Labels

Showing posts with label mahkamah rayuan. Show all posts
Showing posts with label mahkamah rayuan. Show all posts

Friday 20 January 2012

Sham Kamikaze Akhirat VS Sham Kamikaze Duniawi

Siapa tak kenal insan yang bernama Sham Kamikaze atau dengan nama sebenarnya Shamril Mohd. Salleh, Dia seorang pemain gitaris dari kumpulan Kamikaze dulu, Sekarang Alhamdulillah Allah S.W.T telah memberi hidayah kepadanya daripada menjadi insan duniawi kini menjadi insan yang taat pada perintah Allah dan tidak lupa pada dunia Akhirat.


vs


Sham Kamikaze berkongsi cerita dengan kita semua bagaimana beliau menerima hidayah yang jelas telah membuka hatinya untuk mempelajari dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jika sebelum ini beliau melakukan ibadat sambil lewa tetapi selepas beliau beberapa kali diberi petunjuk dan hidayah membuatkan beliau rasa bertuah. Sham Kamikaze telah mula mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam dengan mengikuti kuliah yang diadakan oleh Ustaz Asri seperti yang dipaparkan dalam video ini.

Baca Berita Penuh ..

Thursday 12 January 2012

Belum ada keputusan buat rayuan, kata Pejabat AG


Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Pejabat Peguam Negara Datuk Kamaluddin Md Said hari ini memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan sama ada rayuan pembebasan Datuk Anwar Ibrahim akan dibuat belum diputuskan lagi.

Kamaluddin mengesahkan bahawa bahagiannya telah menerima laporan daripada pasukan pendakwa raya yang diketuai oleh Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Bagaimanapun, oleh kerana laporan itu masih belum dikaji, katanya, keputusan masih belum dimuktamadkan meskipun pihaknya cuma mempunyai 14 hari untuk mengemukakan rayuan.

"Mereka (Mohd Yusof) mungkin membuat cadangan tetapi kita perlu mengkaji perkara itu. Jika kita failkan rayuan, ia akan dibuat sebelum 25 Januari," katanya.

Bahagian yang diterajui Kamaluddin, khususnya mengendalikan kes-kes rayuan selepas penghakiman dibuat dalam perbicaraan kes jenayah dan memutuskan sama ada sesuatu notis rayuan perlu difailkan.

Hari ini, Mohd Yusof  juga mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa pihaknya telah membekalkan laporannya kepada Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, semalam dengan saranan supaya rayuan difailkan terhadap pembebasan Anwar.

"Kami rasakan bahawa kita selesa dengan bukti-bukti yang dikemukakan (untuk mensabitkan kesalahan). Oleh itu, saya cadangkan rayuan dibuat," katanya.

"Terpulang kepada Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) untuk membuat keputusan, dan jika beliau tidak membuat keputusan, terpulang kepada Peguam Cara I Negara Datuk Idrus Harun," kata Mohd Yusof.

Abdul Gani tidak boleh terbabit dengan sebarang perkara mengenai kes Anwar kerana berikutan  dakwaan bahawa beliau terlibat dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti.

Atas alasan itu, beliau tidak diberi sebarang peranan semasa perbicaraan kes liwat II.

Yusof dijadualkan untuk bersara pada 1 Februari.

psst....Awat pulak???

Baca Berita Penuh ..

Wednesday 11 January 2012

DNA Tercemar : Peluang Saiful Merayu Menghadapi Jalan Sukar


apa Saiful mohon Peguam Negara rayu kes liwat II

Azlan Mohd Lazim, bapa kepada pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari berkata beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sivil susulan keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu yang memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, buat masa ini beliau masih menunggu langkah yang akan diambil peguam negara -- sama ada akan merayu keputusan tersebut.

Peguam Negara juga masih belum menghubungi beliau berhubung tindakan itu, kata Azlan, 58, ketika ditanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Azlan turut menyelar Majlis Peguam yang sebelum ini membuat saranan kepada Peguam Negara untuk tidak merayu kes berkenaan.

"Pada hemat saya, tindakan majlis peguam itu... langkah untuk menidakkan hak seseorang warganegara untuk diadili dan didengar rayuannya ke peringkat tertinggi," katanya.

Badan itu sebaliknya perlu bersikap neutral dan tidak menghalang proses keadilan, kata Azlan lagi.

"Adakah gesaan itu melambangkan pendirian semua peguam atau hanya pendirian individu tertentu yang menduduki kerusi Majlis Peguam yang berkepentingan politik?

"Diharap pihak Peguam Negara tidak terpengaruh," katanya lagi yang menambah anggota keluarga itu juga menerima keputusan mahkamah dengan tenang.

Katanya, masih ramai yang masih bersimpati dengan Saiful dan juga keluarga beliau atas keputusan tersebut.

"Tapi apa boleh buat itu keputusan mahkamah," katanya lagi dalam sidang media di kediamannya di Petaling Jaya.

"Sebagai bapa saya akan terus bersama anak saya untuk dapatkan keadilan,

Katanya lagi, Mohd Saiful, 26, kini berada di dalam negara dan bekerja di Kuala Lumpur.

Azlan berkata anaknya itu juga kini masih bujang, seperti dirinya. -mk

''Saiful: Saya tidak akan serah kalah, mahu kes dibawa ke Mahkamah Rayuan

Mohd Saiful Bukhari Azlan berharap pihak pendakwa dapat mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan untuk mendapat pembelaan adil untuk dirinya.

Dalam tulisan terbaru di blognya, Mohd Saiful (gambar), 26, bekas pembantu peribadi dan pengadu kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mempunyai hak untuk mendapat pembelaan yang adil hingga ke peringkat tertinggi badan kehakiman.

"Semua sedia maklum keputusan pada hari ini tidak memihak kepada saya. Namun saya redha dan menghormati keputusan ini...saya menerimanya dengan hati yang tenang.

"Bagaimanapun aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mempunyai hak untuk diadili hingga ke peringkat mahkamah atasan. Oleh itu saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwa raya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan," katanya.

Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh hari ini dilepaskan dan dibebaskan dari tuduhan meliwat Mohd Saiful tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah membuat keputusan itu dengan alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa selain pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar melakukan perbuatan itu.

Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Tambah Mohd Saiful, beliau percaya setiap perkara yang berlaku "ada hikmahnya" selain ia ketentuan Allah.

"Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat dari manusia.

"Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." katanya.

Di akhir tulisannya, Mohd Saiful berkata beliau tidak akan sesekali menyerah kalah. -TMI


Ulasan GB

Meneliti keputusan hakim, maka kita akan dapati pihak pendakwa tidak mempunyai alasan untuk membuat rayuan. Ini kerana pihak pendakwa tidak mempunyai bukti lain untuk diketengahkan selepas kedua-dua bukti materi telah ditolak iaitu DNA dan oral-lisan.

Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."


Mengimbau kembali perbicaraan, Pakar forensik dan patalogis Australia, Dr David Wells menyifatkan integriti spesimen yang diambil daripada pengadu Saiful Bukhari Azlan dalam kes fitnah liwat II ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat kritikal.

Kita juga telah didedahkan maklumat bahawa seorang pegawai polis, Pegawai penyiasat (IO) DSP Jude Blacious Periera mengakui bahawa beliau memotong bahagian luar plastik spesimen DNA untuk tujuan penandaan.

Malah Jude turut memberitahu bahawa beliau menyimpan spesimen tersebut di dalam almari tidak berhawa dingin lebih daripada 40 jam.

Pasukan peguambela pada hari ini berjaya menimbulkan kesangsian tentang cara pengendalian sampel DNA yang diambil oleh doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke atas Saiful.

Katanya Jude sendiri telah melanggar prosedur analisis kimia dengan memotong bekas plastik yang mengandungi sampel DNA pengadu.

Dalam pada itu Sankara yang ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata, "Pakar mengatakan IO telah potong beg. Ini memberi peluang kepada kontaminasi dan perkara ini memang berlaku. Kononnya untuk buat penandaan baru dan pakar cakap prosedur ini tidak betul. Itu menujukkan kejayaan pihak pembela hari ini".
Sekarang apabila bahan bukti utama telah tercemar dan ditolak, apa lagi yang hendak dirayukan? Apa evidences lain yang hendak dikemukakan? Dubur Saifulkah? Itupun disyaki telah dicemari.

Tiada ruang untuk pendakwa raya hendak persoalkan dan menekan mahkamah supaya bahan bukti itu diterima semula kecuali ada permainan lain direncanakan untuk menafikan keputusan hakim tersebut.

Justeru itu, harapan untuk Saiful agar Peguam Negara merayu adalah tipis dan GB merasakan peguam negara tidak akan mengambil risiko dimalukan lagi jika membuat rayuan terhadap kes ini. Apatah lagi Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili pihak pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara bagi kes liwat II dilaporkan sebelum ini telah pun meletakkan jawatannya!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca''




Maklumat Lanjut Jom Ge GB








Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat