Labels

Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Wednesday 28 December 2011

Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, 439 lagi keluar parti


Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

penang mca youth chief eng hiap boon quit party 281211 eng hiap boonEng (kanan) berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.

Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.

Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri.

psst....Ler..ada lagi ke MCA?
mati-mati gua ingat selama ni semua rakyat baik melayu, cina, india, singh, indon, mynmar, vietnam, bangla hatta negro semuanya dah habis masuk umno.....

Baca Berita Penuh ..

Friday 23 December 2011

PANAS : - Blogger-Blogger UMNO Kantoi...



Adam adli seorang mahasiswa berani kerana tindakannya menurun bendera yg bergambarkan najib kini di serang bertubi-tubi fitnah-fitnahan dari blogger-blogger belaan UMNO. sesiapa sahaja yg menentang umno-bn akan terus dilabel sebagai mangsa mereka seterusnya selepas pemimpin-pemimpin PR yg lain kususnya dato seri anwar ibrahim. kini Adam Adli sebagai manusia seterusnya yg digeruni umno-bn

Terbaru blogger-bloger belaan UMNO terutamanya dari papagomo menyiarkan gambar lucah yg kononya aksi lucah itu dilakukan oleh mahasiswa tersebut, akhirnya malang tidak berbau bagi blogger-bloger belaan UMNO. gambar yg mereka mengatakan Adam Adli itu ada mat pinoy yg hampir menyerupai rupa paras mahasiswa Adam Adli. sekali lagi blogger-blogger belaan UMNO kantoi didepan pandangan bacaan masyarakat. dan masyarakat-masyarakat boleh menilai tindakan bijak dari blogger-blogger umno yg menyerang pihak lawan dengan bermodalkan lucah sahaja. 

Hanya dengan menggunakan perkhidmatan google ia berjaya membuah hasil membongkar fitnah-fitnah yg dinaung oleh blogger-blogger belaan UMNO.

Umno memang terkenal dengan sikap lucah mereka, setiap seorang yg akan menentang mereka. mereka itu akan dilabel sebagai ahli porno. dari dato seri anwar ibrahim, mat sabu, dan lain-lain pemimpin PR dan kini mahasiswa yg menjadi mangsa seterusnya, Ekoran tindakan berani Adam Adli menurun bendera penzalim mengundang bencana ciptaan umno itu.

Kebiasaannya apabila seseorang itu tidak sehaluan dengan perjuangan mereka, karakter mereka akan cuba dimusnahkan oleh Blogger-blogger belaan UMNO dengan menyiarkan gambar-gambar yang bersifat lucah kononnya gambar tersebut adalah individu yang tidak sehaluan dengan mereka.

Biarpun kemungkinan ia adalah fitnah bagi mereka itu tidak mengapa, asal mereka puas lagipun tiada undang-undang yang bakal menghalang tindakan mereka..

Serangan biasanya akan dimulakan oleh Ikon Fitnah 1Malaysia iaitu papagomo tetapi kali ini Ikon Arak 1Malaysia iaitu Parpukari mengambil alih tugas beliau..

 Perlu diketahui.. Ikon Arak ini juga telah menipu teman-teman seperjuangannya.. 




Sila lihat gambar diatas, kejayaan rakan seperjuang menghack akaun papagomo. apabila kami membuka mesej inbox dari papagomo akaun ia bertulis seperti diatas...papagomo kantoi...

psst....Soi Lek mengkritik kerajaan selangor yang katanya menjual pasir dengan harga yg tinggi menyebabkan harga pembinaan naik. Kenapa Soi Lek tak kritik harga simen yg hampir mencecah RM17/1 guni? Kan kah semua tu gara2 umno dgn YTL?


Baca Berita Penuh ..

Wednesday 12 January 2011

Kea Liwat DS Anwar : - Jamil Khir Penghalang Untuk Bicara Di Mahkamah Syariah?


 DS ANWAR dituduh melakukan perbuatan liwat dengan Saiful Bukhari Azlan dan jika difahami dari seksyen pertuduhan yang dihadapkan ke atas beliau, perbuatan itu dilakukan secara `suka sama suka'. Berlawanan dengan apa yang disebut oleh Saiful Bukhari di dalam mahkamah bahawa beliau `dipaksa' melakukannya walaupun pemuda ini telah `bersedia' dengan memakai tuala dan berwangian.

 DS Anwar selaku yang dituduh ingin menuntut keadilan bukan sahaja untuk dirinya bahkan juga keadilan buat Saiful. Mencari keadilan, tempat yang sesuai buatnya selaku umat Islam dan kebetulan juga Saiful yang dikatakan menjadi pasangannya juga berugama Islam sudah pastilah beliau memilih Mahkamah Syariah. Bukankah zina dan liwat `suka sama suka' itu tarafnya sama di sisi Islam dan Mahkamah Syariah sahaja tempat paling layak untuk mencari keadilan dan kebenaran. DS Anwar dari awal lagi menyangkal keras tuduhan terhadapnya, namun tetap mahu merujuk ke Mahkamah Syariah untuk mendakwa Saiful yang telah melakukan fitnah terhadapnya. Maka, DS Anwar mohon agar kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah di bawah pertuduhan `Qazaf'. Saiful pula memilih jalan mudah iaitu dengan melakukan `sumpah laknat' yang tidak pernah diakui oleh Syarak di dalam menghadapi kes seperti ini.

Mengikut berita yang dilaporkan oleh akhbar Buletin Rakyat edisi 119, DS Anwar memberitahu beliau mempunyai maklumat bahawa kertas pertuduhan kes liwatnya sudah disiapkan untuk pendakwaan di Mahkamah Syariah namun ianya telah ditahan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Mej (Jen) Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau mempersoalkan mengapa Menteri yang tahu tentang hukum Islam ini dan juga sebagai bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera boleh menggunakan kuasa menyekat pendakwaan.

Baca Berita Penuh ..

Friday 7 January 2011

Semakin PANAS : - Akhbar Indonesia mula hangatkan isu 'menteri rogol Robengah'!!!


 
 Hehehe..Adakah dia didalam dilema?


Baca Berita Penuh ..

Monday 3 January 2011

Isu SUK Selangor : - MP dakwa Khusrin dilantik untuk bubar DUN Selangor

 
 Lagu Rap Untuk Si Pelakon Konspirasi

psst : - ISU NI KERAJAAN PERSEKUTUAN YG CARI PASAL.....SIAPA ARAHKAN SIDEK HASSAN LANTIK MAMAT NI..... BAGUS SANGAT KE DIA.... BIARLE KERAJAAN SELANGOR LANTIK SU MEREKA.......... SENANG NAK TADBIR NEGERI...... BN TAK HABIS2 NAK GANGU KERAJAAN PR (BUKAN KERAJAAN PEMBANGKANG TAU) 

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa kerajaan persekutuan cuba membubarkan DUN Selangor melalui pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK). 

NONEKhalid berkata, Khusrin yang merupakan bekas setiausaha sulit kepada menteri besar sebelum ini Tan Sri Muhammad Mohd Taib, terhutang budi kepada perdana menteri Datuk Seri Datuk Najib Razak dan bukannya kepada negeri itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya, Beliau mendakwa, Najib pula berniat untuk mewujudkan kekacauan di negeri itu dan memaksa pembubaran DUN.

Kebimbangan yang disuarakan Khalid itu timbul berikutan desas-desus berhubung langkah Selangor dan negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat untuk tidak membubarkan DUN sekiranya Najib mahu mengadakan pilihan raya mengejut.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat