Labels

Showing posts with label harga kereta. Show all posts
Showing posts with label harga kereta. Show all posts

Tuesday 20 August 2013

Tempoh Pinjaman Sewa Beli Kereta Maksimum 7 Tahun, Bayaran Muka 20% Bermula September?


Ini pastinya sesuatu yang mengejutkan dan bakal mempengaruhi keseluruhan industri automotif negara. Khabar angin sedang bertiup kencang mengenai Bank Negara Malaysia bakal mengurangkan tempoh pinjaman sewa beli kereta maksimum 7  tahun dan bayaran muka 20% untuk pembelian semua kereta baharu berkuatkuasa September 2013! Setakat ini beberapa bank telah mengeluarkan pekeliling mengenainya dan masih belum ada pengumuman rasmi dibuat.

Adakah dengan pengurangan tempoh pinjaman sewa beli kereta ini bakal mengakibatkan industri automotif bakal merudum? Ataupun ini salah satu strategi untuk menekan pengeluar kereta untuk menurunkan harga kereta jika jualan mereka merosot akibat penguatkuasaan tempoh maksimum baharu pinjaman sewa beli? Yang pastinya bakal pembeli kereta baharu bakal merasa tekanan untuk menyediakan bayaran muka 20% dan terpaksa membayar ansuran bulanan lebih tinggi.

InsyaAllah...Kena tengok harga semasa ke semasa sebelum ntuk membuat keputusan...




Baca Berita Penuh ..

Tuesday 18 June 2013

Kena Tipu Lagi : Fakta!




Baca Berita Penuh ..

Saturday 6 April 2013

PRU13 : Khas Untuk UmnoBN Yang Mencedok Manifesto Pakatan Rakyat..



Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa BN menciplak kandungan manifesto Pakatan Rakyat untuk dimasukkan dalam manifesto yang dibentang oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam tadi.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Mustafa mendedahkan sekurang-kurangnya sembilan perkara yang didakwa dicedok daripada manifesto Pakatan.

Mustafa berkata BN hanya mengolah istilah tertentu dalam untuk membezakan antara kedua-dua manifesto tetapi "polisi yang dipinda mengikut cara kita".

Antara perkara yang dicedok daripada manifesto Pakatan itu, dakwa Mustafa, adalah janji untuk mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

Manifesto Pakatan pula, katanya, menawarkan untuk menghapuskan cukai eksais kereta dalam tempoh lima tahun agar harga kereta lebih berdaya saing serta membolehkan kereta dikeluarkan dengan harga serendah RM25,000 sebuah.

Selain itu, BN juga berjanji untuk membina 1,000,000 rumah mampu milik termasuk 500,000 rumah melalui skim Perumahan Rakyat 1Malaysia.

#Haprak punya UmnoBN...


Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat