Labels

Showing posts with label umno penipu. Show all posts
Showing posts with label umno penipu. Show all posts

Tuesday 31 January 2012

BN Hint Ada KENAIKAN Harga PETROL 44% Jaga2!!

Mengikut pengalaman, mula2 depa war-warkan negara lain akan naikkan dulu 

Sumber dari utusan meloya : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm 

Naikkan harga minyak 44%

JAKARTA 31 Jan. - Naib Menteri Tenaga Indonesia, Widjajono Partowidagdo berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan harga minyak sehingga 44 peratus pada tahun ini.

''Grrrr....ni yang buatkan gua naik minyak ni...grrrrrr...''

Menurut beliau, tindakan itu diambil bagi mengurangkan beban kerajaan yang menanggung subsidi tinggi dan menumpukan kepada pembangunan infrastruktur.

"Idea itu telah mendapat sokongan daripada orang awam, ahli akademik, ahli perniagaan dan beberapa penggubal undang-undang," tambah Widjajono.

Namun di Indonesia, sebarang kenaikan harga minyak memerlukan perubahan dalam undang-undang dan kelulusan Parlimen serta Presiden.

Beberapa penggubal undang-undang turut menentangnya kerana bimbang akan melonjakkan inflasi serta menyebabkan ketegangan sosial.

Harga minyak subsidi di Indonesia pada ketika ini ialah 4,500 rupiah (RM1.52) seliter, hampir separuh daripada harga sebenar dan antara terendah di Asia.

Kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak 161.8 trilion rupiah (RM55 bilion) setahun dan pakar ekonomi berpendapat, lebih baik wang itu digunakan untuk memperbaiki infrastruktur yang teruk di negara ini.

"Kami akan meningkatkan harga minyak antara 1,000 hingga 2,000 rupiah (34 sen hingga 68 sen) tahun ini. Namun peningkatan itu akan dibincangkan terlebih dahulu di Parlimen," kata Widjajono. - REUTERS

psst....Alasan yang UMNO akan gunakan..macam laa malaysia ni takdak minyak sendiri sampai tak boleh nak kawal harga, hanya pak menteri kuat kedarah duit rakyat ja yg bagi alasan macam tu..

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat