Labels

Showing posts with label selamat hari raya. Show all posts
Showing posts with label selamat hari raya. Show all posts

Wednesday 7 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin

Dengan rasa sukacita saya Azrin Ren ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri  kepada seluruh umat muslim khasnya umat muslim di Negeri Perlis.  Kesempatan ini saya mendoakan semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat dan bergembira disamping keluarga dan sanak saudara tercinta. Mungkin ini kali terakhir saya ucapkan kepada semua hendaknya. Segala pertuturan saya yang telah mengguris hati kalian, harap maafkan saya. bermaaf-maafanlah dihari yang mulia ini.

Hari raya disambut dengan penuh kesyukuran dan hari lebaran adalah susulan kejayaan umat Islam dalam mengerjakan ibadah puasa sebulan Ramadhan. Dalam mana-mana kepercayaan, puasa mempunyai hikmah kurniaan Allah. Puasa mengajar umatnya supaya tidak tamak keduniaan. Supaya manusia tidak dipengaruhi oleh kesenangan dunia semata-mata. Supaya manusia mengerti bagaimana kepayahan yang dialami oleh fakir-fakir yang terpaksa belapar kerana kemiskinan.

Sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah sementara, justeru bermegah-megah dengan bangunan, berbangga-bangga dengan kekayaan hanya akan melalaikan umat manusia, malah akan membawa kesengsaraan dan kemusnahan.  Sesungguhnya manusia  hanyalah pengembara, lantas manusia diseru oleh setiap kepercayaan supaya mengamalkan kehidupan yang sederhana dengan tidak menindas sesama umat manusia dan menghindarkan diri dari bersikap tamak. Ini  kerana sifat-sifat sedemikian hanya akan mendorong manusia itu mengetepikan pahala dan melakukan dosa lalu mengamalkan rasuah dan penyelewengan disebabkan keinginan bermewah-mewah. Mereka tidak dapat mengenali mana satu rezeki yang halal dan mana satu rezeki yang haram. Jauh sekali untuk mengingati syurga dan neraka.

Sekian :
Azrin Ren

Baca Berita Penuh ..

Sunday 28 August 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin


Kepada semua yang mengenali saya secara maya atau di alam nyata, mohon maaf zahir batin dan Selamat Sejahtera Berhari Raya yang bakal menjelang tiba nanti. Kepada yang selalu mengumpat akan diri ini usah risau saya udah maafkan kalian tahun ini.  Lepas raya ni buat lagi, tunggu ramadan tahun depan baru kawtim. Kepada yang tak puashati sori laa tak dapat saya nak menolongnya. Kepada para sahabat saya, makcik-makcik, pakcik-pakcik, ustaz-ustaz, alim ulama, kaki kucalana dan seluruh muslimin dan muslimat sekelian semoga kita semua berada di dalam rahmat Allah, diletakkan di dalam kalangan mereka yang beroleh naungan Arasy di akhirat kelak. Mudah-mudahan kita semua dikumpulkan di dalam Syurga Firdaus. Amin Ya Rabbal A'lamin.  

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat