Labels

Showing posts with label mas. Show all posts
Showing posts with label mas. Show all posts

Thursday 2 May 2013

KANTOI!!! : Maklumat AirAsia Dan MAS Dah Bocor, Anwar Berjay Mendedah Taktik Kotor UmnoBN!!!


Terdapat bukti bagi mendakwa bahawa ada pihak tertentu dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri sedang cuba membawa masuk pengundi yang diragui dalam jumlah yang besar.


Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa kemasukan pengundi dari pelbagai lokasi dalam jangka masa beberapa hari sahaja menjelang pilihan raya umum amat mencurigakan.

“Saya ingin bertanya adakah mereka yang dibawa masuk ini bertujuan untuk mengundi Barisan Nasional pada pilihan raya umum ini,” kata Ketua Umum PKR itu.

Menurut beliau, maklumat yang diperoleh pihaknya menunjukkan terdapat 16 penerbangan direkodkan daripada Sabah dan Sarawak, khususnya dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu.

“Ada juga antaranya dibawa dengan jet jumbo… jumlah penerbangan ini setiap hari adalah lebih banyak daripada penerbangan ketika musim mengerjakan haji,” ujarnya.

Menurut beliau, berdasarkan kiraan pihaknya menjelang hari mengundi sekurang-kurangnya 40,500 orang diterbang masuk sambil menambah bahawa maklumat yang diterima turut menunjukkan bahawa penumpang terbabit adalah warga asing.

Maklumat yang diterima daripada pekerja syarikat penerbangan MAS dan AirAsia turut termasuk salinan komunikasi email di antara MAS dengan pejabat Perdana Menteri berkenaan penerbangan berkenaan.

Selain itu, beliau turut mendakwa terdapat kebanjiran masuk pekerja asing dari Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar melalui Bukit Kayu Hitam serta warga Indonesia melalui Pelabuhan Klang dan laluan masuk pengangkutan laut.

#Yang PDRM pun dah tahu perkara itu satu pengkhianatan..tetapi mereka sanggup ikut telunjuk..kesian mereka...

Baca Berita Penuh ..

Sunday 21 April 2013

RED ALER!!! : Mas Dapat Projek Bawak Masuk Orang Sabah Seramai 60 Ribu Untuk PRU Ni!!!


Azrin Ren : Perancangan jahat kini sudah kantoi dan maklumat in diberitahu oleh seorang staff MAS sendiri. Ini taktik yang paling licik dan sesuatu kejahatan khianat SPR terhadap pengundi...Oooo baru gua tahu sebab apa BN dengan angkuhnya mengakui yang mereka mampu mencapai kemenangan besar pada pru kali ini, Rupa-rupanyanya ini taktik mereka untuk meraih undi untuk kemenangan besar, Itu rancangan kalian...Allah s.w.t lebih bijak untuk merancang sesuatu...Pakatan Rakyat harus bekerja keras...Jika maklumat ini benar, jadi kalau boleh tubuh pasukan untuk membasmi kejahatan UmnoBN yang semakin nazak ini. sekian...

#Lebih sesuai najib dan geng-gengnya lari nak jet pribadi pergi amerika cari suaka politik...sebab mereka bergantung dari amerika...

PR Sudah hilang satu Undi...Buktinya tengok gambar dibawah....

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat