Labels

Showing posts with label anwar nasihat mahathir. Show all posts
Showing posts with label anwar nasihat mahathir. Show all posts

Thursday 8 March 2012

BONGKAR!!!! : Bekas Hakim Dedah Mahathir Menceroboh Badan Kehakiman

Institusi Kehakiman negara telah gempar apabila bekas hakim telah mendedahkan satu percerobohan yang berlaku terhadap badan kehakiman negara. Penceroboh tersebut telah dikenalpasti sebagai Mahathir Mohamad. Seorang Diktaktor Kukubesi yang cukup terkenal dengan pembangunan untuk menutup segala kesalahan yang lalu.

''WAAAAAA...aku nak letak jawatan....walaupun aku sudah letak jawatan..aku nak pekena paklah pula..waaaaa'''

Menurut Bekas Ketua Hakim,Tun Dzaidin Abdullah. Pencerobohan ini berlaku apabila mahkamah-mahkamah malaysia terpaksa tunduk kehendak ahli-ahli politik dalam cabang Badan Eksekutif. Ia berpunca daripada Mahathir Mohamad si Kukubesi. Ini kerana pindaan 121 perlembagaan persekutuan pada pemerintahan si Kukubesi pada 1980-an telah melemahkan sayap institusi kehakiman negara.

Akibat pindaan tersebut, badan kehakiman telah dikurangkan kuasa dan badan tersebut hanya mendapat kuasa apabila Parlimen memberi kuasa. Ini bermakna Sistem di Malaysia yang dahulu mempunyai 3 badan utama telah menjadi dua disebabkan pindaan tersebut. Ia juga telah menguatkan lagi kuasa Parlimen daripada kuasa Kehakiman.

Situasi ini amat buruk kerana badan kehakiman sudah hilang intergriti dan terpaksa mendengar suara-suara sumbang dari Parlimen. Ini telah mencabul kebebasan badan kehakiman untuk membuat sebarang keputusan. Bagi saya, pindaan ini telah membuktikan sesiapa yang mempunyai suara majoriti didalam parlimen boleh menggunakan badan kehakiman sesuka hati. Adakah ini yang dimaksudkan dengan Badan Kehakiman Berintergriti?? cukup memalukan apabila mempunyai badan kehakiman yang tidak mempunyai kebebasan tersendiri.

Pendapat ini juga turut disokong oleh Bekas Hakim Mahkamah Agung, Tan Sri Azmi. Menurut beliau, Mahathir telah menunjukkan sikap Kukubesi beliau apabila beliau mahu meletakkan badan kehakiman dibawah kuasanya dengan meminda perkara 121 perlembagaan persekutuan.

Insiden pencerobohan kedua Badan kehakiman berlaku apabila pemecatan Tun Salleh Abbas dan dihadapkan ke Tribunal yang telah membawa tiga hakim mahakamah agung di pecat dan selebihnya digantung. Ini berlaku apabila kes yang dibawa oleh Tengku Razaleigh berkenaan Umno. Keputusan yang dibuat para hakim telah membawa kemusnahan kepada Mahathir. Lalu mahathir telah mengambil keputusan untuk memecat Tun Salleh Abbas dan arahannya juga tidak boleh dilaksanakan.(Selanjutnya)

Inikah yang dikatakan Badan kehakiman negara yang berintergriti. Bagi saya badan kehakiman negara sekarang adalah suara majoriti Parlimen. Ini membawa maksud sesiapa yang memenangi PRU ke 13, merekalah yang mendapat kuasa mutlak untuk melakukan apa sahaja tanpa ada bantahan yang kuat. Cukup menyedihkan. Ayuh rakyat bangkit untuk menuntut kebebasan badan kehakiman diberi semula. AYuh lakukan Reformasi.

Tahukah Anda??? : Jabatan, Kementerian, Institusi adalah sistem british, sebab apa? sebab kita diperintah oleh boneka yang bersistemkan perlembagaan dan undang-undang british, negara ktia belum merdeka sepenuhnya.

psst....Najib harus dihina..sebab dia penyamun......

Baca Berita Penuh ..

Wednesday 1 February 2012

Anwar Nasihatkan Mahathir Supaya 'Duduk Diam-Diam'

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menasihatkan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed supaya “duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah” serta tidak ‘menyerangnya’ tanpa sebarang asas.

''hehehe....gua sedang skodeng''

Katanya, beliau sudah lali dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya sejak bertahun-tahun itu.

"Itu orang tua belum habis lagi ka? Sudah la tu. Dia dan keluarga sudah kaya-raya, Mirzan dah berbilion.

"Cukuplah, duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah," katanya kepada lebih 1,000 hadirin di acara rumah terbuka Tahun Baru Cina PKR Batu di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jinjang Selatan, Kuala Lumpur.

Anwar yang juga ketua umum PKR mengulas serangan bekas ketuanya pada Isnin lalu yang berkata bekas timbalan perdana menteri itu memang mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi dan malah berkawan dengan anggota kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi.

Mahathir juga dilaporkan berkata Anwar suka jika dipuji oleh orang Barat.

"Dia kata saya dekat dengan orang Israel. Dulu dia kata saya ikut orang Cina. Kalau jadi PM, saya akan jual negara ini pada orang Cina."

"Dey ane! Mana satu ini.

"Hari itu saya pergi majlis Ponggal, saya pakai topi India. Macam MGR (bintang filem India). Nanti dia kata saya ikut orang India pula!" sindir Anwar.

Ucapannya disambut dengan tepukan gemuruh daripada hadirin yang sebahagian besarnya masyarakat Cina yang telah menyambut beliau dengan paparan tarian singa sebelumnya.

Anwar juga diraikan dengan hidangan ‘yee sang’ dan disertai oleh pemimpin-pemimpin PKR serta komponen Pakatan yang lain.

Turut hadir Naib Presiden PKR yang juga ahli parlimen Batu, Tian Chua dan ahli parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.

Selain di Jinjang, Anwar turut mengunjungi Tokong Pooling Keong, di Setapak, perumahan rakyat di Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Little India di Brickfields.

Anwar juga berkata, Pakatan Rakyat mahu mengambil alih Putrajaya dari kerajaan yang mengamalkan rasuah dan dasar memecah belahkan kaum.

“Kita tak mahu kerajaan yang ‘pu hau’ (tidak baik) dan ‘siau ren’ (orang yang bingung)

“Di sini dia (kerajaan) cakap tentang satu Malaysia, tapi di sana ada kes baling kepala babi (di masjid). Di sini dia kata nak jaga rakyat, tapi tanah, balak beri pada anak bini menteri.

“Sampai ‘lembu’ pun dia nak angkat,” katanya merujuk skandal National Feedlot Corporation (NFC), sambil disambut ketawa orang ramai.

Justeru, katanya, rakyat tidak ada pilihan selain menolak kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.

The Australian Jewish News pernah lapor Tun Mahathir bersahabat dengan Yahudi sejak dari Universiti lagi.... ;-)

Menurut apa yang pernah disiarkan oleh The Australian Jewish News pada 17 Julai 2009, Tun Mahathir dikatakan bersahabat dengan seorang Yahudi Singapore bernama Yahya Cohen... ;-)

Yahya Cohen yang kemudiannya menjadi Pengerusi Persatuan Perubatan Singapura adalah rakan sekelas Dr Mahathir sewaktu beliau belajar di Universiti Malaya di Singapore.... ;-)

Dan dalam artikel yang berjudul ‘Life in Jewish Malaysia’ itu Tun Mahathir juga dilaporkan sering berutus surat dengan Yitzak Rabin, bekas Perdana Menteri Israel... ;-)

Malah Tun juga didakwa pernah mengajurkan lawatan sambil belajar bagi kanak-kanak Yahudi dari Israel untuk bertemu kanak-kanak Islam di Malaysia... ;-)
 
Selain itu Tun juga dilaporkan telah membawa masuk seorang intellek Yahudi tersohor ke Malaysia untuk satu lawatan rasmi... ;-) 

AzrinRen : Lu sendiri yang pedajal anwar lu sendiri yang tanggung, kalau lu terhebat dan terkuat. kenapa lu takut bertanding pemilihan UMNO dengan anwar dulu?? lu tipu lakyat pada zaman mesin taip boleh laa...sekarang lu tak boleh tipu rakyat dah. sebab rakyat dah celik IT. lu jangan jadi melayu muda lupa ya. lu kena ingat apa yang lu lakukan terhadap penduduk Islam dimemali dulu. lu ajar polis menjadi jahil sehingga ada anggota polis semasa itu mengeluarkan kata-kata ''PERGI JAHANAMLAH DENGAN ISLAM!!!''..lu ingat? kalau lu tak ingat. sah lu melayu mudah lupa!!!  

psst....madey kutty..lu dok diam-diam ok..contohi paklah..sekian....

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat