Labels

Showing posts with label petisyen parlimen bagan datoh. Show all posts
Showing posts with label petisyen parlimen bagan datoh. Show all posts

Monday 23 December 2013

Petisyen Parlimen Bagan Datoh Dihantar Ke Mahkamah Pilihanraya, Peluang Cerah PRK Diadakan


Apabila Mahkamah Persekutuan membuat suatu keputusan bertaraf gred "A" maka sudah pasti Zahid Hamidi kini sudah mula pening kepala.

Peluang diadakan PRK adalah cerah.

Dalam perbicaraan penuh nanti sudah pasti pelbagai bukti gred A akan di kemukakan oleh pihak membuat petisyen.

Mahkamah Persekutuan hari ini menghantar semula petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh ke mahkamah pilihan raya dan ia menjadikan nasib Ahli Parlimennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi belum dapat diputuskan. 

Panel lima hakim diketuai Tan Sri Raus Sharif, ketika membenarkan permohonan oleh dua pempetisyen berkata, sesiapa sahaja boleh memfailkan petisyen.

“Pempetisyen tidak perlu secara fizikal memfailkan petisyen itu sendiri,” katanya ketika membacakan keputusan sebulat suara itu.

Madhi Hasan dan Azmi Sulaiman memfailkan dua petisyen dengan asas bahawa Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri didakwa melakukan rasuah dan perbuatan menyalahi undang-undang.

Antaranya ialah membeli undi dan berbelanja melebihi RM200,000 untuk mendapatkan kerusi Parlimen itu.

Tahniah kepada barisan peguam yang berjaya berhujah taraf gred A.

#Kalau betul diadakan semula, agak-agak PR boleh menang ker? BN mungkin akan dibantu SPR.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat