Labels

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Saturday 31 December 2011

Kes Surau Salihiah : Sejak Bila UMNO Juara Agama???


Rakyat terkejut apabila UMNO marah kepada kerajaan Kedah kerana hendak merobohkan Surau Salihiah Kanchot di Alor Setar. Walaupun berkali-kali telah dijelaskan bahawa Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah telah membenarkan, dan pihak pemaju bersetuju untuk membayar pampasan dan memberi tapak baru kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).

Namun pimpinan UMNO Kedah yang bankrap idea unuk menawan hati rakyat Kedah cuba mengambil isu surau untuk menjadi modal kempen. Rakyat tertanya-tanya sejak bila UMNO menjadi juara agama dan hendak membela surau?. 

Kenapa pemimpin UMNO seperti Datok Ahmad Bashah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Azeez Abdul Rahim pekak dan bisu ketika kerajaan pimpinan UMNO meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman, menutup surau Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, menutup Surau al Rahmah di Seksen 8 Shah Alam, menutup surau d Puchong Perdana dan meruntuhkan surau kampung Berembang Ampang.

 Oleh kerana UMNO Kedah sedang lemas melihat kerajaan Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak berjaya memimpin Kedah dengan cemerlang walaupun terpaksa menanggung hutang lapok sebanyak RM2.3 bilion. 

Contohnya kebijaksanaan kerajaan Kedah mengurus negeri sehingga pendapatan balak daripada RM8 juta setahun meningkat RM53 juta.

UMNO takut rakyat Kedah membandingkan kejayaan Pakatan Rakyat dengan pemerintahan UMNO selama 51 yang menindas rakyat, maka UMNO cuba menjadi juara membela agama, sehingga udang di Kolam Kerpan pun terkejut kerana UMNO sudah bertukar nada

psst....Artis2 berbogel, bukak aurat, hina hukum hudud, remaja2 bermaksiatan setan malam tahun baru, buang bayi, mana umno???

pakjib al-botaki harus bertaubat!!!

Baca Berita Penuh ..

Tuesday 20 December 2011

Gambar : - Ribuan Hadir di Rapat Rakyat Pulau Pinang...



Sedikit gambar untuk dikongsi bersama, gambar telah dirakamkan pada 18 Disember 2011, bertempat di Taman Senangan, Teluk Ayer Tawar, Butterworth dalam program Rapat Rakyat.





Perlu kita ketahui ini adalah kawasan yang dikuasai oleh UMNO/BN di Pulau Pinang, boleh dikatakan kubu kuat mereka..

Alhamdulillah.. perubahan mula kelihatan disini.. ribuan rakyat dari berbilang kaum telah hadir..saksikan dan kiralah sendiri berapa ramai yang hadir..


Video Ucapan Disini --------> Sini


Nampaknya orang-orang melayu tidak termakan dakyat dari kerajaan umno-bn, jika betul Lim Guan Eng itu rasis, anti melayu, nak hapus ketuanan melayu, nak halau melayu dari pulau pinang. kenapa masih ramai ribuan orang-orang melayu masih tetap setia kepada kerajaan negeri pulau pinang pimpinan Lim Guan Eng? ini sebagai petanda. rakyat tidak lagi mempercayai utusan malaysia dan tv3 suku, kerana...maklumat sebenar dan tulen boleh didapati di internet. janji jangan cari gambar sex pulak. 


p/s.....nanti ada cacai umno kata gambar tu semua photoshop....dan cakap sebenarnya itu program umngo.... Madey kata, zaman sekarang ni gambar orang boleh ditukar2 kepala...huhuhu...

Baca Berita Penuh ..

Wednesday 30 November 2011

Semakin Ramai Tentera Syria Insaf..Bersama Rakyat!!


sejak revolusi tercetus di Syria sejak lebih 7 bulan lalu..telah lebih 5000 org awam terkorban...jumlah yg hilang lebih ramai..kecederaan lebih ramai lagi...akhirnya pihak tentera menyedari bahawa mereka telah disalahgunakan oleh rejim Assad yg berfahaman syiah dengan melakukan berbagai tindakan kejam dan sadis..

berbagai siri pembunuhan sadis telah disiarkan dlm klip2 youtube..namun sebahagian nya telah dipadamkan oleh mereka...

kini semakin ramai tentera berpaling tadah lalu membentuk kumpulan2 dan group2 pejuang setelah putus harapan utk melihat rejim berhenti melakukan kekejaman dan pembunuhan..

 Usamah Bin Zaid..INI satu ketumbukan tentera yg baru dilancarkan..terdiri dari berbagai latar belakang dan pangkat...akan bertindak mempertahankan nyawa dan keselamatan org awam dari terus menjadi sasaran serangan hendap dan kekejaman tentera dan polis rejim Assad...

PSST : Jangan teruskan malaysia terus dipimpin oleh boneka british.

Baca Berita Penuh ..

Tuesday 15 November 2011

Pelancong Amerika Kagum Dengan Bank di Malaysia


Seorang pelancong dari Amerika Syarikat melahirkan rasa kesal terhadap perkhidmatan perbankan ATM CIMB di Malaysia. Dia telah cuba mengeluarkan RM1,500 di sebuah mesin ATM di Kuala Lumpur tetapi hanya menerima resit mesin ATM kehabisan wang. Apabila diperiksa RM1,500 telah pun ditolak dari akaunnya. Apabila menghubungi pegawai bank, dia diberitahu siasatan akan mengambil masa 2 minggu ke satu bulan.

Itu pelancong Amerika yang melawat Malaysia, bagaimana rakyat Malaysia yang mengalami nasib serupa sebelum ini ?
An American in ATM agony
Monday, November 14th, 2011  
JOHN UDOVICH, a US national visiting Malaysia, has had a frustrating time here trying to withdraw money with a local bank's automated teller machines (ATM). He says he tried to take out RM1,500 from his US bank account using a CIMB Bank ATM at a shopping mall in Bukit Bintang, Kuala Lumpur, about 9pm on Oct 17. 
"Instead of getting the money, I was issued a receipt saying the ATM was unable to dispense cash. I checked with another ATM from the bank and it appeared the money was already debited. This was confirmed when I logged into my bank account online later that night." UDOVICH says he was told at the bank's branch office it would take two weeks to a month to investigate and rectify the matter. 
"I have already been charged about one per cent-plus in fees and I was told these fees are accessed at my bank in the US end." He says as he is leaving for Thailand soon, such a thing is very inconvenient to tourists and visitors to Malaysia. "I need to wait 24 hours to withdraw cash from my account as I am at the US$500 a day limit, thanks to the failed transaction. 
"I also need to follow up with CIMB Bank and my bank in the US a few times regarding getting my money back, and it is not clear how I will be reimbursed or how long it will take." UDOVICH says the ATM did not indicate to him there was no cash in it, yet it debited his foreign bank account. 
"I don't see why it needs to take two weeks to one month to sort this matter out as the ATM records everything and the fault is with the CIMB Bank's ATM at this end and not with my bank or the interbank." 





Baca Berita Penuh ..

Sunday 9 January 2011

Menjelang 15 Mac : - Facebook Bakal Ditutup???

 psst : - Kalau betul pun...elok sangat tu..berhenti laa..semakin berfancebook semakin runtuh lah moral kalian..tambah-tambah pula kes curang dan cerai di sebabkan facebook...mark pun sedar..kalian bila lagi??? Masih kalian ingat msnchat yang sepopular facebook dulu? begitu juga nasib yg sama dialamai oleh facebook.


FACEBOOK WILL END ON MARCH 15th!
Posted on Saturday, January 8th, 2011

PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Baca Berita Penuh ..

Saturday 8 January 2011

Minyak : - Harga Minyak Dunia Turun!!!

Nah Lagu Ni Aku Bagi Untuk UMNO...Hehehe........ 

Harga minyak dunia turun tetapi kerajaan BN naikkan harga minyak!!!!Memang kerajaan kenakan rakyat dulu.Rakyat diperbodohkan!!!!

 Crude Oil 89.17 - 0.23%
Natural Gas 4.60 - 1.50%
Gasoline 2.38 - 1.42%
Heating Oil 2.50 - 0.28%
Gold 1381.79 + 0.02%
Silver 29.51 - 0.97%
Copper 4.34 - 0.55%



Baca Berita Penuh ..

Friday 31 December 2010

PRK : - ‘Third Force’ Bantu Kempen Pakatan Di Tenang.


psst : Awas Blogger UMNO...PR akan kembalikan amukan bala tentera bloggernya menjelang pru13 yg semakin dekat. 
 Di sebalik tanggapan bahawa ‘bertegang leher’ dengan Pakatan Rakyat, Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM), yang diketuai blogger berpengaruh Raja Petra Kamarudin, bersedia untuk membantu perikatan itu ketika pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang akhir bulan depan.

Editor Malaysia Today yang lantang ini, yang kelihatan berselisih dengan kepimpinan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini, mula mengetepikan perbezaan ideologi mereka untuk memfokus pada perjuangan bersama - menghalang Barisan Nasional (BN) daripada merekodkan satu lagi kemenangan pada 30 Januari ini.
 
BN menang dua pilihan raya kecil serentak awal bulan lepas. 

“Majlis Perwakilan PAS UK & Eire, Friends of Pakatan Rakyat dan MCLM akan berganding untuk mengutip dana bagi (membiayai kempen) pilihan raya kecil Tenang.

“MCLM juga akan berkempen pada pilihan raya kecil,” kata Raja Petra yang mengetuai gerakan yang berpejabat di London itu menerusi ruangan beliau “No Holds Barred” hari ini.

Raja Petra yang turut dikenali sebagai “RPK” menambah, kempen gerakan itu akan diterajui blogger Bernard Khoo.

MCLM didaftar di London dua bulan lalu dianggap sebagai ‘Third Force’, yang turut menimbulkan kerisauan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat akan diwakili oleh calon PAS di Tenang. Bagaimanapun Raja Petra membisu sama ada dua calonnya yang dinamakan setakat ini untuk diturunkan pada pilihan raya umum ke-13 iaitu Malik Imtiaz Sarwar dan Sreekant Pillai akan turun berkempen di Tenang.

Malik memberitahu The Malaysian Insider, beliau tidak disertakan dalam barisan kempen dan tiada sebarang rancangan untuk muncul di Tenang bagi membantu calon Pakatan Rakyat.

“Saya tidak dalam MCLM. Saya fikir MCLM boleh menguruskannya,” kata peguam dan aktivis hak asasi manusia ini. Pun begitu beliau tidak menolak kemungkinan untuk menyertai kempen itu kelak.

Baca Berita Penuh ..

Thursday 30 December 2010

PRU & PRK : - BN PENING KEPALA NEGERI PR AKAN ADAKAN PILIHANRAYA BERASINGAN


Saya amat menyokong andainya negeri-negeri PR tidak membubarkan DUN serentak dengan pembubaran Parlimen Malaysia. Tidak ada gunanya kita membazirkan wang rakyat dengan mengadakan pilihanraya awal sebelum 'edah'nya berakhir.

 Andaikata Pilihanraya Umum pada diadakan pada tahun 2011 ini bermakna ianya dilaksanakan 2 tahun lebih awal dan sudah tentu kerajaan negeri yang berkuasa sekarang tidak dapat melaksanakan perancangan dan manifesto mereka sepenuhnya.

 Kerajaan pusat berkuasa untuk membubarkan Parlimen dengan memberikan nasihat kepada Yang Dipertuan Agong tetapi bagi DUN ianya adalah dibawah bidang kuasa Sultan negeri masing-masing atas nasihat Menteri-Menteri Besar negeri berkenaan.

 Jadi tidak syak lagi BN akan berhadapan dengan situasi berbeza kali ini di mana pilihanraya umum akan diadakan dalam 2 fasa iaitu pilihanraya Parlimen dan DUN negeri-negeri BN dan yang kedua pilihanraya negeri-negeri PR.

Baca Berita Penuh ..

Cara Yahudi : - Rahsia Pelajar Israel Bijak, Mereka Asing Lelaki Dan Perempuan


Antara rahsia kenapa Israel berjaya melahirkan pelajar yang bijak ialah mereka mengasingkan kelas antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Kementerian Pelajaran Israel telah mengeluarkan arahan supaya lebih banyak kelas diasingkan antara pelajar lelaki dan perempuan. Semakin ramai rakyat Israel yang berfahaman sekular memilih untuk ke sekolah yang beraliran agama.

 Kita di Malaysia bagaiamana ? Islam sudah lama menunjukkan caranya, tetapi yang mempraktikkannya ialah orang Israel. 

***********************

Published: 12/01/10, 3:16 AM / Last Update: 12/01/10, 3:14 AM

Baca Berita Penuh ..

Tuesday 28 December 2010

Blogger Umno Penipu : Setan Ni Kantoi Hasil Aksi Spy-Menyepy

 

Ini adalah Siri Empat Membongkar Fitnah Zina terhadap Adun Selising



Sekarang,Siri Keempat ini adalah sambungan kepada Siri Tiga.Secara bertanggungjawabnya,penulis akan membongkarkan helah dan penipuan Nadi Rakyat diketuai Azmy Awang Kelana Jaya,Papa Gomo,Pas Beruk dan lain-lain.

Sebenarnya,penulis sudah seperti mahu membiarkan puak-puak ini meroyan dalam facebook,namun kerana mereka siang dan malam asyik menghantar fitnah yang sama,maka penulis merasa terpanggil untuk mengkaji tulisan mereka dalam facebook dan blog mereka untuk memahami apa yang mereka cuba sampaikan dalam hal ini.Perlu diingatkan,penulis dari awal hingga sekarang tidak menyokong kalau benar-benar Adun Selising itu berzina,malah akan menentang beliau.Tapi biarlah dengan berbukti bukannya bersikap menipu seperti ini. Seawal pendedahan tersebut,penulis di bawah akaun Facebook Anak Rusa Nani secara terus-menerus menggesa Waris AMP (antara cybertroop terawal yang membangkit isu zina ini melalui Paper Warisnya). Penulis telah menggasak beliau terus-terusan untuk menyatakan tarikh dan masa zina itu berlaku,namun mereka semua mengelak untuk menjawab.

Oleh itu,dalam entri ini,marilah meneka siapa dia Saidi Hussin ini?



Saidi Hussin dikatakan sebagai Bekas Ketua Keselamatan Pas Pasir Puteh,Ketua Keselamatan Pondok-pondok Kelantan dan Bekas Ketua Keselamatan Nik Aziz.Persoalannya mana satu yang betul?Ketua Keselamatan Pas Kelantan atau Pasir Puteh atau Nik Aziz atau Pondok-pondok?Banyak benar jawatan yang ditulis oleh puak-puak pemfitnah sehingga kita sendiri tidak tahu mana satu yang benar dan mana yang satu yang tidak benar.

Dikhabarkan Si Saidi ini telah bertindak keluar Pas selepas dikatakan Nik Aziz telah cuba menyogok saksi utama kes ini sebanyak RM20 000.Oleh itu,apakah pekerjaan Si Saidi ini sekarang?Berikut apa yang penulis dapat daripada laporan Utusan Online sendiri.

Baca Berita Penuh ..

Monday 15 November 2010

Mengapa Berjaga Waktu Malam?

Mula-mula ingat nak bubuh tajuk 'mengapa tidoq lewat?' tapi bila difikirkan bagaimana dengan yang dah tidoq siang tadi. macam kurang sesuai pula. sebenarnya sejak dulu lagi saya dah tertanya-tanya apa gerangan yang dilakukan oleh para online yang berjaga waktu malam? (mungkin juga tidoq lewat)



Antara andaian yang terlintas diminda (chewah) : 

- Solat tahajud
- kerja shift malam/overtime
- orang yang jenis suka bangun lewat tidoq pun mestilah lewat
- memang sukar 'berenggang' dengan Facebook
- buat kerja kuliah
- etc?

Bagi saya pula, waktu lewat malam sesuai untuk membaca, mencari bahan yang berkaitan, saja suka-suka berinteraksi rakan-rakan maya. 


psst : monyet pun tidoq malam kan. tapi kalau bulan mengembang konpom gerombolan monyet tu suka keliaran 

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat