Labels

Showing posts with label jelajah merdeka. Show all posts
Showing posts with label jelajah merdeka. Show all posts

Wednesday 1 May 2013

SIARAN LANGSUNG/LIVE : Jelajah Merdeka Rakyat Johor Bahru Bersama DSAI!


Kalau tak boleh...klik SINI

#Selamat menonton.......

Baca Berita Penuh ..

Monday 15 April 2013

PANAS TERNOW!!! : MCA Akan Boikot PRU13, Tarik Diri Daripada Bertanding!!!


Azrin Ren : Itulah..dok sebok jaga tepi kain orang lain...tetapi dii sendiri tak terjaga...setel masalah hangpa tu dulu sebelum nak sebok hal  kami...bodoh punya UmnoBN...

PANAS...!!!!! BERITA YANG BARU KITA TERIMA, 

 MENGIKUT MAKLUMAT KITA TERIMA DARIPADA SUMBER DALAMAN MCA(NAMA PEMBERI MAKLUMAT TERPAKSA DIRAHSIAKAN), BAKAL ADA KEJUTAN BESAR DALAM PRU13 KALI INI. 

 BN BAKAL MENGHADAPI MASALAH BESAR ANGKARA PERGESARAN ANTARA UMNO DAN MCA KIAN PARAH. 

 MCA DIKATAKAN AKAN MENARIK DIRI DARI BERTANDING DALAM PRU13 KALI INI ANGKARA BEBERAPA PEMIMPIN UTAMA MCA DIKATAKAN TERLALU KECEWA DENGAN TINDAKAN UMNO YANG MERAMPAS KERUSI YANG SEPATUTNYA DITANDINGI MCA DENGAN SEWENANG-WENANGNYA.

 MEREKA AKAN MENGAMBIL LANGKAH YANG SAMA DENGAN PRESIDEN PARTI MEREKA CHUA SOI LEK, IAITU MENARIK DIRI DARI BERTANDING DALAM PRU13. 

 MENGIKUT MAKLUMAT TERSEBUT KEBANYAAKAN CALON MCA DI JOHOR AKAN BERBUAT DEMIKIAN ANGKARA KECEWA AKIBAT BEBERAPA KERUSI MILIK MCA DI JOHOR TERPAKSA DISERAHKAN KEPADA UMNO. 

 WALAU BAGAIMANAPUN CHUA SOI LEK KINI BERTUNGKUS LUMUS, CUBA MEMUJUK MEREKA SUPAYA TIDAK MENARIK DIRI. 

 KHABARNYA BERITA INI TELAH DIKETAHUI OLEH NAJIB, YG JUGA PRESIDEN UMNO. NAJIB DIJANGKA AKAN MENANGGUHKAN SEKALI LAGI PENGUMUMAN CALON UMNO/BN YANG SEPATUTNYA DIUMUMKAN PADA HARI SELASA INI 16 APRIL 2013. 

 NAJIB DIJANGKA AKAN BERTEMU DENGAN SETIAP BAKAL CALON MCA TERLEBIH DAHULU BAGI MENENANGKAN MEREKA. 

 TARIKH BARU PENGUMUMAN CALON BN MUNGKIN DIBUAT SEHARI SEBELUM PENAMAAN CALON IAITU 19 APRIL 2013.

#Lagi sekali gua cakap, setel dulu hal lu sebelum nak sebok pasal orang lain!!!

Baca Berita Penuh ..

Wednesday 10 April 2013

LIVE : Pengumuman Calon PR...Selamat Menonton.....

Ada Masalah...Klik SINI 

Selamat Menonton...

#Madey Kutty Taik Kucing.....

Baca Berita Penuh ..

Tuesday 26 March 2013

RAJA PETRA KANTOI!!! :: Rafizi Pula Pecah Tembelang Raja Petra!



Dia cuma cakap ikut kepala dia saja.

Itu rumusan paling tepat bagi menunjukkan bahawa artikel blogger dalam buangan (baca: pelarian) Raja Petra Kamaruddin sekali lagi berjaya dikantoikan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Raja Petra dalam artikel di laman Malaysia Today semalam mendakwa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kononnya pernah mengadakan pertemuan dengan Ketua Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Nur Misuari di Jakarta, Indonesia pada 16 Julai 2012.

Pertemuan itu diadakan di Hotel Crowne Plaza, Jakarta petang hari tersebut setelah ahli politik tempatan yang rapat dengan Anwar yang menjadi orang tengah kepada pertemuan yang turut dihadiri oleh beberapa jeneral tentera dan komando MILF.

Dalam artikel bertajuk 'The Untold Story of Lahad Datu Incident', Raja Petra mendakwa Anwar mengadakan perjumpaan sulit dengan Misuari kononnya Anwar meminta bantuannya supaya umat Islam keturunan Sulu di Sabah mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

Sebagai balasannya, Anwar kononnya menjanjikan Misuari agar kesemua orang yang mengundi Pakatan Rakyat diberikan taraf kewarganegaraan dan penduduk tetap selain diberikan kad pengenalan tulen sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memperolehi 20 daripada 25 kerusi parlimen dan 35 daripada 60 kerusi DUN.

Hanya dengan sekeping gambar, itu pun bukannya dari sumber sendiri tetapi dari gambar yang diambil dari Anwar Ibrahim Club, Raja Petra sudah boleh membuat rumusan bahawa Anwar sememangnya ada membuat perjanjian sulit seperti yang didakwa dalam blognya itu.

Lagi pun peertemuan itu bukannya hanya mereka berdua sebaliknya Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhyono dan Presiden Timor Leste, Jose Ramos Horta juga berada di dalam pertemuan tersebut!

Apakah terlalu bodoh Raja Petra mahu mengaitkan Susilo dan Horta dengan fitnah yang dibuatnya terhadap Anwar?

Kemudian Raja Petra sekali lagi mendakwa pada 4 Ogos tahun yang sama, Anwar sekali lagi mengadakan pertemuan dengan Misuari di Manila, Filipina kononnya Misuari mahukan kepastian (confirmation) sama ada tawaran Anwar akan ditepati atau sebaliknya.

Raja Petra kononnya memberi bukti siap dengan nombor penerbangan Anwar ke Manila menggunakan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH 704 kononnya sebagai bukti bahawa Anwar pasti akan bertemu dengan Misuari di ibu negara Filipina itu.

Bagaimanapun dari kesemua 'pendedahan' yang dikeluarkan blogger yang dipercayai sudah berpaling tadah itu, tiada satu pun bukti, dokumen atau keterangan jauh sekali video menunjukkan bahawa Anwar sememangnya menjanjikan sesuatu kepada pemimpin selatan Filipina itu.


Tambahnya lagi, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan persekutuan, Misuari akan dijanjikan tanah dan kemudahan seperti rakyat Malaysia kerana kedua-dua negeri di Borneo, Sabah dan Sarawak akan diberikan kuasa autonomi bagi mentadbir negeri masing-masing.

Inilah yang mendorong Rafizi mengatakan bahawa kesemua dakwaan Raja Petra sebagai sampah dan ikut kepala dia sahaja tanpa memberikan sebarang bukti bagi menyokong keterangannya.

Pendek kata sekiranya dakwaan Raja Petra ini dibawa ke mahkamah, pendaftar mahkamah sendiri akan menolak untuk menerima permohonan memfailkan dakwaan tersebut.

Kini jelas apa sahaja dakwaan Raja Petra untuk mencalar imej Anwar sudah tidak laku lagi sebagaimana dakwaannya sebelum ini bahawa kononnya Anwar mengkhianati janjinya selepas dibebaskan pada 2004. 

#RAJA PETRA SEBENARNYA MUSUH DALAM SELIMUT, MUSUH DALAM SELIMUT NI BAHAYA MAKHLUKNYA...MUSUH DALAM SELIMUTLAH YANG MENYEBABKAN EMPAYAR TUKRI UTHMANIYYAH TUMBANG...

Baca Berita Penuh ..

Monday 25 March 2013

Najib & Aziz Shamsuddin Dengan Esmail Kiram Antara Dalang Di Lahad Datu



Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut pihak berkuasa menyiasat bukti bergambar pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Aziz Shamsuddin dengan Esmail Kiram, pimpinan Kesultanan Sulu.
“Ada bukti bergambar foto pertemuan dengan Aziz Shamsuddin, Menteri dan bekas Setiausaha politik Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang terlibat dalam projek IC dan juga dengan Datuk Seri Najib.

“Patut ada siasatan rapi tentang hubungan mereka dengan pimpinan Umno. Tidak hanya menuding dan tohmah pemimpin pembangkang,” kata Anwar pada sidang media bersama Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah di Hoytel Hyatt, hari ini.
Media semalam melaporkan pasukan keselamatan mengesahkan panglima tentera Sulu yang ditangkap di Semporna pada 23 Mac lalu ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram.

Amir Bahar anak kedua Esmail Kiram kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012.
Polis semalam melaporkan, lelaki berusia lewat 40-an itu adalah Menteri Pertahanan Sulu yang bertindak sebagai panglima yang memberi arahan sejak pencerobohan di Lahad Datu 12 Februari lepas.

Kata Anwar, siasatan perlu dibuat kerana ia berkait dengan insiden keganasan di Lahad Datu dan projek IC yang memberi kesan terhadap keamanan di Sabah.

“Kenyataan Pakatan Rakyat jelas. Menyokong pasukan keselamatan. Tetapi kita mengingatkan, isu ini adalah isu nasional dan keselamatan negara dan tidak harus dipolitikkan,” katanya.

Gambar yang tersebar di internet dan media sosial sejak sebulan lalu menunjukkan pertemuan pemimpin Umno dengan waris Sultan Sulu yang menceroboh Lahad Datu sejak pertengahan Februari 2013.
Antara pemimpin Umno yang dirakam bersama Esmail Kiram adalah Aziz Shamsuddin, Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Adbullah Ahmad Badawi.

#Anwar dalang pertemuan najib dan email kiran...kikiki...

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat