Labels

Showing posts with label razak baginda dipannggil. Show all posts
Showing posts with label razak baginda dipannggil. Show all posts

Tuesday 20 March 2012

Scorpene : Razak Baginda, keluarga Altantuya akan dipanggil

Rakan karib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Razak Baginda adalah saksi penting untuk membantu perbicaraan terbuka skandal rasuah Scorpene di mahkamah Perancis.


Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata beliau percaya Razak Baginda akan dipanggil untuk memberi keterangan apabila mahkamah Perancis memulakan siasatan ke atas skandal Scorpene kelak.

“Razak adalah saksi yang sangat penting kerana terlibat langsung dalam urusan pembelian,” kata Cynthia ketika dihubungi KeadilanDaily, 19 Mac lalu.

Nama Razak Baginda dibangkitkan di Parlimen pada 2002 berhubung rundingan pembelian Scorpene dalam satu perjanjian bernilai USD 800 juta.

Scorpene dan satu kapal selam terpakai, Agosta hasil usahasama kerajaan Perancis-Sepanyol. Perimekar memiliki subsidiari iaitu Ombak Laut yang dimiliki sepenuhnya oleh Razak Baginda.Bercakap lanjut, Cynthia juga percaya keluarga Altantuya dipanggil ke mahkamah Perancis untuk memberi keterangan.

“Keluarga Altantuya akan dipanggil kerana mendiang adalah penterjemah urus niaga itu,” katanya.
Sepupu Altantuya, Namiraa Gerelmaa pernah tampil di Mahkamah Shah Alam dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya bermula 4 Jun 2007 dan berakhir 9 April 2009.

psst...Jib warisi madey mamak pertahan sistem perlembagaan freemason, apa salahnya jib di hadap ke mahkamah sistem freemason kan kan kan.....

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat