Labels

Showing posts with label raya haji. Show all posts
Showing posts with label raya haji. Show all posts

Sunday 21 November 2010

Hujan Air Batu Di Mekah 2010

Pada hari Khamis 18 Nov 2010 bersamaan 12 Zulhijjah yang lalu ,iaitu merupakan hari pertama, bagi sebahagian jemaah Haji meninggalkan Mina setelah bermalam, selama 2 malam dan melontar jamrah iaitu antara wajib haji berlaku fenomena luar biasa lagi iaitu turunnya hujan air batu di sana.





Perisitiwa hujan air batu di Mekah bukanlah kali pertama berlaku, beberapa tahun lalu pernah juga terjadi di sana. begitu juga dengan peristiwa banjir kilat. sering juga berlaku di sana. ada yang mengatakan tidak pelik di sana berlaku banjir kilat kerana di Mekah dan Madinah tiada sistem perparitan kerana di sana jarang berlaku hujan yang memerlukan sistem perparitan.
apapun, setiap kejadian yang dijadikan ada hikmahnya yang mana hanya Allah Mengetahuinya...Wallahualam...

psst : Teringat satu ketika dulu, masa kecik-kecik, aku tinggal kat perumahan tentera di sg besi. bapa aku seorang ATM dulu, jadi masa tu aku hairan apa yg bising-bising bedebuk kat atas bumbung umah aku, apabila aku keluar cek. fuyooo...ada hujan air batu!!! adusssss...hehehe pastu aku, mak aku dan maknyang aku kutip air batu tersebut untuk dijadikan bahan kajian..keh keh keh...hujan air batu tu taklah besar sangat,. ia sebesar sebiji guli ajo...tapi kalau kena tu takyah cerita la weii..hehehe...





Baca Berita Penuh ..

Monday 15 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha Semua...

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada pembaca blog ini.


Kena pulak hari saya aidiladha jatuh pada 17/11/2010 hari saya cuti minggu iaitu hari rabu..nyot..nyot hehehe..., oleh itu saya kena cutilah untuk update blog pada hari tersebut.

Mengambil kesempatan ini juga, ingin saya metelakkan link yang ada beberapa perkara yang patut kita tahu dalam menyambut HARI RAYA QURBAN INI. sila klik link ini http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha 

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat