Labels

Showing posts with label parlimen bubar. Show all posts
Showing posts with label parlimen bubar. Show all posts

Tuesday 2 April 2013

TERKINI! : Palimen Bubar!!



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.

Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Berikutan itu, beliau meminta menteri besar dan ketua menteri, kecuali Sarawak dan Negeri Sembilan, supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.

DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi aluan kepada pilihan raya negeri diadakan.     
Manakala Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April 2011.   

Pilihan raya umum kali ini ialah yang pertama buat Najib yang akan memimpin jentera BN selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.

Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.

Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 28 April 2013. 

Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen. 

Najib membuat pengumuman tersebut hari ini sempena ulangtahun keempatnya sebagai perdana menteri, selepas mengambil alih pentadbiran daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.

Dalam ucapannya selama kira-kira 15 minit itu, Najib turut memuji usaha yang dijalankan anggota pentadbirannya, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta anggota kabinet.

Katanya, usaha yang dijalankan itu antara lainnya berjaya meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dan menunjukkan bahawa kerajaan BN bertanggungjawab.

“Kejaan ini letak kepentingan rakyat malaysia mengatasi segalanya. Kami merupakan kerajaan yang berani menepati janji dan memelihara amanah. Bukan sikap kami tanam tebu di bibir.

“Bukti komitmen mampu diukur oleh prestasi sepanjang empat tahun,” katanya dalam ucapan tersebut.

Turut menyertai Najib ketika membuat pengumuman tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota jemaah menteri.
    
Sementara itu menurut Bernama, berdasarkan daftar pengundi terkini, jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara ialah 13.3 juta orang yang berdaftar sehingga Disember 2012. 
    
Sejumlah 222 kerusi parlimen akan dipertandingkan dalam pilihan raya umum ali ini termasuk termasuk 31 kerusi di Sarawak, manakala 505 kerusi DUN, akan dipertandingkan di peringkat negeri.
    
Ketika Parlimen dibubarkan, komposisi di Dewan Rakyat menyaksikan BN enguasai 137 kerusi, manakala selebihnya disandang DAP (29), PAS (23) ,Parti Keadilan Rakyat (PKR) (23) kerusi, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi. 

Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas. 
    
Dalam pilihan raya umum 2008, BN gagal menguasai majoriti dua pertiga Dewan Rakyat setelah hanya menang 140 kerusi berbanding pakatan pembangkang 82 kerusi.

Selain gagal menguasai Kelantan, BN juga gagal mempertahankan pemerintahan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. 
    
Perak bagaimanapun kembali kepada BN kira-kira setahun kemudian setelah tiga wakil rakyat yang dipilih mengisytiharkan sokongan mereka kepada BN. 

Bagi SPR pula, ia akan melaksanakan lapan elemen baru dalam pilihan raya umum kali ini sebagai langkah penambahbaikan perjalanan pilihan raya selaras dengan cadangan yang terkandung dalam laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya yang dibentangkan di Parlimen pada 3 April lepas. 
    
Lapan elemen itu termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal untuk menggantikan undi pos bagi anggota polis dan tentera, membenarkan undi pos bagi masyarakat Malaysia di luar negara dan warga media serta dan menetapkan tempoh kempen tidak kurang 10 hari. 
    
Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.
    
Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan raya kecil DUN ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.
    
Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang terbanyak dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 menyaksikan  17 pilihan raya kecil diadakan.  

#Bersiap Sedia WAHAI PEJUANG-PEJUANG PAKATAN RAKYAT!!!


    


Baca Berita Penuh ..

Friday 3 February 2012

Husam Sahkan Parlimen Bubar Minggu Depan!


Dug Dag Dug Dag.....Malam ni kecoh dengan isu tarikh pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum yang ke13, kerana menurut Husam Musa beliau mendapat maklumat bahawa Parlimen akan dibubarkan minggu hadapan..

Tapi itu kata Husam Musa.. bukannya kata Najib Tun Razak..

Bila Najib nak bubar Parlimen itu hanya dia dan Rosmah yang tahu, kerana hanya di Malaysia tarikh Pilihanraya hanya Presiden UMNO yang tahu..

Ada pihak melaporkan Najib telah dinasihati oleh Tun Mahathir agar melambatkan tarikh pilihanraya, ini bagi membolehkan Najib memenangi hati pengundi dari masyarakat Cina.

Sebabnya dari laporan yang Tun Mahathir terima pengundi dari masyarakat Melayu dan juga India yang dulunya menyokong Pakatan Rakyat ada yang sudah kembali menyokong UMNO/BN semula.. hanya pengundi dari masyarakat Cina yang masih kekal menyokong Pakatan Rakyat.

Tapi.. mungkin juga ianya dibocorkan supaya Penyokong Pakatan Rakyat leka..

Bagi aku.. ikut suka Najiblah bila dia nak bubar Parlimen tu.. Kan Anwar dah kata “Kami Sudah Sedia!!!”

Cuba baca apa kata Najib tentang tarikh pilihanraya..

**********************************************
Ini apa yang dilaporkan Berita Harian,

Najib nafi Parlimen bubar minggu depan
2012/02/03

MARANG: Datuk Seri Najib Razak menolak khabar angin bahawa Parlimen akan dibubarkan minggu depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13.

Perdana Menteri berkata, pilihanraya boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan sebelum April 2013.

“Mereka terus membuat tekaan (tarikh). Satu hari mereka pasti membuat tekaan tepat,” katanya selepas majlis Bersama Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di sini, hari ini.

Khabar angin berhubung pembubaran Parlimen didakwa selepas Thaipusam iaitu, Selasa depan.MARANG – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pilihan raya umum ke-13 akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.

Beliau berkata, masa untuk mengadakan pilihan raya umum kali ke-13 berkenaan bergantung kepada banyak factor,namun ia boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.

“Buat masa ini, saya turun padang berjumpa rakyat, bukan sahaja saya tapi semua pemimpin kerana ini tanggungjawab sebagai pemimpin supaya rakyat tambah yakin kepada Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus kononnya Parlimen akan dibubar pada minggu hadapan untuk memberi ruang kepada pilihan raya umum ke-13.

Terdahulu, Perdana Menteri menyampaikan baucer kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Program Perdana Menteri Bersama Rakyat Dun Rhu Rendang, di Padang Astaka Majlis Daerah Marang, di sini.

Mengenai bantuan BRIM tersebut beliau berkata, kerajaan BN melaksanakan dasar dan program yang terbukti mampu membela kebajikan rakyat termasuk bantuan berkenaan yang memberi manfaat kepada 80 peratus isi rumah di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, BR1M juga tidak dilaksanakan mana-mana kerajaan lain di seluruh dunia namun ia diberikan kepada seluruh rakyat yang layak tanpa `memilih bulu’ dan parti.

“Kita tidak memilih bulu (seperti) kata Datuk Yahya (Khatib Mohamad) dalam ungkapan pantunnya tadi, orang yang tidak sokong kita pun dapat juga. Walaupun mukanya barangkali tebal agaknya. Yang kutuk, maki hamun kita, apabila nampak duit (BR1M) lima keping, dia yang pertama sekali berbaris.

“Hak puak-puak kita dalam panas, dalam hujan berjuang untuk menegakkan kerajaan. Tetapi saya kita tidak mengapa, jika kita tidak mendapat undi, di akhirat nanti insya-Allah kita akan menerima ganjaran daripada Allah s.w.t,” katanya ketika berucap di majlis itu.

Dalam tempoh tiga tahun peralihan kuasa di tangan Perdana Menteri, katanya, pelbagai bantuan sudah dilaksanakan kerajaan BN dan jika diberi masa lima tahun lagi pastinya lebih banyak yang boleh dilakukan demi kepentingan rakyat.

Selain itu, beliau juga mengingatkan rakyat supaya dapat menilai secara bijak kepimpinan Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi sanggup memecat ahlinya dan pemimpin sendiri semata-mata bagi menjaga kepentingan pakatan dengan DAP.

“Pas tidak boleh pakai, kerana banyak `lebong’. Sebab itulah Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sudah condong, bunyi-bunyinya (sudah) tidak mahu bertanding. Tidak tahulah kalau dia `pelawok’ (menipu).

“Pas juga berkecamuk. Orang yang baik, imannya kuat, orang yang memperjuangkan Islam, orang yang nak pertahankan akidah, nak menegakkan akhlak, orang ini yang dipecat oleh Pas. Di mana perjuangan untuk Islam? Kalau orang yang menegakkan Islam dan akhlak dibuang oleh Pas,” katanya.
psst...Suda bersiap sedia???

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat