Labels

Showing posts with label husam musa. Show all posts
Showing posts with label husam musa. Show all posts

Saturday 27 April 2013

DI PUTRAJAYA : Ribuan Program Mahathir Di Putrajaya, Berpuluh Ribu Datang Ceramah UIA!

Azrin Ren : Ada pencacai UmnoBN yang ambil gambar kata dalam 50 ribu datang program mahathir, bila Gua cabar pencacai tu ambil dari atas macam jurugambar Pakatan Rakyat ambil tu, Pencacai tu spin kata yang datang ceramah Pakatan Rakyat semua tu telah diupah....muahahahahah!!!


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa datang untuk Ceramah Perdana Pertahankan Putrajaya selepas puluhan ribu menyertai ceramah Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Presint 3 malam tadi. 

Acara beliau di Presint 3 juga disambut meriah, ini gambar-gambar dari program Mahathir bersama calon BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

 Tanpa menengahkan sebarang bukti, macai-macai UMNO mendakwa bahawa ribuan yang hadir dalam program Tun Mahathir ini adalah pengundi sebenar di Putrajaya.

 Menurut mereka Putrajaya akan kekal dalam penguasaan UMNO/BN kerana ribuan yang hadir dalam program ini membuktikan penduduk di Putrajaya majoritinya tetap kekal menyokong Barisan Nasional.







Tapi apakah ia setanding apa yang dicapai oleh calon PAS Datuk Husam Musa bersama Ustaz Azhar Idrus yang juga diadakan pada hari dan masa yang sama di Presint 19?








Di dalam kuliahnya, Ustaz Azhar Idrus menyatakan harapannya untuk melihat sebuah kerajaan baru yang telus, lebih baik dan beramanah selepas 5 Mei nanti.

 Menjawab soalan parti mana yang perlu diundi, berikut ialah jawapan Ustaz Azhar Idrus.

“Kita jawab mudah. Kita duduk di atas padang. Pangkahlah di atas kepala tuan-tuan sendiri. Faham tak? Benda? Tu atas tu (Tangan Ustaz Azhar menghala ke bulan di atas langit). Atas langit tu, jangan pangkah dahi. Nampak tak?”

Hadirin jawab "nampak" sambil tergelak.

 Ustaz Azhar menyambung jawapannya. “Buat apa nak pangkah dia? Kerana dia bulan? Bukan. Kerana dia lawa putih gitu? Bukan. Kerana dia ada hijau di keliling? Tidak. Faham tak, tak kira apa warna pun, jikalau tulah yang nak kepada kebenaran, nak menegakkan manfaat yang boleh dikongsi bersama, nak menjatuhkan kebathilan, buat marilah logo apapun, kita akan sokong. Dulu, kini dan selamanya.

 "Kebetulan inilah logo yang telah dipersetujui oleh ulamak-ulamak kita, tok-tok guru kita, ustaz-ustaz kita yang berjumlah ribuan di dalam Malaysia, maka kita bersetuju dengan logo ini di peti undi nanti. Bukan kerana logo tapi kerana partinya sudah menetapkan untuk menegakkan kebenaran,” tegas beliau.


Di majlis itu juga, pelakon popular Mustapha Kamal turut hadir bersama dengan lebih 100 rakannya ke Putrajaya menyatakan sokongan secara terbuka kepada calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa.


Kredit : darisungaiderhaka


#UmnoBN terdesak, terpaksa ambil mahathir, Tetapi apakah daya, Umur macam mahathir tu sesuai buat ibadah banyak-banyak.....

Baca Berita Penuh ..

Wednesday 24 April 2013

PRU13 : Benarkan Husam Beri Tazkirah...Semua AJK Surau Dipecat..!!!!


Azrin Ren : Biasa laa UmnoBN, bila terdesak...ugutan sebagai senjatanya....pecat sebagai senjatanya...macam budak-budakkan...dimana erti demokrasi yag dilaung-launkan oleh najib razak?


Dato Paduka Hj Husam Bin Musa menulis... pada 20hb. April, 2013 saya telah menunaikan solat Isyak' di Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11. 

Selepas selesai tunai solat, saya telah mengambil sedikit masa berta'ruf dengan hadirin didalam surau tersebut. 

Hari ini saya diberitahu bahawa Pengerusi dan Bendahari Surau tersebut telah dipanggil mengadap Ketua Pengarah JAWI di Pejabatnya pagi tadi. 

Dan seterusnya saya diberitahu bahawa SEMUA AJK Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11 telah DIBERHENTIKAN SERTA-MERTA kerana membiarkan saya berta'ruf dengan makmum Surau tersebut. 

Saya mohon pada semua Sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, Penduduk2 Putrajaya dan Seluruh Rakyat Negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya Politik Sempit begini ditamatkan pada 5hb. Mei, 2013. 


Sementara itu BN Putrajaya yang kelihatan semakin terdesak telah dilaporkan melatih remaja-remaja untuk menjalankan kerja-kerja sabotaj terhadap Husam di Putrajaya.. 

#Pemindahan RM7 bilion duit rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana menjangkakan BN akan kalah pada pilihan raya umum nanti, kata Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail. Beliau yakin duit 1MDB yang dipindahkan ke ke akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai itu lebih daripada laporan yang dipetik daripada akhbar mingguan ekonomi.



Baca Berita Penuh ..

Wednesday 17 April 2013

PRU13 : Ucapan Husam Musa Di Putrajaya (LIVE)


Klik SINI Untuk Menonton...

Live Ustaz Haron Din Klik SINI

Kepada pembaca, mohon sebarakan gambar screenshot ini untuk kejayaan bersama. terima kasih...Marilah Kita Membantu Kakitangan Awam Dan Kakitangan Kerajaan Yang Hak Mereka Dizalimi Dan Diugut.



Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat