Labels

Showing posts with label 9 januari 2012. Show all posts
Showing posts with label 9 januari 2012. Show all posts

Thursday 5 January 2012

Jika Anwar Dipenjara, Najib Bagaikan Membunuh Diri..UMNO Hancor!!!!


Mahkamah tanpa integriti, yang akan melakukan apa sahaja yang UMNO mahu berbuat, bukan sahaja menjatuhkan hukuman terhadap Anwar… tetapi seluruh negara. UMNO itu sendiri dilihat sebagai sebuah parti tanpa integriti, pariah seperti junta Burma yang ganas di mata dunia. 
Keputusan bersalah juga seperti vendetta peribadi untuk Najib, yang dicemari dengan skandal begitu banyak yang terdapat persepsi buruk tentang ciri-ciri serta imejnya. Anwar mempunyai personaliti dan imej yang lebih baik walaupun semua usaha-usaha oleh UMNO untuk merendahkan beliau.

UMNO gagal untuk melihat bahawa walaupun Anwar di dalam penjara, Pakatan Rakyat akan bergerak. Gabungan itu telah berkembang lebih matang dalam tempoh empat tahun yang lalu dan setiap ahli parti telah bertekad untuk mengekalkan perpaduan dan misi serta visi keseluruhan pakatan. 

Setakat ini, semua parti-parti komponen Pakatan Rakyat telah dapat membuang kuda Trojan yang ditanam oleh UMNO, meninggalkan Pakatan Rakyat dengan pakaian yang mantap dan lebih kukuh, dihormati kerana integriti.

Ramai penganalisis politik percaya bahawa dengan meletakkan Anwar di penjara…, Najib dan UMNO akan membunuh diri politik mereka. Mereka mengatakan ia tidak dapat dielakkan bahawa rakyat akan merasa simpati yang lebih besar ke arah Pakatan Rakyat dan sebenarnya akan mengalih undi daripada UMNO.


BN akan kalah teruk

Dalam kajian berdasarkan pelbagai laporan perisikan, telah menunjukkan bahawa BN akan kalah teruk pada PRU13.

Rakyat sudah menganggap kes Fitnah 2 ini adalah satu LAWAK JENAKA FITNAH KE-2 paling besar di dalam sejarah Malaysia. Rakyat pasti tidak percaya dengan Fitnah ini.

Sebab itu, BN akan menyaksikan satu Tsunami Amat Besar akan melanda politik Negara ini, apabila Anwar dipenjarakan.

Keadaan ini berlaku disebabkan pengundi-pengundi atas pagar
 terutamanya orang-orang Melayu, yang sekarang ini menjadi harapan UMNO untuk menang dalam pilihanraya, akan pasti memberi undi simpati kepada Anwar Ibrahim sebagaimana PRU10.

Ini akan pasti berlaku, kerana bagi orang-orang Melayu terutamanya yang masih ada keimanan Islam mereka, pasti tidak dapat menerima Fitnah tersebut, apatah lagi mahu bersubahat dan mendapat dosa besar dengan menyokong fitnah dan kezaliman yang telah berlaku.

Mereka pasti akan bangun menentang kezaliman UMNO terhadap Anwar Ibrahim sepertimana berlaku kebangkitan orang-orang Melayu pada tahun 1998. UMNO, bahkan sesiapapun tidak akan dapat menahan Gelombang Rakyat ini.

Dengan sokongan yang diperolehi dari pengundi Melayu atas pagar ini, disamping sokongan Melayu sedia ada, dan sokongan padu masyarakat Cina serta sokongan orang-orang India, maka sudah PASTI UMNO akan berkubur dan menjadi sejarah di Negara ini.

INGAT Najib !!!! Anak-anak Muda akan bangkit dengan darah dan nyawa sekalipun untuk menentang KEZALIMAN oleh kamu dan UMNO, kerana kebangkitan kami adalah untuk masa depan seluruh RAKYAT MALAYSIA !!!

AYUH !!! Anak Muda … kita bangkit menentang kezaliman !

psst...Hai....yg dok buat report pasal bebas Anwar 901 tu...puak2 umno jer...mana pi MCA??? MIC???GERAKAN???..nampak sangat umno banyak melakukan kesalahan berbanding dengan geng2 dia didalam BN...



Baca Berita Penuh ..

Tuesday 3 January 2012

Puteri UMNO Kena Tarbiyah....


Panassss...panasss...panasss.....lawak pun ada.kesian pun ada, bila auntie tegur yg lawak tu....sorg2 lap muka...bersabar betul akak2 wanita UMNO...memang saya salute bangat.....

Sekumpulan Wanita Umno mendapat ‘ceramah khas’ dari Annie Ooi Siew Lan atau nama popularnya, ‘Untie Bersih’ di depan Balai Polis Dang Wangi hari ini.

Annie bertindak demikian secara spontan semasa kumpulan Wanita Umno itu tiba di balai tersebut untuk membuat laporan polis berhubung himpunan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 9 Januari ini.

“Untuk apa kamu ada di sini? Kamu perjuangkan siapa? Kamu sepatutnya memperjuangkan mahasiswa yang di pukul (di UPSI) itu dan jangan bersubahat dengan mereka yang membuat ganas terhadap mahasiswa yang hanya berhimpun secara aman,” kata Annie.


Nasihat beliau itu bagaimanapun disambut Wanita Umno terbabit dengan menyatakan ‘mana ada mahasiswa di pukul, tidak ada, tidak ada’.

Manakala seseorang menyampuk dengan berkata ‘tengok videolah, video ada, ada bukti. Jangan jadi lembu’.
Ceramah ringkas Annie beberapa minit itu bagaimanapun tamat selepas wartawan mengerumuni beliau bersama kumpulan Wanita Umno terbabit.

Ketika ditemui wartawan, Annie bagaimanapun terkejut apabila diberitahu wanita Umno itu datang kerana mahu membuat laporan polis terhadap himpunan menyokong Anwar pada 9 Januari ini.

“Kes anak muda dipukul jauh lebih penting dari buat report itu. Sebagai wanita, mereka (Wanita Umno itu) sepatutnya memperjuangkan anak muda dan bukannya bersubahat dengan kerajaan sekarang yang berterusan menyekat kebebasan rakyat yang hanya berhimpun secara aman bagi menyuarakan pendapat,” tegasnya yang juga bekas guru.

Annie mula dikenali selepas beliau terlibat dalam himpunan Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.
Beliau hadir di balai itu bagi memberi sokongan moral terhadap mahasiswa yang membuat laporan polis akibat dikasari dalam insiden yang berlaku di UPSI, baru-baru ini.

psst.....cute & tembam betul le set2 mama umno ni...




Baca Berita Penuh ..

Tuesday 27 December 2011

Takut Ker?? : - Katak bagi amaran tentang 9 januari 2012!!!



PERKASA memandang serius berhubung penyebaran risalah yang mengajak orang ramai berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari keputusan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar diumumkan pada 9 Januari depan.

Presiden kumpulan pendesak Melayu itu Datuk Ibrahim Ali mendakwa "ada pihak yang mahu membuat huru-hara" pada hari tersebut.

"Ini kerja menghasut, menghina sistem kehakiman negara dan menodai serta mencabuli keluhuran undang-undang dan perlembagaan negara.

Revolusi atau Reformasi, itu hak rakyat yg mahukan keadilan untuk dato seri Anwar Ibrahim. Kami bukan menghina istitusi kehakiman tetapi kami mahu kehakiman menghormati system demokrasi yg lebih adil. Atas sebab-sebab ketidakadilan istitusi mahkamah Malaysia, siapa lagi yg mampu membawa keadilan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim yg dibicara tanpa sebarang keadilan dan mencurigakan.

Revolusi Atau Reformasi, rakyat sahaja yg mampu menghakimi kerajaan UMNO-BN yg benar-benar mengawal system undang-undang dan istitusi kehakiman Negara ke arah terjerumus kerosakkan. Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap istitusi kehakiman dan mahkamah Malaysia atas-atas sebab istitusi itu telah dirosakkan oleh penzalim Negara yg tamak kuasa dan takut akan kebenaran.

Undang-undang dan istitusi kehakiman Negara sudah rosak semenjak ‘’UMNO BARU’’ ditubuh oleh Mahathir selepas ‘’UMNO ORIGINAL’’ terdahulu diharamkan. Tujuan penubuhan ‘’UMNO BARU’’ adalah keingin Mahathir yg mahu memimpin ‘’UMNO BARU’’ untuk menguasai parti dan Negara. Setelah Mahathir berkuasa, semua kuasa raja-raja melayu dihapuskan dan perlembagaan Negara digodam termajuk juga undang-undang dituju kepada musuh UMNO yg ingin membawa Malaysia ke arah demokrasi.

Tanpa keadilan, Malaysia kian hancur diranap oleh sang penguasa UMNO-BN. Oleh sebab itu mahasiswa dan rakyat harus bangkit dari kemunduran harus keluar dari tempurung dan harus lompat dari pagar untuk menolak pemimpin-pemimpin yg sudah lebih 50 tahun perbodohkan rakyat. Dimana kemajuan yg kita capai selama lebih 50 tahun UMNO-BN memerintah? Apa yg kita lihat pada masa sekarang, rakyat ditekan arus kesempitan hidup, tekanan ekonomi, kehilangan hak-hak yg batil.  Yg kaya, Hanyalah kroni-kroni  UMNO-BN kaya raya termasuk kaum-kaum kerabat mereka
. Semuanya itu adalah hasil dari hak rakyat yg telah disamun oleh pemimpin-pemimpin yg korup UMNO-BN.  Tanpa memikir rakyat yg kurang berkemampuan dan miskin terus miskin yg kaya terus kaya, yg kaya terus kaya adalah kaum kerabat dari pemimpin-pemimpin yg rosak ahklaknya.

UMNO-BN hanya mampu boleh perbodohkan rakyat yg pernah mengharungi zaman mesin taip, tetapi UMNO-BN tidak mampu memperbodohkan rakyat generasi ICT masakini. Yg ada hanyalah segelintir antaranya yg sudah kaya raya dan mementingkan diri tanpa memikir org-org yg tidak berkemampuan.  Islam tidak mengajar kita menjadi manusia yg pentingkan diri dan memikir duniawi semata-mata.

MARI KITA LIHAT SEBAHAGIAN PENYELEWENGAN KERAJAAN UMNO-BN lebih 50 tahun memerintah Malaysia.
 MARA:_
Ketuhar RM1,200 , harga pasaran RM419/unit.
Katil lipat RM500, harga pasaran RM100/unit
Mesin gunting rambut RM250,harga pasaran RM79/unit

JABATAN LAUT
Teropong malam RM1,940 dan RM2,827 setiap satu. Dibeli dengan harga RM56,350/unit.
Komputer acer aspire 3935/pencetak, RM11,845  harga pasaran 3,428.

Dengan ini azrin ren mensarankan kepada rakyat sekalian bacalah AKHBAR HARAKAH DAN AKHBAR SUARA KEADILAN UNTUK DAPAT MAKLUMAT YANG TERPERINCI DAN  JELAS TENTANG PENYELEWENGAN YANG AMAT PARAH DILAKUKAN KERAJAAN UMNO-BN.

nota;- bacalah akhbar harakah keluaran Bil 1685 dan suara keadilan bil 38 yang telah berada dipasaran.
Perihal Bag tangan Rosmah Mansor.

Rosmah telah tayang dan membawa kemana mana seluruh pelusuk Malaysia dan dunia tentang BAG TANGAN MEWAH JENAMA BIRKIN.

Rosmah mempunyai 11 biji bag tangan bernilai antara RM28,000 HINGGA RM472,000 SETIAP SATU.
Semua menteri dan tinbalan menteri dan akhbar utusan malaysia, berita harian, tv3, dan rtm serta berita astro TIDAK BERANI MEMBUKA MULUT DAN BERTANYA KEPADA ROSMAH MANSOR DAN NAJIB RAZAK.

FIKIR FIKIRLAH SENDIRI, BETAPA JAHATNYA PEMIMPIN YANG BERNAMA UMNO-BN.
UMNO-BN TIPU RAKYAT MISKIN, RAKYAT KAYA DAN RAKYAT BIASA.
MEMANG DASAR UMNO DARI DULU KINI DAN SELAMANYA TIPU,RASUAH, ADALaH MAKAN HARIANNYA.

Sedarlah dan insaflah rakyat Malaysia, Jangan biarkan perompak,penipu ,pengkhianat bangsa dan tanah air yang bernama UMNO-BN berkuasa semula PRU13 .

Ayuh kita edarkan laporan ketua audit negara tentang penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan UMNO/BN. AKU CUKUP MELUAT DAN JIJIK WAJAH WAJAH PEMIMPIN UMNO MAHU PUN YANG ADA KELULIUSAN UGAMA SEMUANYA PENGKHIANAT DAN PENIPU.

Psst….Najib Razak takut kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai pengaruh kuat didalam sektor kerajaan dan didalam umno sendiri. Kenapa Najib Razak takut disabotaj oleh ahli-ahli sendiri? Lihatlah..Najib Razak sendiri pun menasihat ahlinya jangan menjadi pengkhianat pada pru13 ni sewaktu perhimpunan UMNO-BN berlangsung…keh keh keh…Najib Razak hanya berani dibelakang papagomo..


   

Baca Berita Penuh ..

Wednesday 21 December 2011

Sejuk Hatiku : - Bekas Mufti PERLIS Terkejut Tengok Panglima Beruk Berbicara



ops mak kau....Kesian Panglima-Panglima yg nak meludah mahasiswa tu..sampai ulama pun terkejut tengok perangai beruk mereka. terdesak sampai tahap nak meludah para-para bakal pemangkin negara kelak nanti. tak takut ker para-para mahasiswa tunjuk ''JARI TENGAH KAT LU SEMUA WAHAI PANGLIMA SARKAS''

Apa salahnya mahasiswa nak menunjuk ketidakpuasan terhadap pemimpin yang menzalimi terhadap para-para mahasiswa yang ingin kebebasan dan demokrasi didalam campus?? kan lebih teruk panglima-panglima ni pergi meludah mamat-mamat sarkas yang nak menghadiah kek taik kat lim guan eng hari tu? 

pakjib..lu jangan hairan lu akan disabotaj oleh ahli sendiri dan kabinet-kabinet sendiri pru13 ni...ngeh ngeh ngeh...

p/s....Semakin bertambah golongan cerdik pandai membenci ameno...tinggal yg dungu2 je masih sokong ameno..

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat