Labels

Showing posts with label pdrm. Show all posts
Showing posts with label pdrm. Show all posts

Sunday 5 February 2012

PRU13 Separuh Kedua 2012 Sebab NFC & SBPA


Sumber itu menambah pentadbiran Najib percaya terlalu berisiko untuk memanggil pilihan raya umum sekarang disebabkan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan mengenai soal kenaikan gaji untuk 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam.

“Skandal NFC menjejaskan BN. Perlu mencari jalan penyelesaian segera,” katanya.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati projek itu tidak mencapai matlamat, sehingga membawa kepada pendedahan penyelewengan oleh pembangkang.

Sumber berkata Najib terkejut apabila kenaikan berjumlah RM2.7 bilion dalam skim gaji baru tidak dapat memuaskan kakitangan awam. - Sumber Dari LiangLahad

psst....Masalah NFC atau lain-lain bukan keutamaan kepada rakyat malaysia, kususnya melayu. sebab melayu adalah bersifat pentingkan diri sendiri, tidak seperti bangsa-bangsa di luar negara, kerana masalah dan salahlaku kerajaan, semua bangkit dan menentang. orang melayu kita ni lain dan pelik, tak kena ke batang hidung mereka sendiri, mereka biasa ja boleh rilek. Kalau kena kat mereka sudah tentu baru nak menggelabah. itulah sikap pentingkan diri sendiri bangsa melayu kita ni.

Baca Berita Penuh ..

Saturday 21 January 2012

Akhbar Australia Lapor Rosmah 'berbelanja besar'

Akhbar Australia lapor Rosmah 'berbelanja besar'

Tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media Australia hari ini - kali ini di Sydney.


Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana "sekitar dua minggu lalu".

darling hotel sydney australiaMenurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam (kanan) di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya'

psst...Rosmah pakai emas, Rakyat pakai kayu...

Baca Berita Penuh ..

Wednesday 18 January 2012

'Tindakan Mahkamah Jika BERSIH Ke Jalanan Lagi'


Peserta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Pakatan (BERSIH) akan berdepan dengan tindakan jika mereka sekali lagi turun ke jalanan dan mengadakan himpunan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Kalau ada yang turun lagi ke jalanan, mereka akan berdepan dengan tindakan undang-undang," kata Nazri pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan Selasa lalu yang mengumumkan bahawa NGO itu tidak akan teragak-agak untuk sekali lagi turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Azrin Ren : Hek ele...ayat ni dah berapa kali encik nazri nak ulang?? dulu dah keluar dah perkataan gertakan ni. tetapi rakyat sentiasa turun. rakyat bukan kecut bola macam hang nazri, hang pula tunggu masa nak kena tindakan undang-undang nanti apabila hang kehilangan kuasa termasuk geng-geng seangkatan dengan hang. ingat rakyat bodoh nazri. ugut mengugut ni adalah cara orang pengecut. porah...turun tetap turun...hang gempaq budak-budak pun belum tentu budak-budak takut kat hang. ayat murahan dari UMNO. sekian...

psst...Nazri dah kecut bola...kekeke..

Baca Berita Penuh ..

Tuesday 3 January 2012

Kena Kat Batang Hidung Sendiri...

Baju Dan Songkok Anwar Pun UMNO Takut...

Tertarik dengan satu berita di Malaysiakini mengenai seorang bloger UMNO yang menyertai DAP!Tak percaya baca di sini. Penulis blog Sakmongkol AK47 yang juga bekas ADUN Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz dilaporkan telah menyertai DAP.Selain Sakmongkol yang merupakan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004, turut dikatakan berbuat demikian ialah seorang lagi penulis blog Umno dan veteran parti itu, Aspan Alias

Antara katanya " “Sebagai contoh, kami berdua merasakan Umno sudah bertukar watak menjadi suatu Frankenstein yang tidak lagi boleh dikawal.UMNO yang telah lama disebarkan sebagai perosak melayu akhirnya disedari oleh ahlinya sendiri yang kini mula tertarik dengan DAP yang menurutnya lagi:

“Saya percaya DAP kini lebih relevan dan berfungsi daripada Umno dalam membina negara yang lebih demokratik dan bebas". Dan

“Dalam DAP saya boleh bercakap tentang jerih perih Melayu terpinggir dengan lebih bertenaga berbanding dengan di dalam Umno".

Selanjutnya boleh baca sendiri di berita asal Malaysiakini untuk mengetahui cerita penuh mengenai perkembangan ini.Arif Sabri dengan tegas menyatakan:

“Sebagai Muslim, saya menukar wadah, bukan akidah…dan ini sangat ditakuti Umno. Mereka risau monopoli mereka ke atas Melayu kini berakhir,”

Sekaligus mendedahkan pembohongan UMNO terhadap DAP selama ini.Mat Sabu turut melapurkan bahawa semakin ramai anak muda melayu tertarik dengan DAP, bukan UMNO atau PAS atau PKR.Fenomena politik baru!!!!!

Ambik kau! UMNO pembela melayu konon!

psst....Sesuai jadi pembela bangla...

Baca Berita Penuh ..

Sunday 1 January 2012

Flash Mob V for Vendetta Turun ‘Menakluk’ Dataran Merdeka!!!


Sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka di sini semalam digegarkan dengan “flash mob” atau demonstrasi kilat yang menuntut hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara yang semakin dikekang oleh Kerajaan Barisan Nasional. Flash Mob yang bertemakan elemen-elemen dari filem terkenal “V for Vendetta” itu dihadiri puluhan anak muda berbilang kaum dan latar belakang daripada Gerakan Occupy Dataran

Mereka berjaya mencuri perhatian hadirin yang membanjiri Dataran Merdeka bagi sambutan Tahun Baru.

Peserta flash mob itu menarik perhatian ramai dengan memakai topeng putih “Guy Fawkes” yang dipopularkan filem “V for Vendetta” sambil bersorak dan menghasilkan bunyi gendang yang kuat.

Mereka juga membawa kain rentang dengan perkataan “Occupy Dataran untuk Merdeka” yang diilhamkan oleh gerakan “Occupy” yang berlaku seluruh dunia.

Gerakan “Occupy” mengajak masyarakat awam supaya mengambil-balik ruang-ruang dan institusi awam yang telah ditakluk dan digunakan oleh golongan elit bagi memperkayakan diri mereka sambil menidas golongan bawahan.

Flashmob “V For Vendetta” berjaya mengalihkan perhatian orang ramai yang sedang menyaksikan konsert percuma di dataran dengan melepaskan beberapa butir “signal flare” sebelum acara bunga api bermula.

Akan tetapi, pihak polis menahan tiga daripada peserta flash mob itu dan merampas kain rentang mereka. Ketiga-tiga pemuda itu dibawa ke balai polis  bergerak. 

Baca Berita Penuh ..

Tuesday 25 January 2011

Doraemon : - UMNO Nak Sekat Kebebasan Internet!!!



psst : Lepas saman ekor, naik harga, cukai astro, lepas ni nak sekat kebebasan internet pulak, buatlah umnobongok kalau nak undi rakyat semakin berkurangan. nampak sangat umnobongok ni penakut sebab ramai-ramai rakyat dibandar-bandar dan berpelajaran tinggi tak layan tv3 suku, rtm dan utusan meloya. mereka lebih suka mencari maklumat sebenar di internet. tu sebab rating utusan menurun amat berbeza dari dahulu.

Langkah terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya Internet hari ini menerima bantahan keras daripada golongan pendukung kebebasan media.
Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.

Presidennya, Hata Wahari berkata ia satu "usaha ke kebelakang" yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia.

Beliau mengulas tindakan KDN untuk meminda akta tersebut supaya meliputi media dalam talian dan juga pengenalan satu garispanduan baru berkaitan kesalahan hasutan di ruang maya Internet.

"Sehubungan itu NUJ Malaysia meminta KDN agar menghentikan segala usaha untuk meminda PPPA bagi tujuan mengawal kandungan Internet termasuk laman berita, blog dan Facebook.

"Sebaliknya NUJ Malaysia menuntut agar KDN melakukan pindaan bagi memberikan kebebasan kepada media cetak untuk beroperasi dengan lebih bebas," kata Hata lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kerajaan juga perlu menghapuskan ketetapan kepada pengusaha media supaya memperbaharui permit akhbar setiap tahun dan memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menerbitkan akhbar berkenaan tanpa permit KDN.

'Bantahan akan lebih meluas'

Baca Berita Penuh ..

Saturday 25 December 2010

Sistem 1Malaysia : - Sistem saman ekor bakal diswastakan



BloggerzExpress : - Tidak mustahil suatu hari nanti SPR, SPRM, PDRM, Kementerian Pendidikan, JKR, dan lain-lain lagi akan di swastakan. Malaysia pun akan diswastakan jadi Malaysia Sdn. Bhd...Tidak semua masalah dapat diselesaikan melalui penswastaan..dari sudut lain penswastaan menggambarkan betapa malasnya pemimpin berkhidmat kepada rakyat.maklumlah setiap perbuatan nak tuntut ganjaran material tapi masa kempen bukan main lagi kata nak berkhidmat dengan ikhlas,jujur dan rakyat untuk rakyat'...poodahh..

UMNO dan Barisan Nasional sudah tidak mampu menyelesaikan beratus-ratus masalah rakyat termasuk isu saman ekor yang sudah berlanjutan bertahun lamanya.jib penghisap darah rakyat Malaysia mahu menswastakan pula sistem pengutipan saman ini. 

Setelah 53 tahun memerintah, kerajaan UMNO tidak ada wang. Ini dapat dilihat apabila kesatuan sekerja menuntut bonus tahunan mereka.Bukan sahaja setakat itu.

Harga petrol ditingkatkan. Bayaran pengangkutan awam naik. Harga barang keperluan pengguna naik. Perkhidmatan naik. Utiliti naik. Semuanya naik.

Malaysia sebenarnya sebuah negara yang sangat kaya. Getah, kelapa sawit, bijih, minyak, balak, emas dan memiliki berpuluh hasil keluaran lain. Ke mana pergi hasilnya ?

Seorang ketua UMNO bahagian diberi paling busuk satu juta melalui projek-projek ihsan, bayangkan berapa juta di'kebas' oleh mereka.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat