Labels

Showing posts with label kfc. Show all posts
Showing posts with label kfc. Show all posts

Thursday 29 December 2011

Umno Kiamat 2012?


Umno gali lubang reti,tutup lobang tak reti,
 makin tutup,makin besar lubang umno terbukak...


Kes NFC dengan Sharizat tidak langsung menjadi apa-apa kepada Sharizat. Tetapi sebaliknya beliau masih berada di dalam kabinet sehingga hari ini, malah beliau telah menyatakan bukan beliau sahaja yang bermasalah dalam UMNO, semua menteri-menteri lain pun juga bermasalah. Maksud Sharizat itu jelas. Maksud beliau kenapa beliau sahaja yang hendak dimangsakan, bagaimana dengan yang lain? Saya tidak nampak Sharizat akan dikeluarkan oleh Najib dari kabinet kerana masing-masing ada rekod yang sama.

Jamil Khir, seorang Menteri yang bertanggungjawab terhadap agama telah terlibat dengan menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman dalam saman Anwar Ibrahim dalam kes Qazaf, ketua umum PKR itu yang juga ketua pembangkang. Saya tidak nampak yang kes ini termasuk dalam aznaf yang lapan itu kerana beliau adalah seorang Menteri. Wang zakat hanya boleh digunakan jika ianya termasuk dalam aznaf yang lapan itu.

 Kita tidak layak untuk menasihati Jamil Khir kerana beliau adalah seorang yang mengetuai agama dan dibanggakan oleh Najib kerana telah memberikan khutbah dalam bahasa arab mewakili seluruh umat Islam di musim haji baru-baru ini. Tetapi apa yang dilakukannya amat mengelirukan orang ramai. Apakah beliau mempunyai ‘immunity’ dari dosa dan noda kepada agama dan Tuhannya. Kalau pemimpin yang mengetuai agama melakukan kerja hina ini, pada siapa lagi dalam UMNO-BN yang kita boleh yakini lagi? 

Ini kah kumpulan pemimpin yang berucap dengan berlakon dengan hebat dengan mengatakan agama kita akan tercemar jika PR memerintah negara kita? Saya ingin memberi nasihat kepada Jamil Khir, dari saat ini janganlah kamu bercakap tentang agama lagi dan mengaku sebagai pejuang agama di dalam kabinet kerajaan pada hari ini. Mungkin ini semualah yang dikatakan oleh Sharizat yang tidak ada pemimpin yang tidak bermasalah itu.

Pada pertengahan tahun sembilan puluhan dahulu, Pemimpin Utama negara telah menggunakan wang rakyat untuk membiayai untuk melaksanakan ‘bail-out’ terhadap anaknya yang telah kerugian besar dalam perniagaannya. Jumlah wang rakyat yang digunakannya melebihi satu setengah billion ringgit. Sekarang ahli perniagaan itu telah membeli kilang arak yang terbesar di rantau ini di Filipina.

psst....Apabila PR membentuk kerajaan bersekutuan, kat mana blogger-blogger umno nak tonggek??? kususnya papagomo yg kena sekeh ngan milosuam baru-baru ni.

Klik ''Baca Berita Penuh'' untuk sambungan...

Baca Berita Penuh ..

Thursday 3 February 2011

Petua : - Perangkap Nyamuk Mesra Alam

Oleh kerana negara kita banyak kes2 nyamuk seperti denggi yang menyebabkan kematian, disini saya kongsikan bagaimana untuk menghapuskan atau membasmi nyamuk nie dengan perangkap yang mudah disediakan serta mesra alam...Check it out...Harap info ini membantu anda sedikit sebanyak 
Perangkap Nyamuk 
Metode ini ditemukan oleh Kelas anak-anak cerdas di SD Yong-An di Taipei, Taiwan. (Hsu Jia-Chang sang penemu, yang dibantu oleh gurunya). 

Bahan bahan 
» Sebuah Botol plastik berukuran 2 liter 
» 50 gram gula pasir 
» 1 gram bubuk ragi 
» Termometer 
» Gelas ukur 
» Cutter 
» Kertas Hitam 

Langkah 1 
Potong Botol seperti terlihat pada gambar. Simpan bagian atasnya untuk langkah ke-4. 





Langkah 2
Campur 200 ml air panas dengan 50 gram gula. Lalu dinginkan air gula menjadi 40 derajat. 






Langkah 3
Tuangkan air gula ke dalam botol dan tambahkan bubuk ragi. Anda tidak perlu mencampurnya karena akan bereaksi berangsur-angsur dengan gula untuk memproduksi CO2. 






Langkah 4
Masukkan bagian atas botol ke bagian bawahnya seperti terlihat pada gambar. Usahakan sekencang mungkin (tidak longgar), agar gas CO2 yang diproduksi hanya keluar melalui lubang tengah saja. 



Baca Berita Penuh ..

Saturday 29 January 2011

Revolusi : - Titik Persamaan Tunisia-Malaysia

 
Kebangkitan rakyat Tunisia menumbangkan kerajaan korup dan zalim hampir pasti merebak ke Malaysia kerana ada persamaan ketara antara dua-dua negara itu, kata pemikir Islam moden, Ziauddin Sardar.

Bercakap pada sidang media, hari ini, beliau menamakan masalah kebebasan institusi kehakiman dan kebebasan media di Tunisia dan Malaysia, sebagai titik persamaan utama kedua-dua negara itu.

“Sekiranya institusi kehakiman dan dasar media di Malaysia bebas tanpa dipengaruhi pihak penguasa, saya bersetuju kebangkitan rakyat di Malaysia mampu berlaku.

“Lebih-lebih lagi negara ini diperintah oleh penguasa zalim dan terpalit dengan sistem rasuah,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan pada Seminar Critical Islam  anjuran bersama Institut Kajian Dasar (IKD) dan Yayasan Selangor di Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya, hari ini.
Ziauddin Sergar sehingga kini menghasilkan 45 buku termasuk ‘Kembali Ke Masa Depan; Syariat sebagai Metodologi Pemecahan Masalah’ terkenal terutama di negara Islam.

Beliau juga sering diundang dipelbagai program televisyen selain mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa kerana keberjayaan pemikirannya berkaitan isu Islam.

Turut hadir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi IKD, Khalid Jaafar; Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yussof, golongan intelek dan profesional dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Bagaimanapun, Ziauddin berkata, istilah yang sesuai digunakan di Malaysia bukan revolusi tetapi transformasi kerana beberapa sistem di Malaysia memerlukan reformasi menyeluruh terutama melibatkan media dan institusi kehakiman.

Beliau berkata, antara punca berlaku revolusi di Tunisia kerana rakyat negara itu tidak tahan dengan penindasan rakyat akibat kenaikan harga barang yang melampau, dan ia turut berlaku di Malaysia.

psst : - Kebangkitan rakyat seperti yang berlaku di Tunisia dan Mesir sekarang tidak akan merebak ke Malaysia kerana bangsa Melayu adalah penakut. Mereka lebih bimbangkan masa depan persekolahan anaknya dan bimbangkan beras di dalam bekas yang semakin sedikit dari bimbangkan kejahatan pemerintahan UMNO.
Bangsa Melayu akan tetap sokong UMNO walaupun UMNO parti perasuah!!!

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat