Labels

Showing posts with label skandal sex. Show all posts
Showing posts with label skandal sex. Show all posts

Tuesday 9 April 2013

PRU13 : Datuk Seri Najib Razak Secara Terbuka Akui Manifesto Pakatan Rakyat Pratikal



"Datuk Seri Najib Razak dan seluruh kepimpinan Umno BN secara langsung dan terbuka akhirnya mengakui manifesto Pakatan Rakyat mendepani pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) adalah satu jaringan perancangan yang amat pratikal dan boleh dilaksanakan andai Pakatan Rakyat menang dan diberi peluang untuk mentadbir negara selepas PRU-13.

Perakuan, pengiktirafan dan penghargaan oleh Datuk Seri Najib Razak serta kepimpinan Umno BN terhadap intipati manifesto Pakatan Rakyat ini dilafaskan serentak dalam majlis perlancaran manifesto Barisan Nasional untuk PRU-13 akhir minggu lalu.

Dalam keadaan ketandusan pemimpin berilmu dan cerdik pandai dalam Umno BN, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menciplak hampir 100 peratus intipati manifesto Pakatan Rakyat yang pada awalnya dikatakan sebagai bakal membangkrapkan negara.

Selagi Umno BN Perintah, selagi itulah khazanah rakyat diratah.. !!

Nota ringkas buat macai dan calon pru-13 PKR

Tindakan meniru dan menciplak hampir keseluruhan manifesto Pakatan Rakyat oleh Umno BN dengan sendirinya membuktikan seluruh kepimpinan Umno BN menerima, menghargai dan mengakui idealisma yang dibawa oleh Pakatan Rakyat melalui manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU-13.

Oleh yang demikian, Kerajaan Rakyat menasihatkan kepada para pemilih dalam pilihan raya umum ke-13 nanti agar memahami maksud tersirat Datuk Seri Najib Razak;
"Umno BN tidak mempunyai pakar perancang dan pentadbir negara yang berkemampuan, justeru; Rakyat harus beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui negara selepas PRU-13". ~ Najib Razak.

#BN memang suka menciplak...fitnah anwar homosex pun ciplak jugak..cipak dari idea mana tau...idea dari kes scandal sex bekas presiden amerika syarikat bill clinton. selepas kes tulah.. BN dapat idea untuk mengguna isu yang sama untuk menjatuh datuk seri anwar ibrahim...


Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat