Labels

Showing posts with label pkr perlis. Show all posts
Showing posts with label pkr perlis. Show all posts

Sunday 31 March 2013

PERUBAHAN DI PERLIS!!! :: Ribuan Banjiri Dengar Ceramah Himpunan Rakyat Indera Kayangan..

Ribuan rakyat negeri perlis ingin perubahan, pelbagai kaum bersama-sama mahu menukar pentadbiran negeri perlis dari Barisan Nasional yang tak rasional kepada Pakatan Rakyat, ini sebagai kesan positif yang rakyat perlis bukan lagi seperti tahun 1999, 2004 dan 2008. bukan hanya di negeri selatan iaitu johor tetapi negeri utara juga rakyatnya mulai sedar yang perubahan itu amat penting bagi masa depan negara. Ini membuktikan perubahan tidak dijangka...sungguh mengejutkan...InsyaAllah perlis bakal mendapat kerajaan baru pada pru13 nanti.

Rakyat sedar bahawa PR akan membawa perubahan yang mereka harapkan. Mereka juga tahu  PR berazam untuk  menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk di negeri perlis apabila mendapat mandat sebagai kerajaan.

“Rakyat perlu memilih PR kerana kerajaan Barisan Nasional telah gagal menyelesaikan masalah rakyat negeri perlis, apa yang kita lihat perubahan di perlis, ialah jalan bertar, itu sahaja yang mampu.

Kesan daripada HKR juga anak-anak muda sudah tidak punya minat lagi kepada pemerintah yang ada sekarang dan mereka menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat terutamanya dengan adanya kepimpinan muda di Perlis yang akan menerajui kerajaan negeri apabila Pakatan Rakyat memerintah nanti.

Anak-anak muda juga dihidangkan dengan program yang selari dengan hati nurani mereka.

Dalam usaha mendekati anak-anak muda ita mewujudkan kelab-kelab sukan, kelab motor kemudiannya kelab fotografi, futsal, bowling, motor cross dan juga program libur sambil mendidik.


''I Love New PM'' Menarik perhatian ramai.


Ribuan membanjiri dataran kg bakau untuk mendengar fakta sebenar, yang selama ini mereka di kencing oleh media Umno iaitu utusan meloya atau lebih dikenali utusex.

Rakyat perlis bangun bagi menghormati lagu negaraku, maaf..kualiti video kurang jelas.

#InsyaAllah...PR akan mentabir negeri perlis...

Baca Berita Penuh ..

Friday 10 February 2012

Perlisss Ohhh Perlis

Negeri yang comel,
penduduk sekitar 220 ribu orang.

Hanya mempunyai 3 MP dan 15 ADUN.
tidak menark minat sebahagian rakyatnyaaaa,
termasuk pemimpin politik,
mungkin tidak se gah Selangor-Lembah Kelang,
yang mempunyai ruang banyak kepentingan.

Padahal... Perlis adalah sebuah negeri.
bukan seumpama Pulau Batu Putih,
juga bukan juga Pulau Pangkur,
ia lebih bererti bagi yang ambil peduli.
Siapakah yang hendak mulai ?

Parlimen Arau 86% pengundi Islam Melayu,
Parlimen Kangar 79% pengundi Islam Melayu dan
Parlimen Padang Besar 83% pengundi Islam Melayu.

di manakah kekurangan dan kesilapan,
sehingga masih liat untuk di lembitkan ?

Perlis merupakan negeri terkecil dan salah satu negeri termiskin diMalaysia.
Kedudukkan Perlis bersempadan dengan negara Thai menjadikan negeri kecil itu agak unik.
Unik dari segai bahasa ,makanan dan juga adat resamnya.
Perlis mempunyai sejarah yang amat istimewa bagi gua.
kata orang tempat jatuh lagi dikenang....
Inikan pula tempat.......

Errr...sapa-sapa pernah gi ker restoran ni??kekeke...

Satu lagi keunikan negeri Perlis bukan saja pada tarian "Canggung",
tapi turut menyumbang anak negeri kelahirannya saperti:
Datuk Dr. Haron Din.
Tan Sri Halim Saad.
Allahyarham Hani Mohsen
dan yang paling terkenal ialah Allhyarhamah Mona Fendy.

Mungkin ada anak Perlis yang lain ingin menambah untuk memanjangkan senarai yang gua mulakan ini.
Terima kasih.

Sebaris lirik dari lagu popular canggung untuk tatapan anda semua.

Aik....hilang!!...Gua teramat-amat terkejut bila melihat kawasan ini, sewaktu gua pergi publicbank ambik duit belanja sikit. gua melihat kawasan itu dulu dipenuhi banyak kedai-kedai disitu, semuanya kedai melayu. Malangnya kesemua kedai-kedai tersebut sudah hilang dalam sekelip mata. Kebetulan gua terserempak dengan salah seorang mangsa keadaan. Gua soal dia ''apa sudah terjadi'', mangsa tersebut memberitahu kepada gua, kedai-kedai tersebut diroboh sebabnya semua peniaga-peniaga tersebut harus mengikuti semula kursus oleh majlis perbandaran kangar (MPK), Dan diminta membuat bayaran caj untuk mengikuti kursus tersebut. Bagi pendapat gua. Memang bodoh lah gara-gara nak suruh peniaga-peniaga mengikuti kursus sehinggalah semuanya tempat sumber rezeki mereka diroboh dengan begitu kejam sekali. Yang peliknya perobohoan kedai-kedai tersebut sejurus selepas pemberian wang bantuan rakyat 1malaysia BR1M. Pelik bukan? Jadi isu perobohan kedai-kedai tersebut belum menjadi isu besar kerana kesabaran mangsa yang ingin bertemu dengan orang atasan terlebih dahulu, maksud mereka ialah YB. Sekiranya perkasa ini masih belum dapat diselesaikan oleh pihak atasan. Maka isu ini akan menjadi besar dalam masa terdekat. UMNO cakap mereka hero melayu, cakap di pulau pinang kononya meroboh gerai-gerai melayu. tetapi bila sudah jadi di muka sendiri terus diam seribu bahasa. 

"hak putih kuning janganlah dok teringin,
banyak lah orang dok balek saja."

Dulu Perlis ada Mufti yang lantang.. tetapi kini dah bersara..
dulu Perlis ada MB yang terkenal dengan gagak hitamnya.. tak sentuh langsung duit gaji, itu katanya.. kini dah bertukar MB..
Perlis tempat lahirnya syarikat Melayu yang terkenal, HPA...
Perlis oh Perlis...
Gua Kelam, Padang Besar, Taman Ular, Kuala Perlis, Empangan Timah Tasoh tempat yang selalu dikunjungi..
Jangan lupa Madrasah Ad-diniah Al-islamiah (MADI) di Jejawi untuk menuntut ilmu..
Perlis oh Perlis...
ada umur jumpa lagi...

Politik di perlis lain sikit, PR kurang menonjol....yang menonjol umno bergaduh sesama umno..... puak shahidan bergasak dgn puak mat isa sabu.... negeri tunggang langgang....kotor...parit tersumbat ....sampah semasa banjir belum buang lagi......
Ada sapa mau komen....kekeke

psst....Lama tak pergi makan laksa kuala perlis ehh....

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat