Labels

Showing posts with label sheik qardawi. Show all posts
Showing posts with label sheik qardawi. Show all posts

Saturday 14 January 2012

Anwar Bebas : Fakta Yang Utusan Taknak Tunjuk.


Perkara atau laporan di atas adalah apa yang dilaporkan oleh Utusan @ Lidah Rasmi UMNO berikutan keputusan Mahkamah yang membebaskan DS Anwar Ibrahim, dari tajuk yang terpampang jelas ianya adalah satu laporan yang cuba memburuk-burukkan DS Anwar Ibrahim.

Laporan di bawah pula adalah apa yang di siarkan oleh laman web rasmi Presiden Kesatuan Ulama Dunia, yang tidak akan disiarkan oleh mana-mana media yang menjadi tunggangan UMNO/BN..


LAMAN web rasmi Presiden Kesatuan Ulama Dunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyiarkan ucapan tahniah daripada Ulama kotemporari terkenal dunia Islam itu kepada Anwar Ibrahim berhubung pembebasannya terhadap tuduhan liwat baru-baru ini.

Ulama yang menjadi rujukan dan begitu dihormati oleh dunia Islam itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web itu menyampaikan mesej tahniah kepada Anwar Ibrahim yang juga bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat.

"Kami kirimkan kepada anda hati yang dipenuhi dengan kegembiraan, mulut yang tersenyum kerana telah ditunjukkan oleh Allah bahawa anda tidak bersalah melalui kuasa mahkamah, dan kerana Allah bersama anda disertai kasih dan hormat dari rakyat"

Sumber : Milo Suam

psst...menteri umno dan pakjib dikelilingi perasuah, pemfitnah, anwar ibrahim dikelilingi ulama-ulama dan pecinta keadilan.

Baca Berita Penuh ..

Thursday 12 January 2012

Sheik Qaradawi Ucap Tahniah Kepada Anwar



Kepada Mereka yang belajar Arab Boleh terus baca,
kepada mereka yang buta Arab mcm aku (kecuali baca Quran)
Aku dah tolong terjemahkan setakat mampu kat bawah ni
Semoga mudah difahami. faham-faham jelah google translate

"Dr Yusuf al-Qaradawi menghantar mesej tahniah kepada
Encik Anwar Ibrahim, Bekas Timbalan Perdana Menteri Malysia
dan Penasihat Parti "Keadilan Rakyat," selepas keputusan itu
membebaskannya daripada pertuduhan terhadapnya.

"Ketua Kesatuan Ulamak Islam Antarabangsa dalam mesejnya,
kami akan menghantar kepada anda hati dipenuhi dengan
kegembiraan dan tersenyum mulut kerana ditunjukkan oleh Allah
tidak bersalah anda menurut kuasa mahkamah, dan kerana Tuhan
bersama anda dengan kasih sayang orang, dan rasa hormat dari rakyat"

"Kasih sayang dan rasa hormat daripada rakyat Malaysia, adalah
produk langsung usaha anda terhadap pembaharuan politik,
yang dijangka anda akan terus walau di mana "

-Qaradawi.net-

ok ini je yang dapat aku terjemahkan melalui google translate
aku memerlukan bantuan2 rakan2 belajar arab untuk terjemahan
yang selebihnya.. Nyesal aku belajar Arab sekerat-sekerat,
dah nampak dah kesannya.. "."..

Berita ini dipetik dari blog : Milosuam
Namun bagi mereka yang jenis-jenis mahu kan bukti macam aku,
bolehlah kalian ke Qaradawi.net.. untuk capaikan terus click bawah
Dr Yusuf Qaradawi Ucap Tahniah kepada DS Anwar Ibrahim

psst...Papagomo dan blogger-blogger upahan PAKJIB bila nak ucap tahniah kepada bang nuar??

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat