Labels

Showing posts with label beku amerika. Show all posts
Showing posts with label beku amerika. Show all posts

Monday 13 January 2014

Perubahan Kutub, Amerika Membeku!

ONTARIO, Kanada - Beberapa keping gambar berjaya dirakamkan yang menunjukkan Air Terjun Niagara membeku akibat cuaca sejuk melampau kelmarin.

Cuaca sejuk yang melampau itu telah menjejaskan kehidupan 240 juta penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan selatan Kanada.


Sebelum kedinginan membeku ... menjadi tarikan pelancong seluruh dunia...

 

Aku tak dapat nak bayangkan akan 'kesejukan melampau' itu. Pasang aircond dalam kereta waktu pagipun badan dah menggigil semacam je. Inikan pula suhu yang mencecah angka  -27 darjah celcius yang ternyata lebih dingin dari antartika.

Angin sejuk di Minnesota mencapai -50 darjah Fahrenheit cukup sejuk kepada kulit yang terdedah untuk terkena radang dingin dalam masa 5 minit.

Banyak tempat-tempat lain menyaksikan suhu terlalu sejuk. Pihak berkuasa menutup sekolah-sekolah, lebuh raya dan pusat tarikan pelancong sebagai satu cara untuk cuba memastikan orang ramai tidak keluar dari rumah.
Adakah kitaran dunia sudah hampir kembali kepada era ais yang memusnahkan kehidupan kuno dahulu kala.




Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat