Labels

Showing posts with label shahrizat letak jawatan. Show all posts
Showing posts with label shahrizat letak jawatan. Show all posts

Saturday 10 March 2012

TERKEJUT SAMPAI TERKUCIL!!! : SHAHRIZAT AKAN LETAK JAWATAN PETANG INI???

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Shahrizat akan mengumumkan perletakan jawatan beliau untuk semua jawatan hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan beliau akan membuat pengumuman secara rasmi berkenaan perletakan jawatan itu dalam sidang media petang ini.


Pembantu Ketua Wanita Umno ini yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, Shahrizat akan membuat pengumuman tersebut kepada media di Desa Waterpark jam 3 petang ini.

“Saya tidak boleh bercakap dengan lebih lanjut, datang ke sidang media tersebut jam 3 petang ini dan anda akan tahu,” katanya.

Akhbar harian berbahasa Inggeris, The New Straits Times pagi ini melaporkan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) akan meletak jawatan untuk setiap jawatan yang dipegang beliau dalam beberapa hari lagi.

Akhbar berkenaan berkata, menurut satu sumber, Shahrizat telah memaklumkan pegawai terdekatnya Jumaat lalu bahawa beliau akan melepaskan jawatan menteri dan juga Ketua Wanita Umno.

“Shahrizat telah memberitahu kami beliau ingin melepaskan kedua-dua jawatan. Beliau tidak setuju dengan cadangan beliau letak jawatan sebagai menteri tetapi kekal sebagai Ketua Wanita Umno sehingga pilihan raya depan.

“Beliau telah buat keputusan untuk melepaskan kedua-dua jawatan tersebut,” jelas Ketua Wanita Umno negeri.

Seorang lagi pemimpin kanan Wanita memberitahu akhbar berkenaan bahawa seorang pembantu Shahrizat telah memaklumkan beliau akan meletak jawatan semalam.

“Namun perkara itu tidak berlaku. Kami masih lagi berteka teki kerana pegawainya yakin pengumuman akan dibuat semalam. Mungkin beliau menantikan masa yang sesuaI,” kata sumber tersebut.

The Malaysian Insider turut difahamkan Shahrizat akan membuat pengumuman rasmi malam tadi, tetapi beliau masih lagi belum berbuat sedemikian.

The New Straits Times turut melaporkan berdasarkan sumber peringkat tertinggi bahawa mereka yakin Shahrizat tidak akan bertanding untuk pilihan raya akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata pengumuman terhadap perletakan jawatan Shahrizat akan dibuat kemudian.

“Terdapat banyak sangat khabar angin. Tapi kita akan membuat pengumuman dalam keadaan yang lebih teratur,” kata Presiden Umno itu di Johor.

Spekulasi nasib Shahrizat telah menjadi bualan hangat sepanjang minggu ini, dengan berbulan dakwaan bahawa beliau dan keluarganya telah menyalahgunakan dana awam bernilai RM250 juta untuk projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) bagi kegunaan peribadi.

Skandal NFC menjadi perhatian umum setelah dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 projek ternakan lembu di Gemas itu gagal menepati sasaran.

Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai ini telah menerima desakan meletak jawatan daripada pembangkang termasuk pemimpin veteran Umno, dengan menegaskan beliau hanyalah isteri kepada Salleh dan tiada kena mengena dengan projek tersebut.

Pihak polis bulan lalu telah mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah, namun beliau meminta agar pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan lebih terperinci berhubung perkara itu. -TMI

psst...Berambus Cepat Sikit....Termajuk Jib Sekali....

Baca Berita Penuh ..

Tuesday 14 February 2012

Nazri:Menteri Jahil Acuan UMNO

Valentine: Nazri disaran tarik balik kenyataan

Jaringan Profesional Muslim, 15 Feb 2012

Jaringan Profesional Muslim (Muslim Profesional Network) memandang serius kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz sebagaimana yang disiarkan dalam New Straits Times, bertarikh 13 Februari di halaman 9 yang menyatakan, “What is wrong with celebrating Valentine’s Day? Can a one-day event cause the moral values of Malaysians to go down…?” ("Apa salahnya merayakan Hari Valentine? Bolehkan acara satu hari itu menyebabkan nilai-nilai moral rakyat Malaysia jatuh ...? ") adalah satu kenyataan yang menghina hukum Islam dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mewartakan akan haramnya Sambutan Hari Valentine tersebut bagi umat Islam sebagaimana muzakarahnya bagi kali ke-71 pada 22-24 Nov 2005 yang lalu (rujuk laman rasmi Bahagian Pengurusan Fatwa Jakim).

Tengok ler anak lu macam mana..... :D

Bagaimanakah seorang menteri Islam boleh menghalalkan suatu hukum yang haram semata-mata sambutannya hanya sehari? Kalau begitu, bolehkah umat Islam meninggalkan solat sehari? atau minum arak sehari? Atau berzina sehari?

Malah Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama meminta semua Jabatan Agama Islam Negeri menguatkuasakan tindakan yang perlu diambil terhadap pasangan Islam bukan mahram pada Hari Kekasih yang akan disambut itu (rujuk Bernama, 13 Feb).

Beliau tidak seharusnya begitu terburu-buru membuat kenyataan semata-mata untuk kepentingan politik bagi menarik sokongan penganut agama Kristian, kerana kenyataan itu hanya akan menjejaskan akidahnya dan mengelirukan umat Islam yang tidak mengetahui hukum yang sebenar.

Kita tidak seharusnya mencampur-adukkan amalan agama lain dengan Islam. Bukankah Islam sangat menjaga kehormatan penganutnya dengan melarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan mempunyai definisi sendiri terhadap maksud kekasih?

Malaysia telahpun berada dalam keadaan 'tenat' untuk mengawal kesan dari gejala pergaulan bebas.

Laporan rasmi dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan, terdapat 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari.

Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Apakah ini berita yang baik untuk generasi Malaysia akan datang? Apakah ini yang harus dihasilkan dari gejala kekasih di luar pernikahan?

Sebagai jaringan profesional yang prihatin dengan masa depan umat, Jaringan Profesional Muslim (Muslim Profesional Network) sangat kecewa dengan peningkatan kes-kes anak luar nikah ini dan sangat mengalu-alukan sebarang usaha pencegahan, penggubalan undang-undang dan penguatkuasaannya bagi mencegah pergaulan bebas termasuk mencegah penganjuran program yang mendorong kepada pergaulan bebas seperti Sambutan Hari Valentine ini.

Justeru itu, kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz itu sangat mengecewakan, mempersendakan Islam dan Majlis Fatwa sendiri. Oleh itu Jaringan Profesional Muslim (Muslim Professionals Network) menggesa agar beliau menarik balik kenyataannya dan segera bertaubat bagi menyelamatkan aqidahnya.

Dr Wan Shah Jihan Wan Din
Sulaiman Ahklakan
Dr Ghazali Hasbullah

Muslim Profesional Network adalah sebuah jaringan professional muslim bagi membela Islam dari sudut professional.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat