Labels

Showing posts with label hassal ali jelajah. Show all posts
Showing posts with label hassal ali jelajah. Show all posts

Wednesday 8 February 2012

Husam Dedah Kisah Sebenar Rancangan Hassan Ali Selepas PRU12 2008

Hasan diminta telus sebab jumpa Umno pada 2008
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali untuk membersihkan dirinya daripada dakwaan bercita-cita untuk menjadi menteri besar Selangor.

Lu tengok apa??? tengok kak jat ka?? dalam senyap-senyap lu gilak uasa nak jadi MB, senyap-senyap lu nak bawa PAS bergabunga dengan UMNO. lu nak taruk racun kepada PAS!!! kalau hari tu lu gabungkan PAS dan UMNO. gua dengan tegas akan buang PAS dari pikiran gua. gua memang tak suka PAS yang perjuangkan Islam sejati bergabung dengan UMNO yang kuat lupa diri dan alpa tu. lu paham!!!!!!!!!!!

Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas exco kerajaan negeri itu, dipecat daripada parti itu baru-baru ini kerana menimbulkan masalah kepada parti.

Husam berkata Hasan harus telus mengenai peranannya dan sebab-sebab beliau bertemu dengan pemimpin Umno sejurus selepas pilihan raya umum 2008, dan bukan sebaliknya mencaci PAS dalam program jelajahnya.

Nasib baik lu kalah ditangan mat sabu, kalau lu menang. kemungkian besar PAS rosak sebab rancangan lu untuk bergabung dengan UMO. lu lupa dan alpa ka!! dulu PAS ditendang UMNO dario perikatan gara-gara PAS mahukan undang-undang ISLAM dilaksanakan, sehingga sanggup madey kutty menghantar pihak polisnya membunuh orang awam dimemali dulu. lu mahu ka PAS ditendang lagi oleh UMNO yang kuat lupa diri dan alpa tu. masa UMNO kuat dia ada tak ingatkan ISLAM. lu jangan jadi melayu mudah lupa!!!!

Beliau mendedahkan bahawa Hasan telah menemui pemimpin Umno di Selangor pada 10 Mac - dua hari selepas Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum tersebut, dalam percubaan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

"Tetapi pemimpin PAS telah menolak terus idea tersebut, maka beliau tidak berjaya dalam percubaannya untuk menjalin hubungan antara parti kita dan Umno," kata Husam ketika ditemui di Pulau Pinang.

Husam, yang juga ADUN Salor berkata, beliau berada di Kedah pada 9 Mac 2008 untuk membantu Kedah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan kerajaan negeri yang baru.


Nasha dan Hassan akidah, lu tak ingat kah selepas PAS ditendang, madey kutty atau mahahir mengarah polis membunuh rakyat dimemali dan membunuh pejuang islam iaitu ibrahim libya, ada sekoq polis cakap ''PERGI JAHANAM LAH DENGAN ISLAM'' itu dia madey kutty ajat polis-polisnya menjadi jahil seperti itu. sebab itu mereka tak kisah membunuh sesama umatnya sendiri.

Pada 10 Mac beliau berada di Perak, untuk membantu menubuhkan "kerajaan rakyat" sebelum negeri itu dirampas oleh BN pada bulan April, selepas tiga ADUN meninggalkan Pakatan.

"Saya telah dimaklumkan mengenai rancangan Hasan kerana pada hari yang sama, beliau telah mengatur mesyuarat dengan (pemimpin) Umno dan topik perbincangan ialah untuk menggabungkan PAS dan Umno.

"Jika rancangan itu berjaya, Hasan sepatutnya menjadi menteri besar Selangor.

"Tetapi kerana prinsip dan komitmen kami kepada Pakatan Rakyat, maka pemimpin PAS menolak cadangan tersebut," tegas Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan.

Hasan, ADUN Gombak Setia, telah menafikan pernah mahu menyertai Umno, dan menegaskan beliau disingkir daripada PAS kerana pendirian tegasnya mempertahankan Islam dan kempen menentang kes murtad yang "berleluasa" di kalangan umat Islam.

Klik ''Baca Berita Penuh'' Untuk Info Penuh Dan Sambungan''

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat