Labels

Showing posts with label pergaduhan di kfc. Show all posts
Showing posts with label pergaduhan di kfc. Show all posts

Thursday 9 February 2012

Lagi Video Maki Hamun Di KFC

Disini gua nak ulaskan pasal kes salah seorang pekerja KFC  yang mengkasari pelanggan baru-baru ni, tujuan ulasan gua ini adalah bukan semata-semata hendak menyebelahi mana-mana pihak. no rasis, no rasis ok. Pada pendapat gua apa yang gua tonton video pasal pergaduhan antara pekerja KFC dan pelanggannya sungguh amat memalukan. bagi gua kalau budak pekerja KFC tu bersalah lu dakwa dia. tetapi lu sebagai pelanggan yang bersalah pasal pergaduhan itu lu harus mengakui apa yang benar-benar berlaku dan lu tidak boleh mendakwa budak itu. gara-gara isu inilah Ada yang berkata puncanya memaki hamun bangsa sehinggalah menimbulkan perkauman.. 



Bagi guakan, kalau tidak berpuas hati pun, nak lepas geram pun guna la perkataan-perkataan yang tidak menimbulkan perkauman, ini kalau menggunakan nama bangsa ia boleh menimbulkan perkauman, adakalanya kita orang melayu ini kadang-kadang berjiwa bangsa juga mahu pun orang-orang cina. Tetapi juga orang-orang kita ni kurang berjiwakan Islam..amik lu!!!.

Jadi hentikanlah sikap prajudis dan perkauman, jadilah manusia yang penyabar, kalau betul budak KFC tu bersalah sebab dia bercakap biadap kerana kehabisan ayam, mungkin dia baru menggoreng tu..hehehe...dia bukan robot. takkan budak tu nak bagi ayam yang kurang masak kepada pelanggannya. Nanti kena saman terliur nanti. Bagi budak KFC tu kalau marah sangat. lawan sahaja dengan mulut ke mulut habis cerita.

Sekarang gara-gara kes pergaduhan antara pelanggan dan pekerja tersebut sehinggalah menyebabkan ada pihak yang menghasut untuk memboikot restoran KFC. kekekek....bagus la, bagi pendapat gua. lu nak gaduh pun gaduhlah tetapi jangan libat kan perkara-perkara yang boleh menimbulkan perkauman ok. apa-apa pun syabas gara-gara lu berdua lah restoran dari yahudi ni akan di boikot, silap-silap termasuk pelbagai kaum dan pelbagai agama.

Kepada budak pekerja KFC tu, kalau lu tidak bersalah. Lu harus tampil memberi penjelasan kepada media apa yang benar-benar berlaku, gua tengok hanya pelanggan tersebut sahaja yang tampil memberi penjelasan. Maka dengan itu kemungkinan besar ada masyarakat menganggap lu yang bersalah. Kalau lu benar-benar tidak bersalah. Sila tampil. Jikalau boleh tampil lah bersama-sama antara lu dengan budak yang buat lu naik angin tu. Beri penjelasan dan jalankan penyelesaian.

Negara kita ada pelbagai kaum, iaitu Melayu, Cina, India, termasuk bangsa-bangsa di sabah dan sarawak. Capailah keamana untuk negara kita, jangan jadi UMNO yang benar-benar rasis dan yang benar-benar mahu membawa malaysia ke kancah perkauman sepertimana berlaku 13 mei, sewaktu itu UMNO musuh ketat dengan GERAKAN sehingga tercetusnya pergaduhan kaum, kini UMNO bermusuh dengan DAP pula dan sekali lagi mahukan malaysia ke arah perkauman. 

Rasis boleh membawa huru-hara seperti di video ini...

Pasal kes KFC baru-baru ini adalah salah satu provokasi, masing-masing tidak mahu mengalah dan mengakui siapa yang bersalah. Provokasi ni boleh memakan diri kita sendiri.

Di negara-negara maju seperti Amerika syarkat, Russia, China dan negara-negara maju yang lain telah mengekatkan undang-undang untuk menghapuskan sikap rakyatnya yang kuat menimbulkan provokasi, undang-undang tersebut telah menyebabkan berlaku masalah terhadap diri kita sendiri seperti video dibawah ini. 
Nilailah, rakyat sendiri antara puncanya undang-undang provok telah dilaksanakan di china dan di negara-negara maju yang lain di dunia ini, Lihatlah di china sehingga rakyatnya di negara tersebut takut untuk membantu orang-orang yang menerima nasib malang seperti kemalangan dan lain-lain contohnya seperti video di bawah, seorang wanita ditikam bertubi-tubi sambil diperhati oleh orang-orang di sekeliling sahaja, tiadak siapa pun berani nak datang membantu. Sebab apa?.


psst....Syok lah papagomo, guna isu KFC jadikan bahan politik nak nak memburuk-burukan PR...Sebab itu nabi kita suruh perjuangkan Islam jangan perjuangkan bangsa, perbezaannya, Bangsa ajar memaki hamun bangsa lain sehingga menimbulkan kekacau, Islam ajar kita menjadi seorang manusia yang amana, memberi keamanan, membawa ke haromian, dan menjadikan manusia yang bersifat nilai-nilai murni. hanya manusia yang lemah iman sahaja yang membawa Islam Ke arah kehancuran.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat