Labels

Showing posts with label video clip. Show all posts
Showing posts with label video clip. Show all posts

Saturday 27 April 2013

EKSKLUSIF : Ribuan Juta Ringgit ‘Diperah’ Daripada Pekerja Asing Untuk Mengisi Dana Perjuangan BN!


Azrin Ren : Rakyat palsu yang akan menolak PR 5 mei nanti, keh keh keh...itulah umno selalu kata ''rakyat kini TOLAK PEMBANGKANG'', rakyat iturrr adalah pendatang asing...keh keh keh....

Ramai di kalangan orang awam khuatir bahawa penubuhan suatu program yang dinamakan Malaysia 6P merupakan amalan pendaftaran pengundi baru, sejajar dengan Projek IC di negeri Sabah.


Ianya dianggap sebagai penubuhan suatu dana oleh kerajaan BN menggunakan pekerja-pekerja asing tanpa izin, di mana para PATI ini dibenarkan untuk mengisytiharkan status mereka dengan menjelaskan sejumlah fi sebagai membolehkan mereka diberikan sebuah permit rasmi untuk duduk di Malaysia selama dua tahun.

Namun Sarawak Report telah mendapati menerusi agen-agen yang diupah untuk memproses permit-permit itu sebagai suatu amalan untuk mengisi dana pilihanraya BN.

Di bawah program itu seramai lebih 372,000 pekerja asing dihimpunkan di kawasan-kawasan lapang, kilang-kilang dan tapak-tapak binaan dan dihantar dengan bas-bas ke pusat-pusat pendaftaran. Mereka atau majikan-majikan mereka dikehendaki membayar RM4,000 seorang untuk mendapatkan permit-permit bagi mengelakkan dari dihantar pulang ke negara-negara asal mereka dan pembayaran yang dilakukan itu seharusnya menggunakan wang tunai. Dengan amalan di mana suatu proses digunakan oleh kerajaan untuk mengarahkan sebanyak 340 agensi-agensi swasta dalam masa pemberitahuan yang singkat, keseluruhan program itu telah menwujudkan kekeliruan dan berkontroversi.

Ramai di kalangan pekerja asing itu ditipu, dan ada juga diugut atau diancam untuk dihantar pulang ke negara-negara asal mereka.

Terdapat juga kerisauan timbul bahawa butir-butir peribadi para pendatang itu berkemungkinan besar digunakan pada apa yang didakwa sebagai wujudnya nama-nama bermisteri dan alamat-alamat baru yang mengisi daftar-daftar pemilih di kawasan-kawasan yang disasarkan oleh BN.

Namun, Sarawak Report turut diberitahu bahawa tujuan utama program itu adalah untuk mendapatkan ribuan juta ringgit dalam bentuk wang tunai yang akan digunakan oleh UMNO pada pilihanraya umum yang akan diadakan nanti.

Satu setengah juta ringgit ‘dilonggokkan’ sehingga mencecah siling bilik setor!

Dengan seramai 370 ribu orang membayar RM4,000 seorang, kita mengandaikan sejumlah RM1,500,000,000 atau 1.5 ribu juta ringgit dalam bentuk wang tunai terpakai!

Suatu sumber yang memberitahu Sarawak Report bahawa seorang agen melonggokkan wang itu di dalam sebuah bilik kecil di sebuah rumah dan dikhaskan untuk dikutip oleh bos-bos politik mereka. Dengan dakwaan yang dilemparkan, maka jelaslah bahawa Jabatan Imigresen bertanggungjawab melaksanakan program Malaysia 6P dengan telus mengenai amaun dan kos program dan juga berapa jumlah wang yang telah dikutip oleh Negara.

Irene Fernandez dari Tenaganita, sebuah NGO yang mempertahankan hak asasi pekerja-pekerja yang terjejas, berkata terdapat tiada perincian dalam kos dan perbelanjaan yang terlibat setakat ini.

“Kami faham bahawa sistem biometric itu bernilai RM335, dan RM300 dikaut oleh para agen yang terlibat,” katanya, “dan kami juga tahu bahawa RM180 untuk yuran menjalani ujian perubatan, itu sahaja”.

Irene Fernandez telah juga mengesahkan bahawa kesemua pekerja yang diwakilinya itu dikehendaki menjelaskan wang tunai kepada agen-agen mereka bagi mendapatkan permit-permit yang diperlukan. Irene memberitahu Sarawak Report bahawa dia tidak terkejut bahawa terdapat dakwaan yang mengatakan sejumlah besar dari wang itu dikhaskan untuk BN.

Dengan 10,000 orang pekerja asing yang berdaftar itu berhadapan dengan kemungkinan dihantar pulang ke negara-negara asal mereka, menghadapi penipuan dan amalan-amalan kurang adil oleh pihak agensi yang diupah oleh BN, kini terdapat banyak makumat telah didedahkan mengenai hubungan antara agensi-agensi yang dipilih oleh Jabatan Imigresen dan BN/UMNO.

Suatu contoh yang ketara mengenai hubungan kroni adalah SNT Universal Corporation, di mana para pegawai mereka menganiaya pekerja-pekerja asing yang sepatutnya diberika pas-pas kerja.

Seorang Pengarah syarikat, yang merupakan seorang bekas Menteri Dalam Negeri, Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang telah mendapat kedudukannya sebelum pengisytiharan pengampunan pada bulan Mei 2011 itu.
 Menurut kajian yang dilakukan oleh Free Malaysia Today, SNT juga dikaitkan dengan badan-badan korporat yang lain yang didakwa menyamar sebagai pekerja palsu bertujuan untuk menahan pendatang-pendatang tanpa izin dan mendaftarkan mereka di bawah program Malaysia 6P itu.

Maka, adakah kesemua wang itu akan diagih-agihkan kepada UMNO dan kroni-kroni mereka? Jika betul, maka ianya dilihat sebagai memperjudikan nasib orang-orang miskin di Malaysia. Adakah orang-orang miskin itu akan disogokkan dengan sedikit dari wang kutipan itu pada musim pilihanraya nanti?

#Itu jolah yang UmnoBN mampu....

Baca Berita Penuh ..

Friday 19 April 2013

(GAMBAR)KLON ANWAR IBRAHIM DAH JUMPA : NAH!!! Ini Dia Klon DSAI...Dalam Filem Porno Ciptaan Pencacai-Pencacai UmnoBN!!!



Azrin Ren : Kepada pencacai-penacai umnobn...jangan gila meroyan ya selepas muslihat syaitan kalian terbongkar akhirnya!!!..terima kasih kepada anggota PDRM selepas tindakkan kalian..saya respek sama kamuk!!!

BERITA PANAS!!! GAMBAR DUA SAKSI TERBIT VIDEO LUCAH KLON ANWAR YANG DITAHAN POLIS

BERITA ini dipetik daripada keadilandaily. Difahamkan pada waktu ini laman sesawang rasmi Keadilandaily mengalami serangan ddos dan tidak dapat diakses.
Wakil Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek ditahan polis bersama dua saksi yang mahu mendedahkan penerbitan video fitnah lucah.

Mereka ditahan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, sebentar tadi.

Dua saksi terlibat dalam pembikinan video lucah berkenaan tetapi berpaling tadah dan sedia membuat pendedahan sebenar.

Calon Dewan Undangan Negeri N21 Sg Acheh, Pulau Pinang, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard memaklumkan kepada Keadilandaily, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam.

Bapa saiful bulkhary mengakui yang anak beliau dipergunakan oleh pihak tertentu untuk mencipta konspirasi liwat II untuk menjatuh karier politik datuk seri anwar ibrahim.

Ini screenshot dari ruan inbox mesej FB apapgomo yang telah di hack oleh Cybertroopers Pakatan Rakyat, lihat apa yang mereka bincangkan...semasa tu papagomo sendiri mengakui yang akaun beliau telah di hack. Ini dinamakan papagomo syaitan yang dikenali kantoi....

Kantoi lagi..TV3 sendiri telah mendedahkan siapa dia papagomo..beliau yg bernama wan muhammad azri wan deris yang sebelum ini tidak mengakui blog papagomo itu bukan beliau yang bertanggungjawan.
"Ini adalah tangkapan bermotif politik," kata Chegu Bard. 

Menurut Chegu Bard, dua saksi tersebut bakal tampil di program KEADILAN di An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh malam ini, dan akan membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka dalam pembikinan video tersebut.

Saiful bersumpah laknat..tetapi bacaannya banyak tidak betul maa..malah tersilap sebut tarikh....

#Alhamdulillah...dengan pertolongan Allah s.w.t..kita telah menuju kemuncak kejayaan...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah....INI KALILAH!!!


Baca Berita Penuh ..

PANAS!!! : Klon Anwar Dalam Video Lucah Akan Tampil Malam Ini Di Permatang Pauh!!!


Azrin Ren : Malam ni kita lihat..kat permatang pauh, agar cai2 umnosyaitan menjadi manusiah yang matang....


PERMATANG PAUH: Ceramah Eksklusif 'Bongkar' melibatkan pelakun utama video lucah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terjawab malam ini apabila klon Anwar dari Thailand dikatakan akan tampil malam ini. 


Beliau dikatakan akan mendedahan status video berkenaan di Perkarangan An Nadhoh, Penanti selepas Solat Insya malam ini. 

Wakil Calon Parlimen Permatang Pauh, Zainol Saad berkata, tuduhan yang dilemparkan selama ini akan tamat setelah pelakunya sendiri tampil mengakui. 

"Umno dan BN sekali lagi akan terperangkap dalam isu ini. Orang kampung tidak akan mempercayai lagi ekoran pendedahan itu nanti," jelasnya. 

Akhirnya kata beliau, semua terjawab satu persatu kes Anwar maka masyarakat mesti memahami bahawa itu semua adalah permainan kotor dan menjijikan semata-mata untuk menjatuhkan maruah kepimpinan Pakatan Rakyat.

#InsyaAllah...kebenaran akan terpancar tidak lama lagi....

Baca Berita Penuh ..

Thursday 18 April 2013

PRU13 : Umno Diberi Tempoh Ada Masa Sampai Malam Esok Saja!


SAKSI VIDEO LUCAH FITNAH AKAN DIDATANGKAN KHAS DARI NEGARA JIRAN


 Regim makin tertekan dengan kesedaran kebangkitan rakyat. Pasca pilihanraya 2008, Pakatan Rakyat berjaya membawa pertembungan politik dalam negara kepada politik baru, politik ke arah perdebatan polisi dan tawaran. Namun regim terus tenggelam dalam politik kebencian, fitnah dan serangan peribadi. Politik video lucah dijaja bagi mengaibkan dan merosakkan minda rakyat.

Bukan seorang pemimpin musuh regim di fitnah menggunakan taktik ini terbaru ialah Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS.

 Allah maha kaya, Dia yang mencipta masalah dan Dia juga yang memberikan penyelesaianya.

 Hampir sebulan lepas kami telah dihubungi oleh orang hubungan di negara jiran memaklumkan bahawa siasatan rasmi telah dilakukan dan beberapa penemuan mengejutkan telah diperolehi. Simpati apabila melihat betapa fitnah amat jijik dikenakan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat maka saksi penting dari negara jiran itu setuju datang secara sukarela menerangkan hasil siasatan yang menggemparkan.

Seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk;

SOLAT HAJAT DAN PEMBONGKARAN FITNAH VIDEO LUCAH

Tarikh : 19 April 2013
Masa : 8.00 malam
Tempat : Pusat Pengajian An Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh

 Acara akan dimulakan dengan solat hajat dan solat Isya' berjemaah yang akan di imamkan oleh Ust. Mutalib (An Nahdhoh) kemudian dikuti ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas itu penerangan oleh che'GuBard (individu yang dijemput menonton video oleh 'Datuk T'). Kemuncaknya ialah penerangan saksi dari luar negara sebelum penerangan oleh Hishamuddin Rais (graduan perfileman) dan rumusan oleh Datuk Johari Abdul.

 Semua dijemput datang awal dengan membawa sejadah sendiri. Hadirlah beramai – ramai menyaksikan pembongkaran fitnah jijik dan bersama untuk mengakhirkan politik kotor ke arah menjadikan PRU ini bermakna dengan meletakkan politik baru yang berasaskan politik nilai dilandasanya.

 Program ini anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia dan Briget Keselamatan Permatang Pauh dengan kerjasama Pakatan Rakyat.

#Pencacai kini bertukar jadi sexbluecai....

Baca Berita Penuh ..

Saturday 13 April 2013

FITNAH Facebook PALSU “Mustafa Ali” Paparkan Klip Video, Pengakuan


13 APR: Satu akaun peribadi laman sosial Facebook dengan menggunakan nama ‘Mustafa Ali’ ditemui dan turut memaparkan pautan sebuah klip video aksi seks dengan tajuk ‘Memang Betul Ini Saya’.


Lebih mengejutkan, laman akaun ini baru sahaja diwujudkan sekitar 10 jam lalu selain memaparkan status semasa yang menyatakan ‘Mustafa Ali’ adalah individu di dalam klip video berkenaan.

“Saya akui yang saya merupakan pelaku dalam klip video tersebut dan kejadian tersebut berlaku dua tahun yang lepas dan saya ingin tegaskan, perlakuan saya tidak menggambarkan perjuangan PAS kerana ia adalah kesilapan peribadi saya,” memetik status semasa yang dinaikkan sekitar 10 jam lalu.

Akaun berkenaan didakwa mempunyai ‘motif politik’ bertujuan memburukkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kerana dikaitkan sebagai individu di dalam klip video seks berdurasi 11 minit 27 saat yang dinaikkan dua jam lepas.

Laman akaun berkenaan boleh diakses pada pautan https://www.facebook.com/profile.php?id=100005696323534 fb palsu mustafa ali 01


Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, Pas menyatakan sokongan penuh kepada Mustafa menghadapi serangan politik seperti mana yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bagi pihak PAS kita tidak mahu terganggu dengan cubaan-cubaan musuh mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu yang sengaja diwujudkan dengan pelbagai fitnah menjijikan.

“Dalam mood rakyat ingin membawa perubahan dama Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ganguan sebegini akan muncul. Saya yakin pelbagai Facebook ciplak direka akan sentiasa wujud,” katanya kepada TV Selangor.

Beliau turut mengingatkan para petugas parti agar terus melakukan tugasan dalam usaha memenangi PRU-13.

Dalam pada itu, memetik laporan portal Malaysiakini dan Bernama hari ini, Mustafa mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanahair.

Ketika berucap di satu majlis di markas PAS Kampung Molek di Dungun malam semalam, beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.

“Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah… saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno,” katanya.

Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.


Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas penyebaran gambar dan video seks tersebut.

#Umno suka main politik kotor, sebab umno memang pengotor...

Baca Berita Penuh ..

FITNAH! : Penyebar Video Lucah Kononya Mirip Mustapa Ali Telah Di kenali!


Azrin Ren : Talian hayat UmnoBN adalah lucah..nak menang cara kotoq, itulah permainan orang-orang munafiq...

Harini GM dedahkan WatanHarian.my adalah Lidah Bercabang Rasmi milik umno. Pihak macai menggunakan lidah rasmi milik mereka sebagai backup dalam menyokong hujah2 penipuan yg di lakukan.


 Di daftarkan pada 12 March 2013 beralamat di Taman Sri Keramat Tengah. No Telefon & E-mail GM lampirkan sekali untuk tatapan umum... Dari sebahan maklumat yg GM terima menerusi para wartawan, SKMM menawarkan RM 1000 kepada sesiapa sahaja yg menggunakan & mempromosi Domain .MY.........!!!

 Apakah ini benar ? Jika benar pun apa salahnya.... hhhmmm...........esok GM nak daftar domain .My, boleh dapat RM 1000. Hehe...!!! 

#PapaGomo juga terlibat...

Baca Berita Penuh ..

Thursday 11 April 2013

PANAS! : Seorang Anggota Tentera Membongkar Ketidakadilan Undi Secara POS!! (ScreenShot)


Azrin Ren : Demokrasi malaysia adalah palsu, najib razak kata malaysia sebuah negara demokrasi..tetapi demokrasi hantu....kepada kakitangan kerajaan dan penjawat awam, jangan takut untuk mengundi calon PAKATAN RAKYAT 5 mei ini, siapa-siapa yang menjadi kerajaan, dialah kerajaan yang diamanahkan membayar gaji dan elaun kepada kalian, bukan BN sahaja sebuah kerajaan di dunia ini yang mampu membayar gaji kepada kalian. Talian akhir hayat BN adalah untuk mengugut kalian demi memperoleh kemenangan secara haram, itulah taktik lapok yang telah di guna pakai oleh UmnoBn sejak sekian lama sepanjang PRU diadakan...ia di asas oleh tun Madey sendiri. tengok lah...pemberian IC yang terbesar di sabah dan sarawak, dialah yang bartanggungjawab, najib razak pulak buat perjanjian dengan orang-orang sulu nak beri tanah..tetapi najib razak mungkir janji, sehinggalah orang-orang sulu mogok dan melancar perang terhadap kerajaan, yang jadi korban, anggota keselamatan kita, kesian kat keluarga mereka, begitu kurang ajar UmnoBN Tersebut.



Gambar di petik dari inbox PRs, di mana pengantar bersetuju untuk membceritakan perkara yang benar-benar berlaku di sektor awam tempat beliau sendiri mencari nafkah, iaitu sebagai angkatan tentera Malaysia (ATM)

Tentera ini bersetuju bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara pengamal demokrasi terpimpin seperti yang di war-warkan media termasuk media lucah UMNO, tapi Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi songsang yang menyebelahi sebelah pihak iaitu parti pemerintah. Secara halusnya Pemerintah memaksa rakyat mengundi mereka. 

Hak rakyat untuk memilih pemimpin yang di sukai di ketepikan. Untuk itu kenapa perlunya membuat PRU? Jika UMNO mahu terus berkuasa buatlah negara ini sebuah negara Republik dan Autokratik.

Berikut adalah perbualannya.


Nama pengantar terpaksa di padam demi menjaga privacy pengantar. Gambar DP pun tak nampak rupa. AFEP beranggapan Undi POS perlu di reformasikan agar tidak dapat di manipulasi oleh mana-mana parti.

#Jadilah pengajaran, penacai UmnoBn Bila kalah hujah..mulalah nak spin-spin tajuk lain...bodo punya penacai!




Baca Berita Penuh ..

Tuesday 9 April 2013

PRU13 : Datuk Seri Najib Razak Secara Terbuka Akui Manifesto Pakatan Rakyat Pratikal



"Datuk Seri Najib Razak dan seluruh kepimpinan Umno BN secara langsung dan terbuka akhirnya mengakui manifesto Pakatan Rakyat mendepani pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) adalah satu jaringan perancangan yang amat pratikal dan boleh dilaksanakan andai Pakatan Rakyat menang dan diberi peluang untuk mentadbir negara selepas PRU-13.

Perakuan, pengiktirafan dan penghargaan oleh Datuk Seri Najib Razak serta kepimpinan Umno BN terhadap intipati manifesto Pakatan Rakyat ini dilafaskan serentak dalam majlis perlancaran manifesto Barisan Nasional untuk PRU-13 akhir minggu lalu.

Dalam keadaan ketandusan pemimpin berilmu dan cerdik pandai dalam Umno BN, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menciplak hampir 100 peratus intipati manifesto Pakatan Rakyat yang pada awalnya dikatakan sebagai bakal membangkrapkan negara.

Selagi Umno BN Perintah, selagi itulah khazanah rakyat diratah.. !!

Nota ringkas buat macai dan calon pru-13 PKR

Tindakan meniru dan menciplak hampir keseluruhan manifesto Pakatan Rakyat oleh Umno BN dengan sendirinya membuktikan seluruh kepimpinan Umno BN menerima, menghargai dan mengakui idealisma yang dibawa oleh Pakatan Rakyat melalui manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU-13.

Oleh yang demikian, Kerajaan Rakyat menasihatkan kepada para pemilih dalam pilihan raya umum ke-13 nanti agar memahami maksud tersirat Datuk Seri Najib Razak;
"Umno BN tidak mempunyai pakar perancang dan pentadbir negara yang berkemampuan, justeru; Rakyat harus beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui negara selepas PRU-13". ~ Najib Razak.

#BN memang suka menciplak...fitnah anwar homosex pun ciplak jugak..cipak dari idea mana tau...idea dari kes scandal sex bekas presiden amerika syarikat bill clinton. selepas kes tulah.. BN dapat idea untuk mengguna isu yang sama untuk menjatuh datuk seri anwar ibrahim...


Baca Berita Penuh ..

Monday 8 April 2013

MUAHAHAHA : PapaGomo Buat U-Turn, Tak Jadi Bertanding...


BELUM KERING AIR LIUR CAKAP BESAR BERDEGAR-DEGAR NAK LAWAN DSAI DIPERMATANG PAUH, PAPAGOMO DAH BUAT PUSINGAN U 360 DARJAH!!!!!



Kan Omak Kau dah cakap...Belum diumumkan tarikh penamaan calon lagi Papagomo a.k.a Wan Muhammad Azri b Wan Deris k/p 830121-03-5019 dah beritahu dunia balik yang beliau tidak akan bertanding di Permatang Pauh sebagai calon Bebas menentang DSAI.

Pelakon handalan upahan Umno....

Nak mengaku diri itu blogger lucah polis buang UMNO julang paling disayangi UMNO, nak mengaku dia tuan punya blogger papagomo pun sampai sekarang tidakj berani... Dia berani nak lawan DSAI di Permatang Pauh secara terbuka?

Sebab itu Omak Kau cakap sebentar tadi, hanya mereka yang otak udang kering hapak saja akan mempercayai dan yakin Papagomo berani lawan DSAI di Permatang Pauh pada PRU 13 ini.

Jenis cakap berbelit melaon dajal ni beb!!!..

Kalau dia boleh samun duit RM400 dari seorang penagih tegar sampai masuk penjara 14 hari dan denda RM10,000 serta sanggup memfitnah secara terang DSAI, apa lagi dia tidak sanggup lakukan. 

#Adakah PapaGomo Takut Hilang Pertaruhan?...lawoklah musim pru13 ni....


Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat