najib boleh berhujah selama 20 minit,kemudian saya pula
berikan hujah selama 10 minit..
Najib boleh menjawabnya selama 20 minit,kemudian saya pula menjawab hujah selama 10 minit..."


Keh Keh Keh...sampai macam tu syarat yang anwar bagi kat hang najib, berani ker? setuju ker? kalau tak. aku tak tau nak kata apa. mungkin no EGG kot...kekeke...

psst...2008 kat facebook anwar, aku pernah cabar papagomo 3 kali untuk berhujah, tetapi dia tidak muncul..pandai berjanji tapi tak tepati janji..kekek..

Baca Berita Penuh ..

Sunday 22 January 2012

Video : Keganasan Samseng Umno Di Jalan Kebun

Ini dia video rakaman mengenai kesamsengan UMNO yang menganggu ceramah ABU di jalan kebun lama, Tindakan ganas puak-puak pelampau UMNO ini seolah-olah menunjuk yang mereka semua adalah jaguh tetapi hakikatnya mereka adalah syaitan upahan UMNO.


Kepada kaum INDIA dimalaysia, lihatlah betapa rasisnya UMNO kerana perkataan yang dikeluar itu seolah-olah mereka menghalau kaum anda dan memberi perkataan yang negatif terhadap kaum anda seperti ''TINGGAL DINEGARA INI, HIDUP SENANG, KALAU TAK SUKA, PERGI BERAMBUS!!'',

Itulah perkataan yang disebut oleh puak-puak bacul UMNO, Oleh sebab-sebab kekotoran yang dimain oleh mereka. Azrin Ren sarankan kepada kaum-kaum india dinegara ini wajib menolak mereka pada pru13 dalam masa terdekat ini demi kemakmuran dan keamanan negara, Supaya negara kita bebas dari cengkaman lembu-lembu bangsat upahan seperti didalam video diatas.

Salah seorang hadirin tercedera akibat dibelasah berikutan keganasan puak-puak lembu NFC.

Puak-puak bangsat dan bacul ini berlagak bagai samseng memasuki Dewan di mana beberapa pimpinan PR dijadualkan berucap. Program tersebut dihadiri oleh Mat Sabu, Chegu Bard, Peguam Harris dan pimpinan mewakili Hindraf. Jelas, puak haramjadah ini ingin mencetuskan pergaduhan kaum dengan mengugut dan memukul beberapa orang dari kaum India yang turut hadir.

Betapa bangsatnya mereka berpolitik sehinggakan seperti orang tidak bertamaddun lagaknya. Mereka kekeringan hujah untuk berdepan dengan PR sehinggakan begitu takut dengan Kempen ABU. Ternyata ini suatu bukti bahawa Kempen ABU amat berkesan dan mula meresahkan UMNO menjelang PRU akan datang. Mungkinkah tercetusnya peristiwa malam tadi, undi kaum India kembali membara menyokong PR kerana jelas puak haramjadah itu anti kaum India? Apa gunanya lagi kaum India menyokong mereka sekarang? Kaum india. kembalilah kepada PR!!!

Di mana suara pemimpin MIC? Usah ditanya suara pemimpin UMNO kerana semua tahu UMNO tetap akan mempertahankan ketuanan Melayunya yang punah ranah sekarang. Hanya PR sahaja yang boleh selamatkan Melayu dan Islam, bahkan semua kaum di negara ini. UMNO tidak mampu dan ini dapat dibuktikan dengan peristiwa malam tadi. Terdesaknya mereka untuk merampas Selangor terserlah malam tadi di mana mereka mengunakan cara kekerasan untuk menghadapi PR.

Ini mesej Che'Gu Bard yang telah diambil dari FB dan Twitter.
dari FB IAR
URGENT!!! FROM CHE'GU BARD : Yang berada di sekitar mohon bergerak ke Dewan MBSA seksyen 30 Jln Kebun shah alam ... Ceramah ABU bersama MD sabu diserang secara fizikal oleh pemuda Umno .. Ada hadirin yg cedera..peniaga2 melayu habis dirosakkan gerai.. Hanya ada dua polis gagal buat apa2.. Mohon gerak penyokong ke sini segera
 
che'GuBard @chegubard 16h Reply Retweet Favorite · Open
Serangan ke prog ABU mlm ini brsifat prkauman,mereka masuk jerit cacian kpd org India&serang fizikal.Pemuda Umno harus t/jawab
 
Susulan kejadian 'UMNO bunuh 1Malaysia' dlm program #ABU di Klang, Dr Siti Mariah turut melawat mangsa yg dipukul penyokong Umno
che'GuBard @chegubard 16h Reply Retweet Favorite · Open
Mereka cuba bakar sentimen kaum tp mereka turut musnahkn gerai2 peniaga Melayu yg dtg brniaga.. ABU bukan satu kaum tp milik rakyat semua

psst....Hoi samseng, jangan sampai lu silap jumpa orang.

Baca Berita Penuh ..

Wednesday 11 January 2012

Rumah Wardina Safiyyah dirompak pagi tadi, suami dipukul


MAKLUMAT yang baru diterima dari akaun mikroblogging twitter pengacara terkenal Wardina Safiyyah memaklumkan bahawa rumah beliau dimasuki perompak awal pagi tadi.

Difahamkan 3 orang perompak pekerja Indonesia bertopeng dengan bersenjatakan parang dan tongkat telah menyerang Ikhwan, suami beliau, didakwa kerana gagal mendapatkan barang kemas sebagai hasil rompakan.

Wardina pula mendakwa beliau dalam ketakutan bersembunyi di bawah selimut bersama anak-anak yang kini berada di dalam keadaan trauma menghadapi kejadian tersebut.

Wardina terpaksa meminjam komputer riba milik jiran memandangkan barangkali telefon bimbitnya turut berjaya dibawa lari oleh perompak.

Azrin Ren : Jenayah semakin meningkat dinegara ini, kerajaa umno hanya dok sibuk mengarah polis menghentam Pakatan Rakyat yang ingin membebaskan negara ini daripafa terus dikuasai penzalim, jenayah-jenayah diluar sana yang lebih membawa bahaya terhadap masyarakat diabaikan dan tidak tegas untuk menanganinya, itukah dinamakan negara aman? walau diluar kita namoak aman tetaoi didalam langsung tidak aman. 



Baca Berita Penuh ..

Monday 9 January 2012

Anwar Menyatukan Kaum Dan pru10 Masih Didalam Ingatan UMNO...


Anwar akan dibebaskan pada bulan 9 Januari ni diatas kesilapan teknik semacam keputusan liwat I. Atas nasihat pihak "master mind" dalam percaturan politik BN. Ini adalah disebabkan berdasarkan sejarah keputusan PRU ke-10 yang diadakan pada 29 November 1999. satu pencapaian BN yang paling rendah sejak kemerdekaan, kecuali dalam Pilihan Raya Umum 1969. Gara2 tersebut adalah disebabkan kesilapan menjelkan Anwar. Justru tu mendapat simpati rakyat dibeberapa buah negeri sehingga melingkupnyanya BN Terengganu.

Ketika itu bukan melayu tak ambil kisah kes DS Anwar dan ada diantara bukan melayu Anwar tiada dihati mereka tapi sejak akhir2 ini dan disaat2 DS Anwar bekerja keras menyatukan parti2 pembangkang yang dulu2nya sukar dan keras untuk disatukan telah membuatkan DS Anwar terperusuk dihati mereka.

Dimana2 pun samada dikedai kopi, mana2 majlis, dipasar2 mereka berbagai kaum duduk berbincang dan mesyuarat tidak resmi menceritakan contoh2 negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Mereka pun berfikir kenapa dulu mereka tidak terfikir begini. Itulah pencapaian DS Anwar iaitu berjaya menyatukan berbagai2 kaum dalam ertikata yang sebenar bukan hipokrit macam BN.

BN bersatu sesama mereka untuk mendapatkan barang2/harta rompakan berbeza dengan penyatukan PR.

psst....PRU13 : Undi Siapa Jadi Penentu - Adakah Rosmah Jadi Penentu?...kekeke...


Baca Berita Penuh ..

Sunday 8 January 2012

Perhimpunan Tanpa Syarat : Muafakat Antara Polis Dan PR

SEBAGAI salah seorang dari pimpinan parti yang sama-sama berunding dengan pegawai tertinggi PDRM Kuala Lumpur, saya menegaskan pendirian KEADILAN bahawa muafakat yang dicapai dalam mesyuarat pada hari Jumaat, 6 Januari 2012 tidak menyentuh syarat-syarat yang diberikan oleh PDRM kemudiannya.

Malah, 10 syarat tersebut hanya dimaklumkan kepada KEADILAN melalui Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas ia diedarkan kepada pihak media melalui satu surat sahaja. Tandatangan yang dirujuk oleh pihak PDRM adalah tandatangan Saudara Shamsul mengesahkan beliau ada menerima surat tersebut. Ia bukanlah tandatangan menyetujui syarat-syarat seperti digambarkan oleh sesetengah pihak.

Walaupun pihak PDRM ada menyuarakan beberapa perkara mengenai kawalan orang ramai dan keselamatan dalam perbincangan tempoh hari, saya tegaskan tidak ada sebarang persetujuan mengenai syarat-syarat khusus kerana pimpinan PDRM Kuala Lumpur berpuas hati dengan penerangan KEADILAN.

Oleh yang demikian, kami tetap dengan keyakinan bahawa perhimpunan aman ini akan berjalan dengan aman tanpa perlunya syarat-syarat yang dikemukakan pihak polis.

KEADILAN menggesa rakyat Malaysia yang cintakan keadilan untuk hadir menyuarakan sokongan dan solidariti kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim dan usaha mengembalikan integriti kepada sistem kehakiman negara.

N SURENDRAN
Naib Presiden KEADILAN

psst...Terima kasih daun keladi...

Baca Berita Penuh ..

Wednesday 4 January 2012

Siti Fatimah 18A Terus Cemerlang Di UK


From GB : Bekas Pelajar Maahad Muhammadi, Kelantan Terus Cemerlang Di UK

Hangat diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani.

Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif. Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom.

Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.

Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.


Siti Fatimah bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan 1 2A.


Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat


Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.


Fatimah (dua dari kiri) menyemak bacaan Quran rakan beliau.


Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK.
Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu' al-Quran.

Komen Azrin Ren : Beginalah antara contoh manusia yang cintakan Allah Azza Wa Jalla dan Cintakan kepada Rasulnya, beginilah manusia yg tidak lupa akan nikmat keistimewaan yang diberi oleh Allah Azza Wa Jalla dan terus menjadikan Sunnah Rasul Sebagai pegangan kehidupan dan pedoman. Siti Fatimah terus cemerlang di UK kerana beliau seorang yang tidak Alpa dengan duniawi semata-mata, Apa yng diusahai oleh Siti Fatimah terus diberkati Oleh Allah Azza Wa Jalla. 

Kita jangan sesekali melupai apa yg telah Allah Azza Wa Jalla berikan kepada kita, Jika kita lalai. kita akan menjadi orang-orang yg tergolongan dihina dan dilaknati oleh Allah Azza Wa Jalla...Alhamdulillah Siti Fatimah imannya terus terpelihara dan tidak terikut-ikut amalan syaitan yang ingin melihat anak-anak cucu cicit adam hawa rosak dan hancur.

InsyaAllah, jika kita tidak lupakan Allah Azza Wa Jalla, Allah Azza Wa Jalla juga tidak akan melupai kita juga, Jika kita melupainya. Allah Azza Wa Jalla akan menarik semula keistimewaan pemberiannya dan diganti dengan-dengan yang haram.

Bila Allah
Azza Wa Jalla mencintai seseorang hamba, maka para malaikat juga akan mencinta hamba tersebut. Dan sebenarnya, manusia yang dicintai Allah  Azza Wa Jalla itu sangat harum namanya di kerajaan Langit.

psst...Kepada yg kantoi tu...tipu di dunia boleh tetapi jangan cuba-cuba nak menipu di akhirat dan dipadang masyar nanti... 

Opss ada lagi..jangan jadi pelupa macam pemimpin-pemimpun UMNO yg alpa dengan duniawi dan kebendaan...politik tetap politik..kekeke!!!...sebab aku benci politik kotor permainan UMNO..

Untuk ingin mengatahui dengan lebih lanjut mengenai Siti Fatimah...jom klik SINI



Baca Berita Penuh ..

Monday 2 January 2012

Raja Petra : UMNO BN terdesak melampau...


Keterdesakan Umno dan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin terserlah dan jelas tidak boleh diselindung lagi.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, perkiraan Najib untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum dalam tempoh terdekat ini bakal mengundang padah yang besar bagi dirinya dan isteri beliau, Rosmah serta pada keseluruhan parti usang Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, umum mengetahui bahawa strategi serangan terhadap Anwar Ibrahim adalah usaha terus-terusan Umno dan Barisan Nasional, dan menghumban Anwar ke dalam penjara dianggap bakal memberi sedikit nyawa untuk mereka terus wujud dan merompak harta rakyat dan Negara.

Terbaru sekali, ujarnya adalah kepolokkan Utusan Malaysia dan Berita Harian, media pembohong milik Umno yang cukup pantas memetik dan memperbesar kenyataan Raja Petra Kamaruddin tentang fitnah dan tohmahan kes salah laku seks terhadap Anwar Ibrahim di muka hadapan akhbar masing-masing.

“Umum tidak harus lupa bahawa Raja Petra Kamaruddin, yang kini semakin diketahui sebagai ‘blogger upahan Umno’ juga pernah membuat kenyataan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shariibu tidak lama dahulu yang walaubagaimanapun, sememangnya dan tentunya tidak dilapor langsung oleh akhbar-akhbar ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, fitnah pertuduhan meliwat oleh Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi ancaman kepada Najib dan Rosmah bakal diputuskan oleh Mahkamah Tinggi tanggal 9 Januari ini.

“Terdesaknya Umno adalah apabila belum apa-apa, hasrat rakyat kebanyakan untuk keluar memberi sokongan kepada Anwar terus dianggap sebagai cubaan mencetuskan huru-hara,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Machang.

Menurutnya, harus ditekankan bahawa Anwar Ibrahim merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

“Sebagai seorang pemimpin politik, tentunya beliau mempunyai pengikut dan penyokongnya,” katanya.

Kehadiran pengikut dan penyokong Anwar dan anggota-anggota PKR bagi menunjukkan sokongan terhadap beliau tidak harus dianggap sebagai cubaan menghuru-harakan negara.

Dari nada pimpinan Umno dan media milik Umno berhubung perkara ini kebelakangan ini serta dari pengalaman lampau, beliau dapat menjangka bahawa Umno sendirilah yang akan mencetuskan provokasi pada hari tersebut.

“Saya sekali lagi menyeru kalangan anggota dan penyokong parti untuk berhati-hati dan tidak terjebak dengan perangkap Umno dan Barisan Nasional yang ingin menjadikan 9 Januari ini suatu hari hitam dalam diari perjuangan kita,” ujarnya.

Tambahnya, nyata keterdesakan Umno dan Barisan Nasional untuk terus mengekang dan memadam kebangkitan rakyat telah menjangkau ke tahap kritikal.

psst....UMNO-BN memang melampau......

Baca Berita Penuh ..

Sunday 1 January 2012

80,000 sertai Countdown 2012 kerajaan Selangor


Gandingan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya menarik kehadiran kira-kira 80,000 orang ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, malam tadi.

Difahamkan, jumlah ini jauh lebih memberangsangkan berbanding jumlah kehadiran ke program "Karnival Sayangi Selangor" dan sambutan malam tahun baru anjuran kerajaan BN di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


http://adf.ly/4V1kK
VIDEO-Ustaz Azhar Idrus bersama Zizan Raja Lawak Bermain Gitar Pada Malam "Countdown 2012"

http://adf.ly/4V1sZ
VIDEO-Sekitar Program & Zizan berdiskusi dgn Ustaz Azhar Idrus

SOKONG TOK GURU

psst....Karnival sayangi selangor yg dianjur oleh umno harus ditukar kepada karnival hancurkan selangor atau karnival syok sendiri...heheheheh...







Baca Berita Penuh ..

Flash Mob V for Vendetta Turun ‘Menakluk’ Dataran Merdeka!!!


Sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka di sini semalam digegarkan dengan “flash mob” atau demonstrasi kilat yang menuntut hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara yang semakin dikekang oleh Kerajaan Barisan Nasional. Flash Mob yang bertemakan elemen-elemen dari filem terkenal “V for Vendetta” itu dihadiri puluhan anak muda berbilang kaum dan latar belakang daripada Gerakan Occupy Dataran

Mereka berjaya mencuri perhatian hadirin yang membanjiri Dataran Merdeka bagi sambutan Tahun Baru.

Peserta flash mob itu menarik perhatian ramai dengan memakai topeng putih “Guy Fawkes” yang dipopularkan filem “V for Vendetta” sambil bersorak dan menghasilkan bunyi gendang yang kuat.

Mereka juga membawa kain rentang dengan perkataan “Occupy Dataran untuk Merdeka” yang diilhamkan oleh gerakan “Occupy” yang berlaku seluruh dunia.

Gerakan “Occupy” mengajak masyarakat awam supaya mengambil-balik ruang-ruang dan institusi awam yang telah ditakluk dan digunakan oleh golongan elit bagi memperkayakan diri mereka sambil menidas golongan bawahan.

Flashmob “V For Vendetta” berjaya mengalihkan perhatian orang ramai yang sedang menyaksikan konsert percuma di dataran dengan melepaskan beberapa butir “signal flare” sebelum acara bunga api bermula.

Akan tetapi, pihak polis menahan tiga daripada peserta flash mob itu dan merampas kain rentang mereka. Ketiga-tiga pemuda itu dibawa ke balai polis  bergerak. 

Baca Berita Penuh ..

Friday 23 December 2011

PANAS : - Blogger-Blogger UMNO Kantoi...



Adam adli seorang mahasiswa berani kerana tindakannya menurun bendera yg bergambarkan najib kini di serang bertubi-tubi fitnah-fitnahan dari blogger-blogger belaan UMNO. sesiapa sahaja yg menentang umno-bn akan terus dilabel sebagai mangsa mereka seterusnya selepas pemimpin-pemimpin PR yg lain kususnya dato seri anwar ibrahim. kini Adam Adli sebagai manusia seterusnya yg digeruni umno-bn

Terbaru blogger-bloger belaan UMNO terutamanya dari papagomo menyiarkan gambar lucah yg kononya aksi lucah itu dilakukan oleh mahasiswa tersebut, akhirnya malang tidak berbau bagi blogger-bloger belaan UMNO. gambar yg mereka mengatakan Adam Adli itu ada mat pinoy yg hampir menyerupai rupa paras mahasiswa Adam Adli. sekali lagi blogger-blogger belaan UMNO kantoi didepan pandangan bacaan masyarakat. dan masyarakat-masyarakat boleh menilai tindakan bijak dari blogger-blogger umno yg menyerang pihak lawan dengan bermodalkan lucah sahaja. 

Hanya dengan menggunakan perkhidmatan google ia berjaya membuah hasil membongkar fitnah-fitnah yg dinaung oleh blogger-blogger belaan UMNO.

Umno memang terkenal dengan sikap lucah mereka, setiap seorang yg akan menentang mereka. mereka itu akan dilabel sebagai ahli porno. dari dato seri anwar ibrahim, mat sabu, dan lain-lain pemimpin PR dan kini mahasiswa yg menjadi mangsa seterusnya, Ekoran tindakan berani Adam Adli menurun bendera penzalim mengundang bencana ciptaan umno itu.

Kebiasaannya apabila seseorang itu tidak sehaluan dengan perjuangan mereka, karakter mereka akan cuba dimusnahkan oleh Blogger-blogger belaan UMNO dengan menyiarkan gambar-gambar yang bersifat lucah kononnya gambar tersebut adalah individu yang tidak sehaluan dengan mereka.

Biarpun kemungkinan ia adalah fitnah bagi mereka itu tidak mengapa, asal mereka puas lagipun tiada undang-undang yang bakal menghalang tindakan mereka..

Serangan biasanya akan dimulakan oleh Ikon Fitnah 1Malaysia iaitu papagomo tetapi kali ini Ikon Arak 1Malaysia iaitu Parpukari mengambil alih tugas beliau..

 Perlu diketahui.. Ikon Arak ini juga telah menipu teman-teman seperjuangannya.. 




Sila lihat gambar diatas, kejayaan rakan seperjuang menghack akaun papagomo. apabila kami membuka mesej inbox dari papagomo akaun ia bertulis seperti diatas...papagomo kantoi...

psst....Soi Lek mengkritik kerajaan selangor yang katanya menjual pasir dengan harga yg tinggi menyebabkan harga pembinaan naik. Kenapa Soi Lek tak kritik harga simen yg hampir mencecah RM17/1 guni? Kan kah semua tu gara2 umno dgn YTL?


Baca Berita Penuh ..

Wednesday 21 December 2011

Sejuk Hatiku : - Bekas Mufti PERLIS Terkejut Tengok Panglima Beruk Berbicara



ops mak kau....Kesian Panglima-Panglima yg nak meludah mahasiswa tu..sampai ulama pun terkejut tengok perangai beruk mereka. terdesak sampai tahap nak meludah para-para bakal pemangkin negara kelak nanti. tak takut ker para-para mahasiswa tunjuk ''JARI TENGAH KAT LU SEMUA WAHAI PANGLIMA SARKAS''

Apa salahnya mahasiswa nak menunjuk ketidakpuasan terhadap pemimpin yang menzalimi terhadap para-para mahasiswa yang ingin kebebasan dan demokrasi didalam campus?? kan lebih teruk panglima-panglima ni pergi meludah mamat-mamat sarkas yang nak menghadiah kek taik kat lim guan eng hari tu? 

pakjib..lu jangan hairan lu akan disabotaj oleh ahli sendiri dan kabinet-kabinet sendiri pru13 ni...ngeh ngeh ngeh...

p/s....Semakin bertambah golongan cerdik pandai membenci ameno...tinggal yg dungu2 je masih sokong ameno..

Baca Berita Penuh ..

Tuesday 26 July 2011

BloggerzExpress : - DiamLah!!!


psst : - Apapun hanya satu makhluk sahaja yang boleh mengkedukan Najib.

Warga internet melepaskan kekecewaan berhubung kenyataan dan beberapa tindakan kerajaan akhir-akhir ini dengan menulis komen "diam lah" di halaman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mereka memulakan sindiran itu selepas tengah malam semalam setelah Najib memuatkan pautan ke artikel dalam blog terbarunya yang menyentuh soal tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara.

Malah, ada yang menampal perkataan sama dengan tulisan yang besar di dinding (wall) halaman Facebook itu.

Perkataan “diam lah” turut dicatatakan di ruangan komen untuk masukan (posting) yang ditulis.

Warga internet yang pro-kerajaan bagaimanapun cuba berhujah bagi menangani tindakan itu dengan hamburan kata-kata kemarahan kepada penyokong Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, tindakan itu gagal menangani tenaga lawannya yang jumlah jauh lebih ramai.

Sehingga berita ini ditulis, masukan menggesa perdana menteri supaya diam belum reda. Masukan terakhir dengan tulisan dengan blok besar baru dimuatkan hanya kira-kira lima minit lalu.



Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat