Labels

Showing posts with label ic biru. Show all posts
Showing posts with label ic biru. Show all posts

Saturday 27 April 2013

EKSKLUSIF : Ribuan Juta Ringgit ‘Diperah’ Daripada Pekerja Asing Untuk Mengisi Dana Perjuangan BN!


Azrin Ren : Rakyat palsu yang akan menolak PR 5 mei nanti, keh keh keh...itulah umno selalu kata ''rakyat kini TOLAK PEMBANGKANG'', rakyat iturrr adalah pendatang asing...keh keh keh....

Ramai di kalangan orang awam khuatir bahawa penubuhan suatu program yang dinamakan Malaysia 6P merupakan amalan pendaftaran pengundi baru, sejajar dengan Projek IC di negeri Sabah.


Ianya dianggap sebagai penubuhan suatu dana oleh kerajaan BN menggunakan pekerja-pekerja asing tanpa izin, di mana para PATI ini dibenarkan untuk mengisytiharkan status mereka dengan menjelaskan sejumlah fi sebagai membolehkan mereka diberikan sebuah permit rasmi untuk duduk di Malaysia selama dua tahun.

Namun Sarawak Report telah mendapati menerusi agen-agen yang diupah untuk memproses permit-permit itu sebagai suatu amalan untuk mengisi dana pilihanraya BN.

Di bawah program itu seramai lebih 372,000 pekerja asing dihimpunkan di kawasan-kawasan lapang, kilang-kilang dan tapak-tapak binaan dan dihantar dengan bas-bas ke pusat-pusat pendaftaran. Mereka atau majikan-majikan mereka dikehendaki membayar RM4,000 seorang untuk mendapatkan permit-permit bagi mengelakkan dari dihantar pulang ke negara-negara asal mereka dan pembayaran yang dilakukan itu seharusnya menggunakan wang tunai. Dengan amalan di mana suatu proses digunakan oleh kerajaan untuk mengarahkan sebanyak 340 agensi-agensi swasta dalam masa pemberitahuan yang singkat, keseluruhan program itu telah menwujudkan kekeliruan dan berkontroversi.

Ramai di kalangan pekerja asing itu ditipu, dan ada juga diugut atau diancam untuk dihantar pulang ke negara-negara asal mereka.

Terdapat juga kerisauan timbul bahawa butir-butir peribadi para pendatang itu berkemungkinan besar digunakan pada apa yang didakwa sebagai wujudnya nama-nama bermisteri dan alamat-alamat baru yang mengisi daftar-daftar pemilih di kawasan-kawasan yang disasarkan oleh BN.

Namun, Sarawak Report turut diberitahu bahawa tujuan utama program itu adalah untuk mendapatkan ribuan juta ringgit dalam bentuk wang tunai yang akan digunakan oleh UMNO pada pilihanraya umum yang akan diadakan nanti.

Satu setengah juta ringgit ‘dilonggokkan’ sehingga mencecah siling bilik setor!

Dengan seramai 370 ribu orang membayar RM4,000 seorang, kita mengandaikan sejumlah RM1,500,000,000 atau 1.5 ribu juta ringgit dalam bentuk wang tunai terpakai!

Suatu sumber yang memberitahu Sarawak Report bahawa seorang agen melonggokkan wang itu di dalam sebuah bilik kecil di sebuah rumah dan dikhaskan untuk dikutip oleh bos-bos politik mereka. Dengan dakwaan yang dilemparkan, maka jelaslah bahawa Jabatan Imigresen bertanggungjawab melaksanakan program Malaysia 6P dengan telus mengenai amaun dan kos program dan juga berapa jumlah wang yang telah dikutip oleh Negara.

Irene Fernandez dari Tenaganita, sebuah NGO yang mempertahankan hak asasi pekerja-pekerja yang terjejas, berkata terdapat tiada perincian dalam kos dan perbelanjaan yang terlibat setakat ini.

“Kami faham bahawa sistem biometric itu bernilai RM335, dan RM300 dikaut oleh para agen yang terlibat,” katanya, “dan kami juga tahu bahawa RM180 untuk yuran menjalani ujian perubatan, itu sahaja”.

Irene Fernandez telah juga mengesahkan bahawa kesemua pekerja yang diwakilinya itu dikehendaki menjelaskan wang tunai kepada agen-agen mereka bagi mendapatkan permit-permit yang diperlukan. Irene memberitahu Sarawak Report bahawa dia tidak terkejut bahawa terdapat dakwaan yang mengatakan sejumlah besar dari wang itu dikhaskan untuk BN.

Dengan 10,000 orang pekerja asing yang berdaftar itu berhadapan dengan kemungkinan dihantar pulang ke negara-negara asal mereka, menghadapi penipuan dan amalan-amalan kurang adil oleh pihak agensi yang diupah oleh BN, kini terdapat banyak makumat telah didedahkan mengenai hubungan antara agensi-agensi yang dipilih oleh Jabatan Imigresen dan BN/UMNO.

Suatu contoh yang ketara mengenai hubungan kroni adalah SNT Universal Corporation, di mana para pegawai mereka menganiaya pekerja-pekerja asing yang sepatutnya diberika pas-pas kerja.

Seorang Pengarah syarikat, yang merupakan seorang bekas Menteri Dalam Negeri, Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang telah mendapat kedudukannya sebelum pengisytiharan pengampunan pada bulan Mei 2011 itu.
 Menurut kajian yang dilakukan oleh Free Malaysia Today, SNT juga dikaitkan dengan badan-badan korporat yang lain yang didakwa menyamar sebagai pekerja palsu bertujuan untuk menahan pendatang-pendatang tanpa izin dan mendaftarkan mereka di bawah program Malaysia 6P itu.

Maka, adakah kesemua wang itu akan diagih-agihkan kepada UMNO dan kroni-kroni mereka? Jika betul, maka ianya dilihat sebagai memperjudikan nasib orang-orang miskin di Malaysia. Adakah orang-orang miskin itu akan disogokkan dengan sedikit dari wang kutipan itu pada musim pilihanraya nanti?

#Itu jolah yang UmnoBN mampu....

Baca Berita Penuh ..

Friday 5 April 2013

RAKYAT SENDIRI : Sudah 20 Tahun Tetapi Ada Tarikh Luput Pada IC?


PELIK TAPI BENAR

 Chin Mei Sing, 20 tahun, dilahirkan di Hospital Jasin Melaka. Berketurunan Serani, dipelihara oleh keluarga Cina sejak berusia tiga hari.

 Kad Pengenalan berstatus PEMASTAUTIN SEMENTARA.
 Ada tarikh luput : 21.12.2013

 Nasibnya sangat malang, status IC lebih teruk dari pendatang asing yg ada IC merah. Beliau ada Surat Beranak, tapi ic seperti ini tiada hak apa2 yg diperolehi.

 Bayangkan, pendatang Sulu, Bangladesh, Indonesia, Siam,dll senang2 boleh dpt IC; rakyat sendiri, ada tarikh luput!!!

 Cerita selanjutnya akan menyusul....

#monopoli dalam bidang komunikasi, makanan ada, farmasi dan penerbangan awam kemungkinan besar antara yg paling terkesan sekiranya pakatan rakyat memenangi pilihan raya umum 2013, kata sebuah badan kajiselidik. - Kata media arus UmnoBN

Baca ni : orang kampung mungkin tak kenal susuk nama nama dibawah ni. tapi yang berpendidikan, berpelajaran, yang belajar abroad, yang pegang jawatan tinggi mustahil tak tahu nama nama ni. adakah masih mahu hari hari kita di malaysia bergantung pada mereka? 

syed mokhtar 
tony fark*r 
ytl 
vincent tan 
ananda 
robert kuok 
mirzan 
mohkzani 
dll 

PR belom menang, tapi cukong cukong belaan UMNO BN sudah ketakutan.!

Event Show Anjuran Puteri Umno.....Baru aku tau sebab apa depa sokong Umno....


Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat