Labels

Showing posts with label freemaason malaysia. Show all posts
Showing posts with label freemaason malaysia. Show all posts

Wednesday 28 March 2012

Video Seruan Kebangkitan Khilafah Di Amerika, Tolak PBB, NATO dan Liga Arab

ARRAYAH.INFO, Chicago, USA, 28 Mac 2012 - Umat dari kawasan Chicago, Amerika Syarikat telah berjaya mengadakan satu seruan kebangkitan Khilafah dan berhimpun untuk berdiri bersama-sama menentang 'Diktator Bashar Syria yang kejam' pada hari Sabtu, 24 Mac 2012 yang lepas.


Para peserta perhimpunan telah menyatakan bahawa mereka berdiri bersama dan bersatu-hati dengan umat di Syria dan tidak akan membiarkan suara seruan kebangkitan mereka tidak didengari.

Para peserta perhimpunan juga mengharap adanya unsur-unsur kesedaran dalam tentera Syria untuk menjadi tentera Ansar yang akan menentang rejim kejam Syria dan membantu mewujudkan semula pusat pemerintahan Khilafah di wilayah Syam, Syria.

Seruan kebangkitan Khilafah di Chicago, Amerika Syarikat menekankan resolusi berikut:-

Bagi umat Islam di Syria:-
Kami umat Islam di Amerika Syarikat berdiri dengan anda. Darah anda adalah darah kami. Perjuangan anda adalah perjuangan kami.

Kami tidak menyokong campur tangan PBB atau NATO di Syria.
Kami menentang konflik di antara mazhab.

Kami menyeru penyingkiran seluruh rejim kejam Syria dan keluarga Assad.
Kami menyeru kebangkitan Islam dan menyeru kebangkitan Khilafah.

Bagi umat Islam di Amerika Syarikat kita mesti memastikan bahawa kita dapat melakukan perkara-perkara yang berikut:-

Bertindak sebagai suara umat Islam di rantau benua Amerika Te
ngah khususnya di Amerika Syarikat. Kami menyokong umat Islam yang menyeru untuk berdirinya kembali pemerintahan Islam iaitu Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global yang akan menghapuskan penindasan. Jangan biarkan suara mereka tidak didengari.

Kami menyokong, menggalakkan dan menyeru pegawai-pegawai tentera yang ikhlas yang akan menentang tentera rejim kejam Syria untuk menjadi tentera Ansar yang mulia membantu agama Allah SWT.

Umat ​​Islam di Amerika Syarikat mesti berdiri bersama-sama dengan umat di Syria, sebagai satu tindakan perpaduan dan persaudaraan untuk membantu mereka mewujudkan semula Khilafah di Syria. Insya Allah, Amin.






AzrinRen : Tahukah lu semua, mata wang kertas dan ekonomi yang kita terima pakai sekarang adalah ekonomi dan matawang sekular dan freemason yang banyak membawa keburukan, penindasan dan ketidakadilan.

psst...Papagomo geng freemason yang menyekat kebangkitan Kuasa Besar Islam kerana setan tu suka memfitnah orang islam yang bernama datuk seri anwar ibrahim....




Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat