Labels

Showing posts with label ambiga. Show all posts
Showing posts with label ambiga. Show all posts

Friday 4 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha


Saya Azrin Ren mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua pelawat BloggerzExpress dengan doa di Tanah Suci ini semoga Allah swt mengembalikan umat Islam di serata dunia kepada kefahaman dan penghayatan Islam yang hakiki, membentuk kekuatan Iman, aqidah, kesatuan dan ukhuwwah dan mampu mengalahkan perancangan dan usaha pihak Kebatilan di serata pelusuk dunia.

AidilAdha mengembalikan kenangan-kenangan penting kepada kita, lalu mengajak kita bangkit dan bertindak selari dengan pengajaran-pengajarannya seperti berikut : - 
Korban (Adha) yang hendak dilakukan oleh Nabi Ibrahim as terhadap anak kesayangannya sendiri, Nabi Ismail as, merupakan sebesar dan sehebat tanda taat dan sayangnya Baginda kepada Allah swt, mengatasi cinta dan kasih terhadap selainNya. Hanya para Duat yang sebegini sahaja yang dapat menghadapi godaan dan tarikan dunia yang tidak putus-putus cuba mengheretnya tergelincir dari Jalan Dakwah yang lurus.
Ketaatan Nabi Ismail dan ibunya Hajar dalam mendokong keputusan Nabi Ibrahim as melaksanakan perintah Allah yang sangat berat ini adalah sebesar dan sehebat tanda dan kualiti Bait Muslim yang dibina oleh Kekasih Allah as. Kita para Duat dituntut membina Keluarga Islam (Bait Muslim) sedemikian sempena kita menyambut Hari Raya Korban ini.
Hati kita hanya satu. Kekasih yang bertahta di dalam hati kita juga hendaklah satu. Allah tidak menjadikan dua hati didalam diri seseorang itu. Samada Allah swt bertahta di dalam hati kita, atau dunia yang akan bertahta di dalamnya. Apa bila dunia bertahta seperti wanita, harta, anak, duit, kereta, banglo, tanah dan sebagainya, seseorang Daie itu hanya menunggu masa dan ketika untuk dia terkeluar dari senarai para Mujahideen dan Duat di Jalan Allah. Banyak kejadian sedemikian berlaku di hadapan kita menjelaskan lagi hakikat tersebut.
Jangan kita memberi alasan bahawa sifat pengorbanan sedemikian sudah tentu ada pada Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as kerana mereka berstatus rasul sedang kita hanya manusia biasa. Tidakkah kita perhatikan bahawa Hajar bukan seorang nabi atau rasul. Dia adalah menusia biasa seperti kita. Namun iman dan ketaatannya kepada Allah dan suami sangat teguh berbanding dengan ramai manusia yang warak pada hari ini. Kisah keimanan dan ketaatan para Sahabat ra yang bukan berstatus nabi atau rasul juga mencabar kita yang berstatus manusia biasa seperti mereka untuk mencapai kualiti iman dan pengorbanan seperti yang telah mereka tunjukkan.
Saya sentiasa ingat bahawa Allah swt menarik balik arahan sembelih Nabi Ismail as dan ditukar kepada sembelih seekor kambing hanya apabila pisau yang pegang oleh Nabi Ibrahim as telah hampir ke urat leher Nabi Ismail as, sedang hati Nabi Ibrahim as sedikit pun tidak teragak-agak untuk meneruskan sembelihan tersebut. Begutu juga Allah swt membelah dan membuka Laut Merah untuk dilintasi oleh Nabi Musa as dan kaumnya bukan ketika Firaun dan bala tenteranya masih berada di kota, akan tetapi laut tersebut dibuka apabila bala tentera tersebut telah tampak di depan mata dan mereka menyangka mereka akan ditangkap kerana tidak ada jalan keluar. Ini bermakna Allah swt akan menguji kita sendiri dengan ujian yang akan sampai ke tahap tidak tertanggung oleh kita yang hanya disaat itu juga datangnya Kemenangan yang dijanjikanNya. Oleh itu kejayaan yang kita impikan untuk Dakwah ini tidak mencaai kemuncak kejayaannya tanpa kita berusaha sedaya mungkin hingga ke tahap yang ditunjukkan oleh Rasul-rasul yang terdahulu. “Hingga apabila Rasul-rasul hendak berasa putus asa (lantaran maksimanya tenaga yang dicurahkan dan minimanya hasil yang dapat), mereka menyangka mereka benar-benar telah dibohongi (beria dan janji mereka akan menang diakhirnya nanti, tetapi ketika itu mereka tidak mengecapinya), (ketika itu) datanglah Kemenangan (dari) Kami” (Al-Quran).

Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Tidak ada amalan anak Adam yang paling disukai Alllah di Hari Nahar (10 hb Zulhijjah) selain dari menyembelih atau berkorban binatang. Sesungguhnya haiwan sembelihan itu adakan datang di Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulunya (sebagai saksi terhadap amal korban tersebut). Sesungguhnya ibadat (pahala) korban berkenaan akan sampai kepada Allah sebelum darah sembelihan itu sampai (tumpah) ke bumi“. Bagi mereka yang mampu, jadikanlah ibadat korban ini sebagai salah satu syiar Islam yang berkembang di dalam masyarakat kita.

Bagi mereka yang sedang berada di Tanah Suci, esok bermula kerja-kerja ibadat Haji dengan manusia mula berangkat ke Mina untuk Hari Tarwiyah dengan bersolat 5 waktu (Zuhur hingga Subuh) di sana. Moga Allah swt mengurniakan kepada mereka dan kami di sini Haji yang mabrur. “Haji yang mabrur, tiada balasan baginya kecuali Syurga” (Hadis).

bloggerzexpress.net 
Admin BE : - Azrin Ren :)

Baca Berita Penuh ..

Saturday 29 October 2011

Makkah Pada Masa Depan...


Future Makkah! itulah gambaran beberapa buah projek mega suluruh Saudi yang menelan belanja melebihi SR100 Trillion. Antaranya adalah Projek Pembinaan Hotel Mewah Abraj al-Bait berhampiran Masjidil Haram, projek penempatan mewah serba esklusif di Jabal Khandama & Jabal Omar, projek Makkah Metro Line, iaitu sistem aliran keretapi laju yang pertama seumpamannya, projek Jama’an Al Kenani iaitu penempatan moden untuk jemaah di Mina seluas 2-20 juta meter persegi untuk menampung 10 juta jemaah menelan belanja SR40 trillion, Projek 'Makkah Expansion & Shades' iaitu pembesaran ruang Masjidil Haram dan membina payung gergasi di atasnya dan sebuah pembinaan sebuah menara 'gila', sebuah menara paling tinggi didunia dimana ketinggiannya menyamai 4 kali ganda KLCC.

Semasa 14 Abad yang silam, Nabi Muhammad S.A.W telah mengungkapkan kejadian yang akan datang dalam sebuah hadis:
"Salah satu di antara tanda-tanda akhir zaman adalah perjalanan ibadah haji dilakukan untuk 'bertemasya', perniagaan, riya’ (pamer) atau mengemis."
“Akan tiba suatu masa di mana orang-orang kaya akan pergi haji untuk bertemasya, orang yang berpunya untuk kepentingan perniagaan, orang bijak untuk pamer dan orang miskin untuk mengemis”.
(Diriwayatkan oleh Anas r.a.)

Kingdom Tower, Jeddah. lihatlah ketinggaan menara ini. menakutkan! ketinggiannya adalah 4 kali ganda KLCC.


Iklan Google Adsene Youtubeku ''Mission Impossible Ghost Protocol New Video Scene''

psst : - Saya sokong pembangunan Mekah.. 
krn hotel2 selama ini, amat daif,kecik dan tiada safety... 
tetapi, pembangunan utk kemewahan tidak adil...
majoriti umat Islam pergi ke Mekah bukan golongan ultra kaya...hanya beser2 sahaja...kalau bab2 membazir ni...haa..umno dan rosmah suka...hehehe..

''Sesungguhnya Allah besar dan maha tinggi. kita sebagai hambanya..jangan berlaga dok tinggi2...suatu hari nanti kelak..kita dok kat dalam tanah jugak...:D

Baca Berita Penuh ..

Tuesday 2 August 2011

BloggerzExpress : - UMNO/BN Gadai Megara


Begitu hebat negara kita yang bernama malaysia ni, dulu kaum2 dimalaysia hanya terdiri daripada Melayu,Cina,India(Mengikut semenanjung sahaja). kini malaysia kaumnya telah bertambah ialah Melayu,Cina,India,Bangla,Indon,Vietnam,Burma,Pinoy. Perkkk..sungguh2 hebat. tidak lama lagi malaysia sudah jadi negara kuasa besar kalau digabungkan jadi 1. ini bukanb dah 1MALAYSIA tetapi 1DUNIA.

 
Lepas ni amerika,russia,china pun takut kat malaysia. hebat2...siapa pengkhianat sebenarnya ni :D. SPR hak kerajaan persekutuan atau hak Pakatan Rakyat? ce habaq ce habaq mai...

Malaysia negara cikai sapa sahaja boleh boleh jadi rakyat, sapa sahaja boleh rogol malaysia negara tiada daulat negara tempat penjenayah2 duduk...huh aku tak bangga lagi jadi rakyat malaysia(rakyat ke?) negara kotor ni. 

Harap2 sapa dalang disebalik perkara ini akan dihumban ke neraka kelak nanti. disituh memang tempat yang paling layak untuk golongan perosak negara...langsung tak takut dengan hasil(gaji) haram. mereka ini lebih jahat dari komkunis, tunggulah balasan dari yang maha ESA. 

Nampaknya keperluan untuk BERSIH 3.0 lebih memanggil kita...di titiwangsa sahaja ada 52 yang ditemui pagi tadi masih berstatys PR..bila dibawa nama ke SPR tiba2 tengah ni dah jadi WARGANEGARA dah...SPR MELAMPAU!!! DAH JADI PENGKHIANAT NEGARA!!! 

psst : - Ini dinamakan malaysia negara aman? butakah mereka? atau mereka lebih pentingkan duniawi sehingga mereka sanggup mengakui malaysia ini negara yang aman sedangkan dibelakang mereka ada disebalik maksudnya. memang negara kita mana dari segi tiada peperangan, perang saudara, rusuhan kaum. tetapi negara kita cerai2 berai bertambah, anak luar nikah bertambah, maksiat bertambah, media kerajaan umno rajankan fitnah sebagai modal untuk jatuhkan pihak lawan yang ingin pembaharuan. ini bukan tikus tetapi mereka ini adalah beruang!!! inikah dikatakan malaysia aman? sedangkan orang yang dituduh cepat2 pencacainya menghukum tanpa bukti kukuh, tanpa saksi, dengar berita2 dari fasiq tidak diselidik terlebih dahulu terus percaya. berimankah mereka? percaya kepada umno/bn atau tuhan? siapa tuhan mereka? umno/bn atau Allah? siapa idola mereka? nabi muhammad atau umno/bn?. begitu jebon mereka. harap pagar pagar makan taik!! lebih baik beruk lebih mulia dari mereka!!! kahrkk ptuih!!! 


 

Baca Berita Penuh ..

BloggerzExpress : - PATI Boleh Mengundi?


Gempar: 'Pameran Rang Daftar Pemilih SPR', Ada Permastautin Tetap 'IC Merah' Berdaftar Sebagai Pengundi Pilihanraya Telah Berjaya Didedahkan!


Panas dan sungguh mengejutkan bila kami mendapat maklumat ini. Ternyata, permainan "taktik kotor" yang dipelopori oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus didedahkan oleh rakyat mutakhir ini. Ia bagi membuktikan memang berlaku amalan tidak bersih dalam pilihanraya di Malaysia selama ini. Malah, ia juga bagi menyedarkan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar yang masih mencabar mana-mana pihak supaya mengemukakan bukti seandainya ada maklumat tentang penipuan dalam pilihanraya termasuk isu pengundi hantu. Malah, dengan bangganya dia tergamak mengatakan kononnya SPR berlaku adil kepada rakyat Malaysia dalam setiap kali musim pilihanraya. Beliau seolah-olah tidak mahu berpijak dibumi yang nyata dan menganggap rakyat Malaysia "bodoh" seperti sesetengah pihak. Inilah yang berlaku sebenarnya. Lantaran itulah mereka-mereka yang bermentaliti seperti ini begitu tidak selesa dan tidak boleh menerima Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan 9 Julai baru-baru ini. 

Bukti, keratan semakan yang telah pun dibuat di laman web rasmi SPR 
Justeru itulah, bagi membuktikan kepincangan yang berlaku kepada agensi terbabit maka pendedahan demi pendedahan terus dilakukan oleh rakyat. Terbaru, menerusi email yang kami terima menyatakan terdapat bukti kukuh terdapat permastautin tetap yang mempunyai kad pengenalan merah juga boleh mengundi di Malaysia. Perkara itu disedari ketika pihak terbabit membuat semakan semasa Pameran Rang Daftar Pemilih SPR baru-baru ini. Mujurlah ada tempoh tujuh hari untuk pihak terbabit membantah dengan bayaran RM200. Jika tidak, sudah pasti individu yang bernama Mismah pemegang IC Merah 640704715238 boleh mengundi pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Bukti semakan boleh dirujuk di laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negera (JPN)http://www.jpn.gov.my/semakic/ dan di laman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/
 
 

psst : - print dan tunjuk kepada org ramai yg masih ketinggalan dari segi bidang ICT..jangan cakap pakatan rakyat kontrol JPN dan SPR pulak!!  

 
 Mat Sabu: Pilihanraya Ke13, The End Of UMNO & Barisan Nasional

Baca Berita Penuh ..

Monday 1 August 2011

BloggerzExpress : - Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Mayat Ramses II

  Mumia Ramesses II

Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramasses II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan majlis keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
 
  Prof. Dr. Maurice Bucaille

Bucaille adalah seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Kesempatan untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun ini di manfaat sepenuhnya oleh Bucaille. Beliau mengerah seluruh tenaga dan pengalamannya untuk membongkar misteri di sebalik kematian raja Mesir kuno itu.

hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu tidak buruk.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang dipercayainya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
 
 
  Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (tajuk asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.


Kisah Firaun Di Dalam Al-Quran

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan panik kerana sesungguhnya umat Islam telah mengetahui tentang peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga ke hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang berlaku lama dahulu tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggi.

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak 1400 tahun yang lalu.

Sambil mata tidak terlepas dari memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat menyatakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Adakah masuk akal ,di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa? Apakah masuk akal Muhammad mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” kata hatinya sendirian.

Beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya menyatakan Firaun tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: 

“Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. 
(Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
 
  Penemuan Roda Kereta Firaun di dasar Laut Merah 
 
Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami."
(Yunus: 92)
 
Klik Berita penuh untuk seterusnya.. 
 
 Iklan Youtube BE

Baca Berita Penuh ..

Saturday 30 July 2011

BloggerzExpress : - Kelemahan Biometrik


psst : - Dulu menabung lama-lama jadi bukit, sekarang menabung lama-lama boleh beli cincin RM75 JUTA! 

Mula-mula semua PATI dan lain-lain didaftarkan...CAP jari mereka akan ada di dalam SISTEM. 

Cap jari ini kemudiannya akan dibuat klonnya (tiruan) menggunakan 
plastik dan lain-lain TERMASUK JUGA PHOTOSTAT sahaja...(lihat video) 

kemudian siapa saja boleh mengundi menggunakan cap jari tiruan tadi. 

Pengundi tak perlu masuk ke pusat mengundi. 
SATU kumpulan /org akan ditugaskan mengundi menggunakan cap jari tiruan tadi. Mereka ini akan diLINKkan dengan SERVER SPR ditempat tersorok. 

Kita tak dapat kesan mereka ada LINK dengan server SPR sebab nanti akan terdapat BERIBU2 PUSAT mengundi. 
 
CARA-cara menbuat cap jari tiruan 

mereka (dlm video)terpaksa menipu untuk mendapat cap jari. 
UMNO APCO mendapat duit( RM300++dari seorg PATI ) dan cap jari percuma.....Embarassed Embarassed Embarassed 
 

 

Baca Berita Penuh ..

Friday 29 July 2011

BloggerzExpress : - UMNO!!!...Sekarang bukan zaman mesin taip!!!


psst : - Dulu amerika kalah teruk peperangan dengan vietnam, pastu buat filem mendakwa yg mereka menang dalam peperangan tersebut.

Setelah 2 minggu BERSIH 2.0 berlaku. Setelah berpuluh-puluh sedutan video dalam You Tube tersiar ke seluruh dunia, barulah polis dengan kerjasama media UMNO menayangkan filem BERSIH versi UMNO.
Mengapa begitu lembab polis bertindak? Itupun setelah menerima sumpah seranah rakyat akibat terlaku mengikut telunjuk UMNO.

Malangnya, filem BERSIH 2.0 versi UMNO diketawakan rakyat. Lebih-lebih lagi melihat lagak begitu bersungguh pegawai atasan Bukit Aman menjadi "penglipur lara" kepada 300 media untuk ceritakan kembali kisah 9hb. Julai.

Ini zaman IT dan teknologi. Nampaknya PDRM masih ketinggalan zaman akibat terlalu jadi "hamba UMNO".

 Jika Peristiwa Memali 1985 , bolehlah polis dan media UMNO seperti Utusan dan RTM "menggoreng-goreng" rakyat. Dulu mana ada internet dan You Tube. Rakyat termakan tipu muslihat UMNO.

Barangkali PDRM masih merasakan hari ini adalah seperti hari-hari tahun 70 an dan 80 an. Iaitu pemikiran rakyat boleh dikawal dan di"basuh".

Inilah hakikatnya apabila melihat klip video arahan polis dan UMNO. Gaya penyiaran, edit dan persembahan jauh ketinggalan dari apa yang tersiar dalam You Tube.

Begitu juga fakta yang diberikan oleh polis tentang perlanggaran keatas Mat Sabu. Kesilapan fakta amat memalukan polis. Iaitu kenderaan yang melanggar Mat Sabu. Pegawai Bukit Aman cuba mengalih isu kenderaan yang melanggar Mat Sabu. Beliau menyatakan bukan Pajero yang melanggar Mat Sabu. Sedangkan dalam laporan Mat Sabu pada hari kejadian, kereta Wira polis yang melanggarnya.

Adakah Pengarah Keselamatan Bukit Aman belajar dari mantan IGP Musa yang mengubah-ubah tarikh dalam kes Anwar 1998? Biasalah...anak ikut bapa kencing berdiri!

Teringat ketika Malaysia sibuk-sibuk dengan zaman sibernya....masih ada lagi Balai Polis pakai mesin taip...mesin taip tua! "
 





Baca Berita Penuh ..

Thursday 28 July 2011

BloggerzExpress : - PKWR lancar Zon Wifi percuma


psst : ~ tunggu rais yatim? berjanggutlahhh...

Penggunaan internet untuk mengakses maklumat merupakan salah satu ciri masyarakat yang berfikiran jauh di hadapan. Dahulunya, maklumat disebarkan melalui akhbar, majalah, radio dan television tetapi sekarang semua maklumat boleh diperolehi di hujung jari sahaja

Menyedari kepentingan penggunaan internet dalam kehidupan harian, lebih-lebih lagi kepada golongan muda, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Pengkalan Kundur telah mengadakan Pelancaran Zon Wifi Percuma yang dirasmikan oleh ADUN Pengkalan Kundor, YB Dato’ Ir. Phahrolrazi Zawawi yang juga merupakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau berkata, kemudahan internet tanpa wiyer ini dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai yang inginkan perkhidmatan internet.

“Kemudahan ini kita sediakan untuk semua yang berminat tetapi saya merasakan golongan mudalah yang lebih menggunakannya kerana mereka lebih ke hadapan dalam soal-soal sebegini.

“Kita sediakan kemudahan wifi secara percuma cuma perlu bawa laptop sendiri sahaja,” ujarnya di hadapan kira-kira 200 orang hadirin.

Sambungnya, pihak PKWR akan berusaha menyediakan lima laptop tambahan kepada pengunjung yang tidak mempunyai laptop sendiri. Katanya lagi, komunikasi yang lebih luas dan menyeluruh boleh digunakan melalui internet. Melaluinya, kita boleh berhubung melalui tulisan, suara dan gambar.

“Kita boleh berhubung secara terus dengan orang yang berada di luar negara, boleh berbincang secara lansung tanpa kita berada di tempat tersebut. Bukan itu sahaja, bil-bil atau penghantaran wang pun kita boleh menggunakan internet.

“Beli barang, jual barang, semuanya boleh guna internet. Penggunaannya luas dan menyeluruh dan sebab itulah kita sediakan perkhidmatan wifi percuma agar masyarakat boleh mendapat manafaatnya di sini,” terangnya lagi.

Selain itu, kuliah-kuliah agama akan dipancarkan secara langsung untuk menarik minat semua lapisan umur bersama-sama merasai kemudahan tersebut.

Dalam usaha memperluaskan lagi zon wifi percuma ini, beberapa tempat telah dikenalpasti untuk tujuan tersebut, antaranya di Simpang Empat, Kota Sarang Semut, Taman Seri Kota dan Simpang Kuala Kedah.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menggunakan kemudahan tersebut bolehlah mendaftar di pejabat PKWR Pengkalan Kundor. Waktu operasi bermula 8.30 pagi hingga 10.30 malam dan dipantau oleh jawatankuasa PKWR mengikut jadual yang disediakan.

Sempena majlis pelancaran tersebut, Phahrolrazi turut menyampaikan kafalah kepada 22 penerima dari DUN beliau. Majlis diadakan di Dewan Al-Amin, PKWR Pengkalan Kundor. 


Baca Berita Penuh ..

Tuesday 26 July 2011

BloggerzExpress : - DiamLah!!!


psst : - Apapun hanya satu makhluk sahaja yang boleh mengkedukan Najib.

Warga internet melepaskan kekecewaan berhubung kenyataan dan beberapa tindakan kerajaan akhir-akhir ini dengan menulis komen "diam lah" di halaman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mereka memulakan sindiran itu selepas tengah malam semalam setelah Najib memuatkan pautan ke artikel dalam blog terbarunya yang menyentuh soal tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara.

Malah, ada yang menampal perkataan sama dengan tulisan yang besar di dinding (wall) halaman Facebook itu.

Perkataan “diam lah” turut dicatatakan di ruangan komen untuk masukan (posting) yang ditulis.

Warga internet yang pro-kerajaan bagaimanapun cuba berhujah bagi menangani tindakan itu dengan hamburan kata-kata kemarahan kepada penyokong Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, tindakan itu gagal menangani tenaga lawannya yang jumlah jauh lebih ramai.

Sehingga berita ini ditulis, masukan menggesa perdana menteri supaya diam belum reda. Masukan terakhir dengan tulisan dengan blok besar baru dimuatkan hanya kira-kira lima minit lalu.



Baca Berita Penuh ..

BloggerzExpress : Sejarah SPR Dan JIKALAU...


PSST : - SPR tak akan disumpah, tak akan dimaki dikutuk, di persoal JIKALAU! SPR melakukan Pilihanraya yang bersih telus dan adil dan jugak bukan bersifat PRO-UMNO/BN


Suruhanjaya Pilihan Raya telah dibentuk pada 4 September 1957, yang mana dalam Perkara 114 - Perlembagaan Malaysia memberikan kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya umum ke atas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta mengadakan pilihan raya kecil jika berlaku kekosongan. (Sekarang JIKALAU ada kekosongan SPR suruh rujuk kat mahkamah, lain dari yang lain)
Pada awal penubuhan, SPR terdiri daripada seorang pengerusi dan dua orang ahli. Pengerusi SPR pertama ialah Datuk Dr Mustafa Albakri Hassan bersama dengan dua ahli yang lain iaitu Tuan Lee Ewe Boon dan Tuan Ditt Singh. (Sekarang SPR ada pengerusi PRO-UMNO)
Bagi melaksanakan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya menubuhkan sebuah jabatan Sekretariat yang diketuai oleh seorang Setiausaha yang juga bertindak sebagai Ketua Pegawai Pentadbir Suruhanjaya Pilihan Raya. Setiausaha pertama yang dilantik ialah H. Cassidy. (Setiausaha SPR sekarang adalah UMNO/BN)
Selepas penubuhan Malaysia pada 1963 dan kemasukan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia, bilangan ahli SPR yang dilantik untuk mewakili Sabah dan Sarawak secara bergilir-gilir. Datuk Abang Marzuki Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama yang diterima mewakili kedua-dua negeri tersebut. (SPR Dan UMNO sedang bergiat mengkencing Rakyat Sarawak Dan Sabah)
Satu pindaan ke atas Perkara 114 dalam Perlembagaan telah dibuat pada 1981 untuk membolehkan perlantikan seorang timbalan presiden. (Presidennya Sekarang Adalah UMNO)

Hari ini, SPR mempunyai pengerusi, timbalan pengerusi dan lima ahli, kesemua dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas dipersetujui Majlis Raja-Raja. (Malaysia Sekarang Negara UMNO Punya Bapak)

Mandat perlembagaan
Di bawah Perkara 114, Suruhanjaya memiliki kuasa "mengadakan pilihan raya umum ke atas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan juga mengadakan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan". Di bawah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Suruhanjaya mempunyai seorang Pengerusi dan dua ahli, tetapi selepas Tanah Melayu digabungkan dengan Sabah, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia, keahlian Suruhanjaya bertambah selepas penambahan ahli dari Sabah atau Sarawak. Satu rang diwujudkan pada 1981 yang membolehkan penambahan ahli lain dan mewujudkan jawatan Timbalan Presiden.[2] (Perlembagaan Telah Digodam Oleh Madey Kutty)
Suruhanjaya mempunyai kuasa melakukan persempadanan semula dengan mengkaji kawasan-kawasan pilihan raya setiap tidak kurang 8 tahun, menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan daftar semakan pemilih, dan mengawal kelancaran pilihan raya seperti yang ditetapkan. Walaupun Perlembagaan tidak merujuk kepada Suruhanjaya sebagai badan bebas daripada pengaruh kerajaan atau jika tidak, kawasan pengundian ditimbangkan oleh Perlembagaan sepertimana melindungi kebebasan Suruhanjaya. Dalam pada itu, suruhanjaya ini turut dikawalrapi oleh sebuah badan pemilikan, dan boleh diubah melalui prosedur sama mengikut keputusan Mahkamah Tinggi. [2]
Anggota-anggota Suruhanjaya dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Ketika melantik Ahli-ahli Suruhanjaya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam. Walaupun Perlembagaan tidak menyatakan peranan Perdana Menteri mengenai perkara ini, Perkara 40 - Perlembagaan mestilah dipatuhi, yang mana Raja tidak dibenarkan bertindak mengikut kepentingan sendiri kecuali tidak dinyatakan secara jelas; dalam semua kes, Raja mestilah mematuhi nasihat Perdana Menteri, dan mengadakan perjumpaan antara Suruhanjaya berdasarkan nasihat Perdana Menteri. Anggota Suruhanjaya mestilah meletakkan jawatan secara sukarela setelah mencapai umur 65 tahun.[3]

Fungsi

Mengikut peraturan pilihan raya, tugas SPR ialah mengadakan pilihan raya ke atas kawasan parlimen dan DUN, mengelola pilihan raya, dan pelaksanaan pendaftaran pemilih. (SPR Sekarang Dok Giat Daftar Pengundi Hantu, Nak Menangkan Rejim UMNO)
Ia juga mengumpul maklumat mengenai kawasan baru yang membolehkan keadilan dapat dilakukan ke atas pengundi untuk mengundi di kawasan pengundian yang ditetapkan, mempromosikan kepentingan mengundi, dan menguruskan semakan daftar pemilih dengan memadam nama-nama orang yang telah mati atau didapati tidak layak mengundi. (Termasuk Pengundi HANTUUUUUU)
Pada hari pengundian, anggota SPR dan pegawai akan berada di pusat pengundian untuk menjalankan proses pengundian pilihan raya. (UNDI Pos Nyawa UMNO)




Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat