Labels

Showing posts with label ibu lumpuh ditinggal anak. Show all posts
Showing posts with label ibu lumpuh ditinggal anak. Show all posts

Friday 9 March 2012

VIDEO : Ibu Lumpuh Ditinggalkan Anak Dihotel

Dasar akhir zaman punya manusia!!!


Gua cukup terkilan terhadap nasib seorang ibu yang lumpuh ditinggalkan anak, anak tak mengenang jasa. dulu ibu jaga lu 24jam, tukar lampin, mandi dan sebagainya.
Barangkali ini balasan jasa lu kepada ibu lu, kalau seperti ini. neRAKALAH jawabnya.

Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.

Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.

Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.

Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.

psst....Jangan menyesal kalau dia sudah tiada nanti, tiada sejarah yang dapat memadamkan dari segala penyesalan!!!

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat