Labels

Showing posts with label tunisia. Show all posts
Showing posts with label tunisia. Show all posts

Tuesday 1 February 2011

Live : - Kejadian Sebenar Di Mesir.


Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi Tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk berdemo. 

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riuh baru kecoh satu dunia. 

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir 

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar. 

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat 

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis Blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung. Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana. 

Baca Berita Penuh ..

Saturday 29 January 2011

Revolusi : - Titik Persamaan Tunisia-Malaysia

 
Kebangkitan rakyat Tunisia menumbangkan kerajaan korup dan zalim hampir pasti merebak ke Malaysia kerana ada persamaan ketara antara dua-dua negara itu, kata pemikir Islam moden, Ziauddin Sardar.

Bercakap pada sidang media, hari ini, beliau menamakan masalah kebebasan institusi kehakiman dan kebebasan media di Tunisia dan Malaysia, sebagai titik persamaan utama kedua-dua negara itu.

“Sekiranya institusi kehakiman dan dasar media di Malaysia bebas tanpa dipengaruhi pihak penguasa, saya bersetuju kebangkitan rakyat di Malaysia mampu berlaku.

“Lebih-lebih lagi negara ini diperintah oleh penguasa zalim dan terpalit dengan sistem rasuah,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan pada Seminar Critical Islam  anjuran bersama Institut Kajian Dasar (IKD) dan Yayasan Selangor di Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya, hari ini.
Ziauddin Sergar sehingga kini menghasilkan 45 buku termasuk ‘Kembali Ke Masa Depan; Syariat sebagai Metodologi Pemecahan Masalah’ terkenal terutama di negara Islam.

Beliau juga sering diundang dipelbagai program televisyen selain mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa kerana keberjayaan pemikirannya berkaitan isu Islam.

Turut hadir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi IKD, Khalid Jaafar; Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yussof, golongan intelek dan profesional dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Bagaimanapun, Ziauddin berkata, istilah yang sesuai digunakan di Malaysia bukan revolusi tetapi transformasi kerana beberapa sistem di Malaysia memerlukan reformasi menyeluruh terutama melibatkan media dan institusi kehakiman.

Beliau berkata, antara punca berlaku revolusi di Tunisia kerana rakyat negara itu tidak tahan dengan penindasan rakyat akibat kenaikan harga barang yang melampau, dan ia turut berlaku di Malaysia.

psst : - Kebangkitan rakyat seperti yang berlaku di Tunisia dan Mesir sekarang tidak akan merebak ke Malaysia kerana bangsa Melayu adalah penakut. Mereka lebih bimbangkan masa depan persekolahan anaknya dan bimbangkan beras di dalam bekas yang semakin sedikit dari bimbangkan kejahatan pemerintahan UMNO.
Bangsa Melayu akan tetap sokong UMNO walaupun UMNO parti perasuah!!!

Baca Berita Penuh ..

Thursday 27 January 2011

Harga Barang : - Blogger UMNO Sendiri Yg SAHKan :D


hadiah terbaik Kerajaan kepada Rakyat,Rakyat didahulukan,memang tepat sekali,mari main teka-teki lepas ni barang apa yang naik pulak?

mintak lah sesangat naik cepat2.. tolonglah naik.. naik tinggi sekit.. takat 40-50 sen tuh macam tak best jah.. kalau boleh kasik naik 4-5 ratus hengget ... sedap seket halwa telinga nih dengor... jangan korang risau.. melayu tetap pangkah korang... tapi jangalah lupa selitkan kain pelikat, atap, gula2 hacks masa PRK /PRU nanti.... "BN Menang Rakyat Senang"... hahahahaha...

 psst : - "BN Menang Rosmah Senang"

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat