Labels

Showing posts with label lim kit siang. Show all posts
Showing posts with label lim kit siang. Show all posts

Thursday 25 April 2013

Sokongan Kaum India Terhadap BN Johor Di Tahap Terbaik - Abdul Ghani


Azrin Ren : Nak jadi wakil rakyat, Tugas dan amanahnya tak kira kepada sesiapapun walaupun terhadap kaum kerabat sendiri, Kita kena adil, Islam tak ajar kita menjadi seorang yang berat sebelah, Yang memilih yang melantik kita jadi YB bukanya kaum kerabat sahaja, Tetapi rakyat jelata juga yang memilih dan melantik kita menjadi seoang wakil rakyat. Jadi kalau nak jadi wakil rakyat gara-gara nak membantu kaum kerabat sahaja, Baik pergi mampos, Toksah jadi wakil rakyat yer...

Sokongan kaum India terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) di Johor berada di tahap terbaik berikutan keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kaum itu, selain usaha transformasi yang dilakukan beliau.


Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman berkata kerajaan negeri yang dipimpin beliau sepanjang 18 tahun lalu, juga banyak memenuhi kehendak masyarakat India dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan, sosial dan keagamaan.

"Dalam tempoh tersebut, kita telah penuhi banyak kehendak masyarakat India seperti di Gelang Patah empat buah sekolah (Jenis Kebangsaan Tamil) dapat tapak dan peruntukan baharu, sehingga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kangkar Pulai berjaya muncul sebagai Sekolah Amanah terbaik daripada 10 sekolah di seluruh negara," katanya.

Heehehehe...ini dia kaum india yang pak ghani maksudkan iturrr.....


#Ayat syok sendiri dari pemimpin UmnoSyaitan....pandai putaq dan pandai belit....

Baca Berita Penuh ..

Friday 31 December 2010

PRK : - ‘Third Force’ Bantu Kempen Pakatan Di Tenang.


psst : Awas Blogger UMNO...PR akan kembalikan amukan bala tentera bloggernya menjelang pru13 yg semakin dekat. 
 Di sebalik tanggapan bahawa ‘bertegang leher’ dengan Pakatan Rakyat, Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM), yang diketuai blogger berpengaruh Raja Petra Kamarudin, bersedia untuk membantu perikatan itu ketika pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang akhir bulan depan.

Editor Malaysia Today yang lantang ini, yang kelihatan berselisih dengan kepimpinan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini, mula mengetepikan perbezaan ideologi mereka untuk memfokus pada perjuangan bersama - menghalang Barisan Nasional (BN) daripada merekodkan satu lagi kemenangan pada 30 Januari ini.
 
BN menang dua pilihan raya kecil serentak awal bulan lepas. 

“Majlis Perwakilan PAS UK & Eire, Friends of Pakatan Rakyat dan MCLM akan berganding untuk mengutip dana bagi (membiayai kempen) pilihan raya kecil Tenang.

“MCLM juga akan berkempen pada pilihan raya kecil,” kata Raja Petra yang mengetuai gerakan yang berpejabat di London itu menerusi ruangan beliau “No Holds Barred” hari ini.

Raja Petra yang turut dikenali sebagai “RPK” menambah, kempen gerakan itu akan diterajui blogger Bernard Khoo.

MCLM didaftar di London dua bulan lalu dianggap sebagai ‘Third Force’, yang turut menimbulkan kerisauan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat akan diwakili oleh calon PAS di Tenang. Bagaimanapun Raja Petra membisu sama ada dua calonnya yang dinamakan setakat ini untuk diturunkan pada pilihan raya umum ke-13 iaitu Malik Imtiaz Sarwar dan Sreekant Pillai akan turun berkempen di Tenang.

Malik memberitahu The Malaysian Insider, beliau tidak disertakan dalam barisan kempen dan tiada sebarang rancangan untuk muncul di Tenang bagi membantu calon Pakatan Rakyat.

“Saya tidak dalam MCLM. Saya fikir MCLM boleh menguruskannya,” kata peguam dan aktivis hak asasi manusia ini. Pun begitu beliau tidak menolak kemungkinan untuk menyertai kempen itu kelak.

Baca Berita Penuh ..

Thursday 16 December 2010

Kerajaan nafi Planet X akan langgar bumi

Kerajaan hari ini menafikan dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Maximus Ongkili berkata Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.

"Pihak NASA telah mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya. Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung.

"Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Shamsudin Mehat tentang pendirian kerajaan berhubung dakwaan tersebut.

Dakwaan berhubung Planet Nibiru akan melanggar Bumi mula dibangkitkan pada tahun 1995 namun semakin hangat dibincangkan oleh orang ramai terutamanya di internet sejak tahun lalu.

psst : - hehehe..Wallahualam..kalau betul awatnya...hehehe...takut ker...kalau betul pun..elok sangat la manusia boleh berhenti menjadi manusia yg lalai bermainan alat-alat yahudi yg bernama facebook dan lain-lain seangkatan dengannya...yg bukak dedah sana dedah sini bolehlah di lenyet-lenyet..heheheh...

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat