Labels

Showing posts with label umno memfitnah. Show all posts
Showing posts with label umno memfitnah. Show all posts

Monday 23 January 2012

HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI NASIB BN-UMNO PADA PRU 13


NAJIB JANJI LAGI KAT FELDA DI KERDAU
Aleh-aleh berlaku lagi kematian wakil rakyat kini di Melaka dan Pahang yang mana menyaksikan lagi PAS terpaksa mengalas tanggungjawab untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK di kedua-dua tempat tersebut.
Seperti biasa Santa Klaus UMNO mulai mengagihkan apa yang diminta oleh ketua-ketua gerombolan UMNO atau BN guna mengambil peluang dan kesempatan mereka untuk memeras ketua Santa Kalus mereka itu,
Ewahhhhh..
Seperti kata Dato Tuan Ibrahim , kinilah masanya orang Kerdau nak minta apapun samada sungai ke jambatan ke atau apa-apa yang mereka fikir untuk diadakan di kerdau.
Cuma patut jugaklah rakyat tengok-tengok apa yang dah banyak terjadi semasa PRK adakah BnUmno yg sedang memerintah negara ini dan negeri pahang ini melaksanakan apa-apa yang mereka taburkan semasa PRK seperti di Ijok dulu-dulu hampeh terbengkalai projek jalan raya yang sedang dalam tolak menolak tarnya ditinggalkan gitu saja, di Felda Hulu Selangor janji nak tanggung dan bayar sepenuhnya hutang syarikat yang tutup semasa buat projek di felda Sungai Buaya dan macam-macam lagi realiti UMNO yang suka berbohong dan berbohong.
 SYABAS KEPADA PAS KERANA PANDAI BERSTRATEGI
Kononnya PAS akan meletakkan calon wanita juga di Merlimau seperti Tenang namun meleset ramalan media-media kroni UMNO. Begitu juga di Kerdau PAS akan meletakan giant leadernya di Pahang iaitu Dato TITM namun PAS mengekalkan calon semasa PRU 12 juga. Maka UMNO terkial-kial terpusing 360 darjah kerana salah sangka dan silap perhitungan. Jelas PAS meletakkan pemuda pada masa yang sesuai dengan mecalonkan orang-orang muda sebagai calon samada di Merlimau dan Kerdau.
Hasanuddin masih kuat dan muda lagi untuk memimpin rakyat di Kerdau dan negeri Pahang oleh itu para pengundi di sana akan berfikir berkali-kali untuk samada meneruskan pilihan kepada UMNO ataupun menukar kali ini supaya suara PAS makin kuat di DUN Pahang bagi membawa suara rakyat di sana.
Keberkesanan 2 wakil rakyat PAS yang mewakili Pakatan Rakyat Pahang dalam DUN Pahang adalah isyarat jelas untuk rakyat Kerdau menambahkan lagi jumlah suara Pakatan Rakyat dalam pentadbiran kerajaan Pahang yang sedang diketuai Adnan Yaakob itu.
 KESAN KEABNGKITAN RAKYAT DI DUNIA SEKARANG KINI
Mesir, Tunisia, Libya , Yaman, Bahrain dan akan menyusul lagi dibanyak negara menyaksikan kebangkitan terutama generasi muda dan pertengahan untuk menzahirkan rasa tidak puashati mereka terhadap dasar-dasar pemimpin yang sedang memerintah negara-negara berkenaan dengan melakukan pelagai penyelewengan dan sudah sampai masanya untuk diturunkan secara kekerasan.
kerana selama ini mereka mengekalkan kuasa dengan cara zalim dan kukubesi. Maka rakyat akan membalas semula apa yang mereka lakukan terhadap rakyat. Ramai yang terkorban semasa mahu menurukan para diktator ini. Semua penduduk dunia yakin perubahan semua ini akan menjalar ke seluruh dunia samada dunia Arab, eropah, Asia dan di semua pelusuk dunia.
Malaysia pun tidak akan terlepas dari fenomena ini dan tidak hairan rakyat di sini juga akan mengajar para pemimpin yang zalim samada melalui pilihanraya ataupun jalanraya.
 AL FATEHAH - NEKMATIN ERBAKAN bekas PM TURKI  kepulangan ke rahmatullah pemimpin dunia Islam dari TURKI
Kehebatan bekas PM Turki selepas era Kamal Ataturk yang dijatuhkan oleh rejim tentera saki baki Kamal Ataturk Nekmatin Erbakan sangat terserlah terutama dengan kelahiran kumpulan D8 yang mengumpulkan negara-negara maju dan pra maju untuk membawa perubahan di dunia ini.
Walau apapun seluruh gerakan Islam redha dengan perginya seorang pemimpin seperti itu.
psst...Shopping sakan kakmah kat dunia ni...

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat