Labels

Showing posts with label turky. Show all posts
Showing posts with label turky. Show all posts

Tuesday 4 June 2013

TURKI : Apa Sebenarnya Yang Berlaku?



Aku mulakan perkongsian ini dengan lafaz 
Bismillah. 

1- Sebaik sahaja isu ini hangat diperkatakan di 
media, facebook, twitter, laman web, portal 
berita, orang pertama yang ingin aku bertanya 
apa sebenarnya yang berlaku di Turki adalah 
Ustaz Hasrizal Jamil. Namun tidak mendapat 
sebarang respon. Rupa-rupanya Ustaz kini berada 
di Mekah, sedang mengerjakan Ibadah Umrah. 
Semoga Allah permudahkan urusan ustaz. Amin. 


2- Siapa rujukan aku seterusnya? Sudah tentunya 
rakan2 aku yang berada di Turki. Mereka ialah 
Jejak Uthmaniyyah, Zed Almansyud, Halim Bohari 
& Nadia Baharuddin. Rujukan seterusnya rakan 
den yang sering mengeluarkan artikel panas dan 
kontroversi, Ali Abu. 

3- Apa sebab protes ini berlaku? Rakyat Turki 
terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi? 
Harga barang naikkah? Sistem pilihanraya yang 
tidak bebas? Media yang tidak adil? Tak cukup 
makankah? Atau rakyat Turki ditindas oleh PM 
Erdogan? Jika itulah sebabnya, maka kita silap. 
Setelah Parti AKP menguasi Turki 11 tahun yang 
lepas, pelbagai siri kejayaan yang dibawa oleh 
Perdana Menterinya, Erdogan. Sebelum AKP 
menguasi Turki, KDNK pendapatan perkapita 
hanya $ 3,500 pada tahun 2002 (sebelum AKP 
menguasqi), ia mencecah $10,000 pada tahun ini. 
Eksport pula meningkat $114 bilion daripada $36 
bilion pada tahun 2002 dan dijangka melebihi $ 
500 bilion dalam 2023. 206 empangan baru telah 
dibina, setiap bandar mempunyai universiti dan 
jumlah pelancong melawat Turki meningkat dari 
tahun ke tahun. Di bawah pemerintahan AKP, 
ekonomi negara telah berkembang dengan sangat 
pesat. Hutang dengan IMF telah habis dibayar. 
Kekayaan negara diagihkan dengan saksama 
kepada rakyat. Nah, sekarang apa punca sebenar 
protes? 

4- Menurut rakan fb den, Ali Abu : "Protes yg 
bermulo di Gezi Park adolah protes pencinta alam 
sekitar. Ia bermulo pd 28 Mei 2013. Diorg xnak 
Gezi Park bertukar menjadi Shopping Mall. 
Kemudian diorg occupy Gezi Park. Semaso diorg 
occupy kek tmpt tu, FRU Turki menghalau mrk 
kluar drpd Gezi Park. Bilo diorg main polis sentri 
wan tu jaga, geng2 occupy mendapat simpati 
drpd grup2 lain. Golongan kiri & hardliner sekular 
masuk campur. Dan mrk membawa isu masing2 
yg diorg tak puas hati dgn polisi kjaan. Drpd isu 
alam sekitar, ia merebak kpd isu campur tgn 
Turki ke atas Syria, isu alkohol, isu minoriti Kurdis 
yg tertindas, isu bercium di tmpt awam & lain- 
lain lagi. Daripado demo protes serta occupy yg 
mahu mengekalkan keaslian Gezi Park oleh geng2 
pencinta alam sekitar ia telah dihijack oleh 
leader2 yg ado hidden agenda." 
5- Apa yang hebatnya Gezi Park (Dataran Taksim) 
ini? Mari kita mengimbau sejarahnya. Menurut 
rakan facebook, Zed Almansyud : "Frankly 
speaking,antara tempat yang menjadi tarikan bagi 
pelancong Eropah yang ke Turki dan merupakan 
'the heart of istanbul'..Terletak di bahagian 
Eropah Istanbul dan terkenal dengan pusat 
membeli-belah,Hotel mewah,pub dan disco..Ia 
juga tekenal dengan panggilan 'The new Paris'.. 
Pada era pemerintahan Turki Uthmaniyyah,kom 
uniti 'Levantines' (Latin Christians) menjadikan 
tempat ini sebagai pusat intelektual dan 
perdagangan..Mereka terus tinggal di kawasan 
Taksim,sehingga ke hari ini..Namun setelah 
kejatuhan kerajaan turki uthmaniyyah ,barisan 
pemuda Turki(young Turks) menjadikan tempat ini 
sebagai tempat meraikan kejayaan pembentukkan 
negara Republik Turki hasil contoh pembentukkan 
negara Republik Perancis..Hari ini,ia menjadi 
pusat budaya Ataturk(Atatürk Kültür Merkez)..so 
no wonder la,tempat ni melata dengan maksiat.." 

6- Harus diingat, setelah kejatuhan Khilafah Turki 
Uthmaniyyah, Mustafa Kamal Ataturk telah 
mengubah wajah Turki 100%, menjadi negara 
sekular. Beliaulah orang yang bertanggungjawab 
menukar Masjid Aya Sofia menjadi muzium, 
membunuh alim ulamak, memberi arahan agar 
azan ditukar ke bahasa Turki, memusuhi agama 
Islam. Dunia Islam semua maklum akan perkara 
ini. Walau sudah lama si lahanat ini mati, masih 
ada rakyat Turki yang menyanjung beliau. Semasa 
aku melawat Turki bulan Februari tahun ini, 
ternyata gambar Ataturk berada di sana sini. Di 
billboard, di sekolah, di pejabat, di jabatan, 
pejabat kerajaan bahkan di mana-mana sahaja. 

7- Setelah AKP memerintah Turki pada tahun 
2002, mereka menyambung dasar sekular 
Ataturk. Mereka tidak mahu ia diubah secara 
drastik. Ia sudah sebati dengan rakyat Turki. 
Mereka fokus yang utama dahulu. Tidak boleh 
buat semua, jangan tinggal yang lain. Majukan 
ekonomi, tingkatkan pendapatan rakyat Turki, 
majukan pengangkutan awam di sana dan 
pelbagai lagi usaha dilakukan oleh AKP untuk 
membantu rakyat. Setelah mendapat mandat 
demi mandat dalam pilihanraya, proses Islamisasi 
dilakukan sedikit demi sedikit atas nama Human 
Right dan Demokrasi. Telah lama Turki cuba 
diwajahkan dengan Tamadun Yunani dan 
Tamadun Rom. Ataturk tidak mahu rakyat Turki 
tahu Islam pernah berkembang di sini, 
mendominasi 2/3 dunia, memiliki seorang 
pemimpin yang hebat, Sultan Muhammad Al- 
Fateh. Dendam kesumat beliau kepada kesultanan 
Uthmaniyyah sangat dahsyat, ia terus diimani 
oleh pengikutnya sehingga kini. Maka, Erdogan 
mengubah perkara ini. Beliau mahu rakyat Turki 
tahu Bangsa Turki pernah menjadi hebat kerana 
Islam. Maka, dibangunkan Muzium Panorama 
1453. Beliau mahu rakyat mencontohi Sultan 
Muhammad Al-Fateh setelah lama baginda 
dipinggirkan oleh bangsa Turki sendiri. 

8- Semua yang dilakukan oleh Erdogan melalui 
Parti AKP ini adalah mahu mengetengahkan Idea 
Noe-Ottoman atau Islamisasi Negara Turki. 
Menurut Cikpuan Nadia Baharudin : " Erdogan 
nak islamicized turki tp parti haluan kiri x suka. 
Puncanya spt no. 1. Pengharaman arak dan usaha 
menghapuskan sekularism. Media barat pula 
amek kesempatan dgn manipulate kisah sebenar. 
Erdogan bkn bina mall, tp lbh kpd pusat Ottoman 
yg telah dihapuskan oleh Ataturk. Traffic terlalu 
berat di Taksim. So Erdogan nak buat 2 layer of 
Taksim square. Laluan atas utk pedestrian dan 
underground utk kereta. Istanbul dah terlalu 
padat dengan penduduk. Ini cara mengurangkan 
kesesakan dan dlm ms sama, pusat Ottoman ini 
akan menjadi tarikan pelancong utama selepas 
Sultan Ahmet Square. Erdogan jugak dah janji utk 
tanam balik pokok yg ditebang. So, apa kes nak 
mengamuk? Dlm ms sama, the so called pencinta 
alam ni rosakkan harta benda. Scr logiknya, 
pncinta alam mana yg merosakkan alam? Epic 
failed! Media barat pun manipulate sbb diorg x 
suka tgk turki menjadi negara ke 7 dgn ekonomi 
terbesar. So.. jgn percaya media. Tanya pada org 
turki sendiri atau org kedutaan. Kami lebih tahu 
situasi sebenar. Fyi... turki selamat utk 
pelancongan. Gambar kat fb tu gambar marathon 
yg diedit. Bkn keadaan sbnr. Hr ni dah aman.. 
polis dah berjaya control. You all kena tau kat 
turki bkn ada org turki je. Especially kat central 
anatolia dan marmara region. Org Armenia yg 
memusuhi Turks sejak zaman dlu adalah majoriti 
yg memprotes. But still, only minoriti of total 
population. Tanya la org turks kat malaysia, 
semua agree dgn tindakan Erdogan." 

9- Aku harap korang semua jelas punca kepada 
protes ini. Ia dijadikan platform oleh parti 
pembangkang Turki CHP (Cumhuriyet Halk Partisi) 
untuk melawan Parti AKP (Pemerintah). Mereka 
dalang utama protes. Menggunakan rakyat untuk 
kepentingan politik mereka. Seperti komen Jejak 
Uthmaniyyah : "Golongan Sekular dan CHP yg kian 
lama mengecil dan tertekan cuba melawan dan 
mengadakan suasana ketidakamanan di dalam 
Turki pada saat ini." Ulasan Zed Almansyud pula : 
"dalam kejadiaan ini,penyokong CHP antara yg 
banyak terlibat..Puak shiah/alawi di turki 
memberi sokongan kuat pada CHP dalam 
menentang Kerajaan." 

10- Namun yang terpapar di media adalah 
keganasan yang dilakukan oleh pihak polis dan 
FRU Turki. Baik, mari baca ulasan Ali Abu : "Den 
tak tahu sapo yg start melakukan provokasi, tapi 
grup yg berdemo kek Turki mmg manusio yg suko 
melakukan kemusnahan harto bondo awam. Diorg 
suko membakar dan momocahkan bangunan org 
lain. FRU Turki mmg bg Tear gas & memukul 
pendemostrans tetapi ia dilakukan time mrk 
bertindak liar & ganas utk mempertahankan diri 
sendiri serta org awam yg tidak terlibat. Apopun 
Erdogan ado mengeluarkan statement bhw 
siasatan akan dijalankan utk menyiasat FRU yg 
bertindak ganas kpd para pendemostrans." 

11- Menurut Akhbar No1 Turki, ZAMAN : "Video 
mengenai keganasan pihak polis memukul 
sebahagian penunjuk perasaan dan 
mencederakan mereka menggunakan gas 
pemedih mata dan meriam air mendapat 
kritikkan keras dari kerajaan asing dan kumpulan 
hak asasi seperti 'Amnesty International'.Ahli 
Parliment EU Hannes Swoboda pada hari sabtu 
menggesa Erdogan untuk "menyumbang kepada 
keamanan sosial dan tidak pada konflik dengan 
projek-projek yang bermotifkan polis dan 
keganasan polis",Timbalan Perdana Menteri 
Bülent Arınç bersetuju dengan kenyataan belia. 
Beliau memberitahu pihak media, "Saya melihat 
manfaat dalam memberitahu orang ramai 
mengenai projek ... bukannya menyembur gas 
lada pada mereka. "Penggunaan gas di kawasan 
Besiktas,Istanbul dan di kawasan-kawasan lain 
seperti di Ankara dan İzmir membuat penasihat 
Erdogan,İbrahim Kalin mengeluarkan kenyataan 
pada Al-Jazeera yang disiarkan pada lewat petang 
Sabtu. Kalin menyatakan bahawa polis telah 
diarahkan untuk tidak menggunakan gas pemedih 
mata" 

12- "Kalau ada pihak yg mengatakan AKP tidak 
memberi Kebebasan mengenai demo di 
Taksim,saya akan menolak kenyataan tersebut 
kerana sejak peristiwa 
"the bloody May 1, 1977" Kerajaan Turkey telah 
ban sebarang demostrasi jalanan di Taksim 
sehingga dibenarkan kembali oleh AKP pada tahun 
2010..Terima kasih dengan keputusan 
memperluaskan kebebasan di negara ini.." - Zed 
Almansyud 
Aku harap perkongsian ini bermanfaat. Jangan 
samakan protes ini dengan Arab Spring, ia sama 
sekali tidak sama dengan kebangkitan rakyat 
Mesir, Tunisia, Libya dan Syria. Terima kasih 
kepada rakan2 yang telah memberikan maklumat 
kepada aku. Runsing juga 2 3 hari memikirkan isu 
di Turki ini. Semoga kekusutan dan persoalan 
yang timbul telah dijawab. Wallahuallam. 

Artikal Selepas Ini ''Mengenali Pengasas Perlembagaan Malaysia''


Baca Berita Penuh ..

Wednesday 10 April 2013

PRU13 : Turkey Dan PRU 13 Malaysia



Mengikuti perkembangan politik di Republik Turkey dan Malaysia adalah suatu yang cukup menarik.Turkey dan Malaysia adalah di antara negara contoh bagi negara Muslim terutamanya selepas Arab Spring yang berlaku di tanah Arab. 

Kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan telah membuktikan kejayaan mereka di dalam dan luar negara. Kurangnya gejala rasuah, sistem pengurusan yang semakin baik, kurangnya konflik dalaman dan ekonomi yang semakin kukuh. 

Dari tahun 2002,ekonomi Turkey telah meningkat dari tangga 26 kepada tangga 16 dunia sekarang. Malah di dalam misi 2023,Turkey telah meletakkan target untuk menjadi diantara 10 kuasa ekonomi terkuat dunia.

Polisi Luar Turkey

(Kanan, Menteri Luar Turkey, Ahmet Davutoglu bersama Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan)

Setelah beberapa kali percubaan Turkey untuk menyertai  Kesatuan Eropah (EU), kerajaan Turkey telah menukar pandangannya kepada negara-negara selatan (Afrika dan Amerika Latin), dan negara-negara Timur (Asia Tengah, Timur Tengah, Cina dan India). 

Jika sebelum ini, Turkey yang hanya melihat kepada Barat telah mengubah polisinya dengan membuat hubungan yang baik dengan negara-negara Arab,sebagai contoh dengan menambah penerbangan setiap hari ke negara-negara seperti Yaman dan juga Lubnan, menghapuskan visa dengan Republik Syria dan juga telah menandatangani projek keretapi laju Istanbul-Madinah yang akan merentasi Republik Syria dan Jordan.

Antara misi 2023 Turkey adalah misi menghapuskan visa bagi passport Turkey ke seluruh dunia. Sejak tahun 2002, terdapat 46 negara yang tidak diperlukan visa bagi warga Turkey(visa percuma) dan telah meningkat kepada 64 negara pada tahun 2012. Malah angka itu akan ditingkatkan kepada 196 negara yang wujud di dunia sekarang sehinggalah menjelang tahun 2023.

Polisi 'tiada konflik' dengan negara-negara jiran yang diperkenalkan oleh Menteri Luar Turkey, Ahmet Davutoglu juga memberikan kesan yang begitu baik. Setelah berlakunya kebangkitan Arab pada 2010, Turkey adalah di antara negara yang terawal menyokong kebangkitan rakyat samada di Tunisia, Libya, Mesir dan turut tidak ketinggalan Republik Syria.

Pada September 2011, Perdana Menteri Erdogan di dalam siri lawatannya ke negara Tunisia, Mesir dan juga Libya,setelah berlakunya revolusi arab,telah berjaya membawa 200 orang usahawan Turkey untuk mengukuhkan ekonomi di negara-negara ini di dalam pelbagai bidang seperti petrolium, telekomunisasi, pengangkutan, perkhidmatan dan juga pendidikan

Di dalam persaingan dengan dunia luar seperti AS, Perancis dan IMF, Republik Turkey telah menjalinkan hubungan yang cukup baik di dalam jangka masa yang panjang.

Perjuangan Palestin

Tambahan pula, Turkey turut membuktikan usaha mereka dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin. Bermula dengan kisah 'one minute' di Davos pada Januari 2009, semasa perdebatan diantara Perdana Menteri Erdogan dengan Presiden Israel Shimon Peres yang berakhir dengan Perdana Menteri Erdogan  bangun dan meninggalkan ruang perdebatan itu. 

PM Erdogan juga dengan lantang sekali mengutuk kekejaman dan pembunuhan yang telah berlaku di Gaza.

Setiap kali berlangsungnya persidangan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Erdogan dan Ahmet Davutoglu berulang kali mendesak untuk diberikan satu kerusi kepada Palestin di dalam PBB.Dan hasilnya,pada Februari 2013,usaha mereka telah berjaya, Palestin telah diberikan pengiktirafan dengan diberikan satu kerusi di dalam PBB.

(Erdogan memalukan PM Israel di Davos)

 Selain itu, Turkey turut mendesak Israel untuk menarik embargo (sekatan) terhadap Gaza yang dikepung, sehinggalah Israel akhirnya terpaksa akur dengan menarik balik sekatan ekonomi itu. Dan yang terbaru, pada awal April, Israel juga telah memohon maaf kepada Turkey dalam isu serangan kapal Flotilla Mavi Marmara yang telah mengakibatkan kematian 9 warga Turkey.

Biasiswa kepada pelajar luar

Turkey merupakan diantara negara yang memberikan pendidikan secara percuma kepada seluruh warganegaranya. Malah, setiap tahun, kerajaan Turkey akan menyediakan biasiswa penuh kepada orang luar untuk belajar di Turkey bermula di peringkat sarjana muda sehinggalah PhD. 

Projek biasiswaTurki ini akan menaja lebih 3000 hingga 4000 orang pelajar luar Turkey setiap tahun. Misi utama mereka dalam projek ‘pelaburan’ ini adalah untuk mengembangkan bahasa Turkey ke seluruh dunia.

Malah yang terbaru, Perdana Menteri Erdogan telah mengumumkan untuk memberikan perkhidmatan percuma kepada warga asing yang berada di Turkey tidak kira samada pelajar, pekerja ataupun pelancong dengan menganggap mereka ini adalah musafir.

Misi dan projek yang dirancang secara rapi oleh Turkey ini adalah satu misi yang cukup besar untuk satu jangka masa yang panjang. Negara luar sedang melihat apa yang dilakukan oleh Turkey. Turkey merupakan negara contoh bagi negara Arab yang baru mahu membangun dalam acuan demokrasi. Apakah misi ini akan berjaya untuk membentuk satu empayar Othmaniah baru (the new Ottoman) ?

Malaysia pada 5 tahun lepas dan PRU 13

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang dipandang tinggi oleh warga dunia terutamanya dari dunia Islam. Malaysia adalah di antara negara yang pesat membangun dan kaya dengan sumber-sumber asli. 

Pada tahun 1992, Malaysia adalah negara yang terlibat secara langsung di dalam usaha menangani isu Kosovo. Malaysia juga lantang dalam membincangkan isu Palestin.Dalam bidang ekonomi pula, Malaysia juga ke hadapan di dalam memperkenalkan ekonomi Islam.

Namun itu dulu

Menjelang Pilihanraya Umum 13 ini, saya sebagai rakyat marhaen yang memerhati dari jauh perkembangan politik tanah air juga ingin memberikan komentar selama pemerintahan kerajaan 5 tahun yang lepas di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak. Di manakah Malaysia di mata dunia?

(Erdogan dalam pertemuannya dengan Najib)

 Bermula dengan isu pembelian kapal selam “scorpene” dan isu pembunuhan Altantuya Sharibuu yang merupakan warga Mongolia sehinggalah melibatkan mahkamah Perancis. Isu fitnah liwat Datuk Sri Anwar Ibrahim yang berakhir di mahkamah menunjukkan ia adalah fitnah. 

Malahan yang terbaru, isu kekayaan negeri Sarawak yang telah diboloti oleh satu keluarga yang dibongkarkan oleh satu badan berkecuali dari luar negara, Global Witness. Isu-isu seperti ini telah memberikan pandangan buruk kepada warga dunia yang mengenali Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang pesat membangun.

Malaysia turut mempunyai hubungan yang kurang baik dengan negara-negara jiran seperti Filipina dengan isu yang terbaru,iaitu pencerobohan pengganas di Lahad Datu yang tidak ditangani dengan bijak selain daripada isu-isu dengan kerajaan Singapura dan Indonesia. 

Kalau kita melihat  dengan lebih jauh, Malaysia kelihatan lemah dan lembap di dalam beberapa isu kemanusiaan seperti isu pembunuhan umat Islam Rohingya di Arakan, malahan Malaysia juga masih belum memberikan apa-apa respon terhadap isu Syria.

Selain daripada rakyat Malaysia, warga dunia juga sedang memerhati secara dekat PRU 13 ini dengan mengharapkan satu perubahan yang akan berlaku. Oleh itu, menjelang PRU 13 ini, kami rakyat Malaysia mahu mendengar apakah polisi-polisi luar yang akan di bawa oleh parti-parti yang akan bertanding dan seterusnya akan menerajui Malaysia. 

Dengan polisi-polisi inilah, rakyat Malaysia akan memilih untuk mengundi siapa. Kami tidak mahu taburan wang, politik fitnah menfitnah, dan manifesto murahan. Kami rakyat Malaysia sudah matang dan bijak.

#Turkey satu-satunya negara yang berjaya menghapuskan freemason...

Baca Berita Penuh ..

Thursday 23 December 2010

Merdeka Center : - PR Berjaya Pertahan Selangor PRU 13


Terbakar hati perut gerombolan kalau tau berita ni..... 

Selepas lebih dua tahun mentadbir Selangor, Pakatan Rakyat dijangka berjaya mempertahankan Selangor jika Pilihanraya Umum diadakan sekarang, menurut tinjauan terbaru Merdeka Center.

 Kira-kira 57 peratus dari 1,214 responden percaya hala tuju pentadbiran Selangor oleh Pakatan Rakyat adalah tepat, manakala hanya 28 peratus berpendapat sebaliknya.

 Sokongan dari masyarakat Cina kekal 53 peratus, manakala sokongan darimasyarakat India meningkat dari 63 peratus kepada 72 peratus.

 Menurut Merdeka Center, sokongan kaum Melayu adalah pada tahap 55 peratus.

 Sementara itu, 67 peratus responden berpuas hati dengan prestasikerajaan negeri Selangor, manakala 55 peratus yakin atau sangat yakindengan kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat