Labels

Showing posts with label is. Show all posts
Showing posts with label is. Show all posts

Wednesday 2 February 2011

Penipu Besar : - Gobala Kata PKR Anti India, Zul Kulim Kata PKR Anti Melayu

 

''GOBALA menjadi `katak hitam' melompat keluar dari PKR, manakala Zul Kulim `firaun besar' pula di`tendang' keluar dari PKR. Gobala kata PKR pinggirkan kaum India, manakala Zul Kulim pula kata PKR pingirkan kaum Melayu. Mana satu betul? Jawapannya, kedua-duanya tidak boleh pakai langsung. 

 PKR telah menjawab secara fakta angka dan peratusan keahlian PKR, berbanding dengan `dua ekor' MP yang tidak berani mengosongkan kerusinya itu. Ini fakta yang dikeluarkan oleh PKR, jauh sekali apa yang didakwa oleh Gobala tentang keahlian kaum India di dalam PKR. PKR hari ini memperbetulkan laporan sebuah portal berita yang menyebut 40 peratus ahli parti itu adalah kaum India serta kenyataan ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan bahawa 90 peratus pimpinan PKR adalah Melayu. Dalam kenyataan hari ini, pengarah komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, daripada 371,612 ahli PKR, 45 peratus adalah Melayu, Cina 11 peratus, India 23 peratus, Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain-lain pula sebanyak 21 peratus. Manakala Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi sesi 2010-2013 terdiri daripada Melayu 62 peratus, Cina 20 peratus, India 12 peratus dan Bumiputera Sabah, Sarawak serta lain-lain 4 peratus (Malaysiakini).

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat