Labels

Showing posts with label anwar dibebaskan. Show all posts
Showing posts with label anwar dibebaskan. Show all posts

Saturday 14 January 2012

Lebih 20000 Hadiri Konvensyen Pakatan Rakyat Di kedah





Ini dia lebih 20 ribu menghadiri sempena konvensyen pakatan rakyat di stadium Suka Menanti, Alor Setar, kedatangan tersebut sebagai menutup pembohongan para blogger-blogger umno kususnya papagomo yg mengatakan konvensyen pakatan rakyat tak laku, takdak orang...kekek..ni apa dia? semut ker? pencacai saiful cakap depa pi tengok bola...ni tengok bola apa macam ni? ce hebaq ce habaq.

Apa-apa pun terima kasih kerana mewakil mengambil gambar ni. ini fakta bukan auta macam umno selalu buat tu...

psst...AzrinRen tak hipokrikkk.....

Nak tengok siaran langsung atau live..sila kelik sini -----> SINI

Masa Umno berasa mata dia cerah, kuku dia lebih panjang, dia tendang PAS, kemudian dia minta pula PAS masuk Umno. Kita kata, 'cis!' - NIK AZIZ


Baca Berita Penuh ..

Friday 13 January 2012

UniMAP Tidak Teragak-Agak Buang Mahasiswa Sertai Watch-13


Kangar, 14 Jan : Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) semalam mengeluarkan amaran tidak akan teragak-agak mengambil tindakan keras termasuk membuang penuntutnya yang didapati menyertai gerakan Watch 13.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, penubuhan gerakan itu diragui pihak universiti kerana objektifnya dilihat mempunyai motif politik dan seolah-olah cuba menghasut pelajar menentang kerajaan.

Menurutnya, UniMAP tidak nampak sebarang kepentingan penubuhan gerakan itu memandangkan ia sudah menyediakan platform kepada pelajar untuk membangkitkan masalah mereka tanpa dipengaruhi unsur politik.

“Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan keras termasuk membuang pelajar sekiranya terlibat dalam aktiviti kumpulan itu kerana UniMAP menyediakan saluran untuk menyalurkan masalah mereka.

“Mahasiswa seharusnya memberi tumpuan sepenuhnya menghadapi peperiksaan yang sedang berlangsung, bukannya menyertai sebarang gerakan dan aktiviti negatif yang boleh menjejaskan pelajaran mereka,” katanya.

Polis, Pemuda UMNO terpaksa campur tangan
Profesor Datuk Dr Kamarudin Hussin

Terdahulu, pekarangan bangunan KWSP semalam dikatakan riuh setelah timbul ura-ura sekumpulan pelajar yang mahu melancarkan sebuah gabungan mahasiswa dari seluruh universiti di utara Semenanjung dikenali sebagai Watch-13.

Lokasi itu dikerumuni lebih 100 orang bermula 10 pagi semalam terdiri daripada para pelajar, polis, Pemuda UMNO Kangar, orang ramai dan pengurusan Unimap termasuk Dr Kamarudin sendiri.

Bagaimanapun, penantian mereka untuk menghalang hasrat kumpulan terbabit berakhir setelah penganjur mengubah lokasinya di sebuah restoran di sini.

psst....Buang jangan tak buang...ikut suka hati hangpa apa hangpa nak buat sebab ni kan malaysia masih bapak UMNO yg punya, ini hari lu tunggu hari kami pulak!!!

Klik ''Baca Berita Penuh'' Untuk sambungan seterusnya.

Baca Berita Penuh ..

Thursday 12 January 2012

Belum ada keputusan buat rayuan, kata Pejabat AG


Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Pejabat Peguam Negara Datuk Kamaluddin Md Said hari ini memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan sama ada rayuan pembebasan Datuk Anwar Ibrahim akan dibuat belum diputuskan lagi.

Kamaluddin mengesahkan bahawa bahagiannya telah menerima laporan daripada pasukan pendakwa raya yang diketuai oleh Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Bagaimanapun, oleh kerana laporan itu masih belum dikaji, katanya, keputusan masih belum dimuktamadkan meskipun pihaknya cuma mempunyai 14 hari untuk mengemukakan rayuan.

"Mereka (Mohd Yusof) mungkin membuat cadangan tetapi kita perlu mengkaji perkara itu. Jika kita failkan rayuan, ia akan dibuat sebelum 25 Januari," katanya.

Bahagian yang diterajui Kamaluddin, khususnya mengendalikan kes-kes rayuan selepas penghakiman dibuat dalam perbicaraan kes jenayah dan memutuskan sama ada sesuatu notis rayuan perlu difailkan.

Hari ini, Mohd Yusof  juga mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa pihaknya telah membekalkan laporannya kepada Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, semalam dengan saranan supaya rayuan difailkan terhadap pembebasan Anwar.

"Kami rasakan bahawa kita selesa dengan bukti-bukti yang dikemukakan (untuk mensabitkan kesalahan). Oleh itu, saya cadangkan rayuan dibuat," katanya.

"Terpulang kepada Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) untuk membuat keputusan, dan jika beliau tidak membuat keputusan, terpulang kepada Peguam Cara I Negara Datuk Idrus Harun," kata Mohd Yusof.

Abdul Gani tidak boleh terbabit dengan sebarang perkara mengenai kes Anwar kerana berikutan  dakwaan bahawa beliau terlibat dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti.

Atas alasan itu, beliau tidak diberi sebarang peranan semasa perbicaraan kes liwat II.

Yusof dijadualkan untuk bersara pada 1 Februari.

psst....Awat pulak???

Baca Berita Penuh ..

Monday 9 January 2012

Anwar Menyatukan Kaum Dan pru10 Masih Didalam Ingatan UMNO...


Anwar akan dibebaskan pada bulan 9 Januari ni diatas kesilapan teknik semacam keputusan liwat I. Atas nasihat pihak "master mind" dalam percaturan politik BN. Ini adalah disebabkan berdasarkan sejarah keputusan PRU ke-10 yang diadakan pada 29 November 1999. satu pencapaian BN yang paling rendah sejak kemerdekaan, kecuali dalam Pilihan Raya Umum 1969. Gara2 tersebut adalah disebabkan kesilapan menjelkan Anwar. Justru tu mendapat simpati rakyat dibeberapa buah negeri sehingga melingkupnyanya BN Terengganu.

Ketika itu bukan melayu tak ambil kisah kes DS Anwar dan ada diantara bukan melayu Anwar tiada dihati mereka tapi sejak akhir2 ini dan disaat2 DS Anwar bekerja keras menyatukan parti2 pembangkang yang dulu2nya sukar dan keras untuk disatukan telah membuatkan DS Anwar terperusuk dihati mereka.

Dimana2 pun samada dikedai kopi, mana2 majlis, dipasar2 mereka berbagai kaum duduk berbincang dan mesyuarat tidak resmi menceritakan contoh2 negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Mereka pun berfikir kenapa dulu mereka tidak terfikir begini. Itulah pencapaian DS Anwar iaitu berjaya menyatukan berbagai2 kaum dalam ertikata yang sebenar bukan hipokrit macam BN.

BN bersatu sesama mereka untuk mendapatkan barang2/harta rompakan berbeza dengan penyatukan PR.

psst....PRU13 : Undi Siapa Jadi Penentu - Adakah Rosmah Jadi Penentu?...kekeke...


Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat