Labels

Showing posts with label kapal zim di pelabuhan. Show all posts
Showing posts with label kapal zim di pelabuhan. Show all posts

Wednesday 22 February 2012

Khairy Mengakui Malaysia Bersahabat Dengan Israel

Ketika para blogger Umno bermati-matian berkata tiada kapal Israel masuk ke Malaysia, Ketua Pemuda Umno pula mengesahkan Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan Israel.

(Salah sebuah kapal Israel yang mendarat di Perlabuhan Klang)

Jangan harap lu nak dapat jawatan menteri lepas ni heheheh....

Khairy berkata, kerajaan mempunyai polisi dan pendirian yang jelas bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan politik dan diplomatik dengan Israel.

"Sebagai seorang Ahli Parlimen, saya sedar bahawa ada hubungan perdagangan antara Malaysia dan Israel tetapi ia adalah hubungan antara syarikat.

"Saya harap perkara ini dapat diketahui umum bahawa kita berdagang bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini keperluan dari segi globalisasi," katanya.

Selain menolak kenyataan bloger Umno, kenyataan Khairy juga menolak kenyataan pihak pengurusan Perlabuhan Klang baru-baru ini.

Westport, Port Klang melalui Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian mengakui kehadiran Kapal Israel, ZIM Integrated Shipping Services Ltd yang berlayar dari Israel [Sinar].

Namun beliau mendakwa tiada sebarang urusniaga berlangsung kerana kapal tersebut hanya singgah sahaja.

Sebelum ini, pelbagai pihak dalam Umno membuat pelbagai tuduhan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutannya kenyataannya dalam The Wall Street Journal.

Namun bagi para blogger Pakatan, tindakan ini hanya umpama, "Depan rakyat maki Israel, belakang rakyat cium bontot Israel" sahaja.

AzrinRen: Perjuangan apa yang belum selesai wahai madey kutty? perjuangan untuk mengkencing rakyat belum selesai lagi ker? lu nak kencing rakyat lagi 22 tahun ker? umur lu masih panjang ker? dulu lu waris paklah untuk warisikan lu untuk menipu rakyat, tetapi paklah bukan kaki penipu macam lu, lepas paklah tak ikut telunjuk lu, lu guna ah jib gor rampas tempat paklah secara tidak sah, sekarang pula lu tengok ah jib gor boleh menjahanamkan UMNO sendiri kerana krebeliti ah jib gor yang isterinya kaki boros mengawal kerajaan dan pelbagai skandal yang ada padanya, lu pergunakan mat sembab@muyiddin untuk menjatuhkan ah jib gor. Pada 9 januari lalu, anwar ibrahim di bebaskan. Selepas itu dalam beberapa hari lu tak senang duduk kerana anwar ibrahim dibebaskan, lu serang dan tuduh anwar ibrahim bukan-bukan, betapa takutnya lu kat anwar ya. hahahahah!!! madey kutty jeles pengaruh anwar ibrahim kuat didalam UMNO dulu, takut bertanding, sebab tahu anwar ibrahim akan menang punye. tetapi lu main kotor, lu buat surat layang dan tuduh dia bukan-bukan, lalu lu pecat dia. Haaa..itu cara lu nak kekal kuasa. Madey kutty bapak PENIPU!!!!

psst....Zaman paklah ada juga sedikit demokrasi berbanding madey kutty dan ah jib gor

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat